19/01/2026
Maaf mengganggu semua 🙏
Kami dari Umobile Shop Lotus Jenjarom ingin mencari seorang lelaki yang pada 16/01/2026, sekitar jam 1.30 petang, telah membeli sebuah telefon bimbit bernilai RM649.
Pembayaran melalui online transfer didapati tidak berjaya. Pada mulanya, kami menunggu kerana menyangka pelanggan akan menyedari perkara tersebut dan menghubungi kami sendiri. Namun sehingga hari ini, selepas tiga hari, masih tiada sebarang maklum balas diterima.
Hebahan ini dibuat semata-mata bagi memudahkan pelanggan dihubungi untuk menyelesaikan urusan pembayaran. Kami tidak berniat untuk memalukan atau menganiaya mana-mana pihak.
Sekiranya ada sesiapa yang mengenali beliau, kami amat menghargai sekiranya dapat membantu memaklumkan perkara ini kepadanya.
Kami mengakui terdapat kelalaian daripada pihak kami. Sejak awal, kami cuba mencari pembeli secara tertutup dengan menutup gambar. Namun terdapat juga komen netizen yang mempertikaikan, “macam mana hendak mencari jika gambar ditutup”.
Selepas menunggu lebih tiga hari tanpa sebarang maklum balas, kami hanya berharap pembeli yang menyedari pemindahan bayaran tidak berjaya akan menghubungi kami.
Kami tidak pernah menuduh pembeli sebagai penipu, dan kami berharap tiada pihak membuat sebarang tuduhan atau fitnah terhadap kami.
Mohon semua pihak dapat melihat perkara ini dari sudut pandangan peniaga.
Terima kasih atas perhatian dan keprihatinan semua 🥹🤲🏼🙏
📱WhatsApp: 011-1122 4412
Terima kasih atas kerjasama semua 🙏