Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Taman Seri Kemendor

Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Taman Seri Kemendor https://serikemendor.nadi.my page Rasmi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Seri Kemendor (2025)

12/08/2026

📢 GUIDANCE TUITION 14 OGOS 2026: TINGKATAN 4 📢

Untuk pelajar Guidance Tuition Tingkatan 4, teruskan momentum pembelajaran anda dengan menyertai kelas bimbingan berfokus!

Sila rujuk jadual sesi seperti berikut:

TINGKATAN 4

📍 ZON B (Johor, KL, Selangor, Sabah, Sarawak & lain-lain)
📚 Subjek: Bahasa Inggeris
🗓️ Tarikh: 14 Ogos 2026 (Jumaat)
🕞 Masa: 3.30 PM – 4.40 PM

Apa kelebihan program ini?

✅ Bimbingan dan tunjuk ajar secara langsung daripada guru-guru sepanjang tahun.
✅ Pemantauan prestasi dan pencapaian pelajar melalui rekod kemajuan bulanan.
✅ Ujian dan latihan berkala untuk mengukuhkan pemahaman.
✅ Akses kepada semua elemen pembelajaran.

⚠️ Kelas ini KHAS UNTUK PELAJAR Guidance Tuition sahaja!

📞 Berminat? Kunjungi pusat NADI terdekat anda sekarang

12/08/2026

🇲🇾Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Negeri Melaka bakal menghimpunkan 12,000 peserta persembahan dan perbarisan dari pelbagai jabatan/ agensi Negeri Melaka yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

🗓️Tarikh: 31 Ogos 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 7.00 pagi
📍 Lokasi: Persiaran Jalan Pantai, Klebang, Melaka.

🇲🇾Ayuh warga Melaka bersama keluarga, kita raikan detik penuh bermakna ini dengan menzahirkan semangat patriotisme demi negara kita. Jumpa anda di sana!

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Mana Lagi? Melaka Ler..





PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR DAN AGROPELANCONGAN MALAYSIA (MAHA) 2026 KINI KEMBALI!Detik yang dinanti-nantikan akhirny...
11/08/2026

PAMERAN PERTANIAN, HORTIKULTUR DAN
AGROPELANCONGAN MALAYSIA (MAHA)
2026 KINI KEMBALI!

Detik yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! MAHA
2026 kembali menghimpunkan pelbagai tarikan,
inovasi dan pengalaman terbaik dalam sektor
agromakanan negara di satu lokasi.

🪴 28 Ogos – 6 September 2026
🪴 10.00 pagi – 10.00 malam
🪴 MAEPS Serdang, Selangor

Pameran ini akan berlangsung selama 10 hari,
pengunjung berpeluang meneroka dunia pertanian
moden, teknologi pintar, industri ternakan, perikanan,
hortikultur, agro pelancongan serta pelbagai aktiviti
menarik yang sesuai untuk seisi keluarga.

Daripada pameran interaktif, jualan produk agro,
demonstrasi teknologi, persembahan kebudayaan
hinggalah kepada peluang pendidikan dan kerjaya
dalam sektor agromakanan, semuanya ada di MAHA
2026!

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian
daripada pameran pertanian terbesar negara yang
bukan sahaja mempamerkan kemajuan industri
agromakanan Malaysia, malah memperkukuh
kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keterjaminan makanan demi masa depan negara.

“MAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi”

Layari: www.mahaofficial.com.my

Media sosial rasmi:
(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)





10/08/2026
10/08/2026
10/08/2026

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADI

Inisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada program NADI Mahir Jahit, salah satu program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI.

Program NADI Mahir Jahit telah memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran menjahit yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan. Melalui inisiatif Baju Sekolah NADI, kemahiran tersebut diteruskan melalui penghasilan baju sekolah oleh Alumni Mahir Jahit untuk memenuhi keperluan komuniti.

Antara objektif inisiatif ini adalah untuk:

•⁠ ⁠Membuka peluang kepada peserta dan alumni NADI Mahir Jahit, termasuk suri rumah dan ibu tunggal, untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.
•⁠ ⁠Menyediakan pilihan baju sekolah yang lebih murah dan mudah diperoleh oleh ibu bapa dan komuniti.
•⁠ ⁠Membolehkan bayaran dibuat secara ansuran tanpa faedah dan caj tambahan.

Kemudahan bayaran secara ansuran ini diperkenalkan sebagai salah satu pilihan bagi membantu meringankan komitmen pembayaran, khususnya bagi keluarga yang mempunyai keperluan pembelian baju sekolah untuk lebih daripada seorang anak.

Teruskan menyokong usaha NADI dalam memperkasakan komuniti melalui pelbagai inisiatif yang disediakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Perkhidmatan Pintar NADI, layari www.nadi.my.




07/08/2026

Selamat maju jaya diucapkan kepada Pasukan NADI Tiny Techies Malaysia yang telah berlepas ke Seoul, Republik Korea pada 6 Ogos 2026 bagi mewakili Malaysia dalam International Programming Robot Challenge (IPRC) 2026.

Seramai 7 peserta NADI akan membawa nama negara ke pentas antarabangsa dalam pertandingan robotik dan pengaturcaraan yang menghimpunkan bakat muda dari Korea Selatan, China, Jepun, Vietnam, Filipina, Ukraine dan Malaysia.

IPRC 2026 yang dianjurkan oleh ROBOROBO akan berlangsung di Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, dengan pertandingan dijadualkan pada 9 Ogos 2026. Dalam edisi kali ini, pasukan NADI akan bersaing dalam kategori Robot Algorithm (Younger Division) bertemakan “Energy Solution”.

Sepanjang program yang berlangsung, kontinjen Malaysia bukan sahaja berpeluang menguji kemahiran dalam bidang robotik dan pengaturcaraan, malah memperoleh pengalaman berharga, membina jaringan antarabangsa serta memperluaskan pendedahan kepada perkembangan teknologi di peringkat global.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen NADI MCMC dalam memperkasa bakat digital generasi muda serta membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk mengembangkan potensi dan bersaing di pentas dunia.

NADI MCMC mendoakan agar seluruh kontinjen diberikan kelancaran sepanjang berada di Seoul, dipermudahkan segala urusan serta berjaya mengharumkan nama Malaysia. Semoga pulang membawa pengalaman yang membanggakan 🇲🇾





📢 WEBINAR BERKALA MATEMATIK – EDISI 7 📢Hello pelajar! 🌟Jom sertai Webinar Berkala Matematik – Edisi 7 dan tingkatkan pen...
05/08/2026

📢 WEBINAR BERKALA MATEMATIK – EDISI 7 📢

Hello pelajar! 🌟

Jom sertai Webinar Berkala Matematik – Edisi 7 dan tingkatkan penguasaan anda dalam *Persamaan Linear dan Ungkapan Algebra* dengan lebih mudah dan berkesan! ➕📘

🗓️ 8 Ogos 2026 (Sabtu)
🕝 2.30 PM – 4.30 PM
📍 Dalam Talian
👥 Sasaran: Pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3

🎯 Topik:
Persamaan Linear dan Ungkapan Algebra

💡 Pelajari konsep asas persamaan linear dan ungkapan algebra, teknik menyelesaikan soalan dengan tepat serta kaedah mudah untuk meningkatkan keyakinan dan prestasi dalam Matematik.

📞 Daftar sekarang di cawangan NADI berhampiran anda!

JOB SCAM, LOVE SCAM & PARCEL SCAM 2026: Taktik Baru Scammer MalaysiaAdakah anda tahu scammer kini menggunakan pelbagai t...
04/08/2026

JOB SCAM, LOVE SCAM & PARCEL SCAM 2026: Taktik Baru Scammer Malaysia

Adakah anda tahu scammer kini menggunakan pelbagai taktik baharu untuk memperdaya mangsa melalui tawaran pekerjaan, percintaan dan penghantaran bungkusan?

Sertai webinar ini untuk mempelajari:
✅ Cara mengenal pasti modus operandi Job Scam, Love Scam dan Parcel Scam.
✅ Taktik terkini yang digunakan oleh scammer di Malaysia.
✅ Langkah melindungi diri, keluarga dan maklumat peribadi daripada menjadi mangsa penipuan.
✅ Tips keselamatan digital yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.

📅 Tarikh: 6 Ogos 2026 (Khamis)
🕒 Masa: 3.00 Petang – 4.30 Petang
💻 Platform: LMS Cybersecurity
👥 Sasaran: Pelajar, Ibu Bapa & Dewasa

📌 Syarat Penyertaan

✔️ Berdaftar sebagai Ahli NADI
✔️ Mempunyai akaun LMS Cybersecurity

⚠️ Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan kesedaran keselamatan siber dan melindungi diri daripada ancaman scam yang semakin berleluasa.

📍 Layari NADI berhampiran anda untuk maklumat lanjut

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Berikut merupakan Takwim Bulan Ogos 2026 NADI Taman Seri Kemendor.Sebarang perubahan...
03/08/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berikut merupakan Takwim Bulan Ogos 2026 NADI Taman Seri Kemendor.

Sebarang perubahan terhadap Takwim Bulanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Terima kasih.




Address

Pusat Gunasama, Taman Seri Kemendor
Jasin
77000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60162075626

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Taman Seri Kemendor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Taman Seri Kemendor:

Shortcuts

Share