07/04/2026
Kami telah menerima laporan tentang individu yang menyamar sebagai kakitangan redONE Mobile untuk menghubungi pelanggan dan ejen melalui panggilan atau mesej bertujuan untuk mendapatkan maklumat peribadi atau sensitif.
Kami ingin menekankan kepada semua pelanggan supaya tidak melayan sebarang panggilan atau mesej yang mencurigakan.
Sila ambil perhatian bahawa redONE Mobile tidak akan meminta maklumat seperti:
• Butiran bank
• Kata laluan
• Kod OTP / TAC
• Maklumat kewangan peribadi
Jika anda menerima panggilan atau mesej mencurigakan yang mendakwa dari redONE:
❌ Jangan layan atau jawab panggilan
❌ Jangan kongsi maklumat peribadi
❌ Abaikan dan sekat nombor tersebut
✅ Hubungi saluran rasmi redONE Mobile jika anda perlukan kepastian
Keselamatan anda adalah keutamaan kami.
Sentiasa berhati-hati dan pastikan maklumat hanya diperoleh melalui saluran rasmi redONE Mobile.
Bantu sebarkan kesedaran dengan memaklumkan kepada orang lain jika menerima panggilan mencurigakan.