11/04/2026
Seorang ayah datang ke kedai kami lepas bawa family mandi pool.
Smartwatch yang dia pakai terus tak boleh on selepas itu.
Niat asal nak enjoy moment dengan family,
tapi lain p**a jadi bila device kena air.
Masalah utama untuk kes macam ni ialah air yang masuk ke dalam boleh menyebabkan corrosion dan short circuit — walaupun dari luar nampak macam okay.
Dalam video ini, kami buat proses cleaning dari dalam, dan Alhamdulillah smartwatch tersebut berjaya dihidupkan semula.
❗ Perkara penting:
Ramai yang terus cuba ON atau charge lepas kena air — ini boleh buat kerosakan jadi lebih teruk.
Apa yang patut dibuat:
• Matikan terus
• Jangan charge
• Hantar ke technician secepat mungkin
Lebih cepat tindakan diambil, lebih tinggi peluang untuk selamatkan device.
📍 IDTech & Supply
MBC Jalan Kuala Kangsar, Ipoh
Jangan tunggu sampai rosak terus baru nak repair.