Pusat Sebaran Maklumat Nasional -NADI Felda Palong 5

Pusat Sebaran Maklumat Nasional -NADI Felda Palong 5 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) FELDA Palong 5

Pusat Internet di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara. Program ini akan dibiayai dari dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provision) selama 3 tahun.

27/08/2026
27/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1448H, marilah kita bersama sama menghayati dan meneladani akhlak mulia, sifat amanah, kasih sayang serta keperibadian Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.


27/08/2026

Sempena Bulan Kebangsaan 2026, Senam Sihat MADANI Merdeka bakal menyatukan komuniti di 1,099 NADI seluruh negara dalam satu aktiviti kecergasan secara serentak.

Program ini bukan sekadar menggalakkan gaya hidup sihat. Ia membawa semangat kebersamaan dan perpaduan, sambil menyasarkan pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi penyertaan secara serentak secara fizikal dan virtual menerusi rangkaian NADI.

🗓️ 29 Ogos 2026
⏰ 8.00 – 10.00 pagi
📍 NADI seluruh negara

Ayuh ajak keluarga, rakan dan komuniti anda.
Kita bergerak bersama, kita raikan semangat Merdeka bersama! 🇲🇾💪


Baju Sekolah NADIInisiatif Baju Sekolah NADI merupakan kesinambungan program NADI Mahir Jahit, salah satu program dibawa...
15/08/2026

Baju Sekolah NADI

Inisiatif Baju Sekolah NADI merupakan kesinambungan program NADI Mahir Jahit, salah satu program dibawah Perkhidmatan Pintar NADI yang memberi peluang kepada alumni program memanfaatkan kemahiran menjahit untuk menjana pendapatan melalui penghasilan baju sekolah untuk komuniti.

Inisiatif ini menawarkan baju sekolah pada harga berpatutan, dengan pilihan bayaran secara ansuran tanpa faedah atau caj tambahan bagi membantu meringankan komitmen ibu bapa.

Pada masa yang sama, inisiatif ini turut menyokong peserta dan alumni NADI Mahir Jahit, termasuk suri rumah dan ibu tunggal, dalam menjana pendapatan melalui kemahiran yang telah dipelajari.

Ketahui lebih lanjut mengenai program dan inisiatif NADI, boleh datang ke NADI Felda Palong 5

Semua Bil, Satu Tempat – Jom ke NADI Felda Palong 5Permudahkan urusan pembayaran bil anda di Cawangan NADI. Kami sedia m...
15/08/2026

Semua Bil, Satu Tempat – Jom ke NADI Felda Palong 5

Permudahkan urusan pembayaran bil anda di Cawangan NADI. Kami sedia membantu anda membuat pembayaran dengan mudah, cepat dan selamat.

✅ Bil utiliti
✅ Bil telekomunikasi
✅ Dan pelbagai lagi perkhidmatan pembayaran

Kunjungi NADI Felda Palong 5 berhampiran anda dan selesaikan urusan bil dengan lebih mudah!

10/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN! 🇲🇾

Salam Merdeka daripada kami, NADI Felda Palong 5! ❤️🤍💙💛

Semoga semangat kemerdekaan terus mekar dalam diri kita, menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia dan mengingatkan kita untuk sentiasa menghargai keamanan serta keharmonian yang dinikmati bersama.

Jom kita sama-sama semarakkan Bulan Kemerdekaan! 🇲🇾✨

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🎉

10/08/2026

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADI

Inisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada program NADI Mahir Jahit, salah satu program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI.

Program NADI Mahir Jahit telah memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran menjahit yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan. Melalui inisiatif Baju Sekolah NADI, kemahiran tersebut diteruskan melalui penghasilan baju sekolah oleh Alumni Mahir Jahit untuk memenuhi keperluan komuniti.

Antara objektif inisiatif ini adalah untuk:

•⁠ ⁠Membuka peluang kepada peserta dan alumni NADI Mahir Jahit, termasuk suri rumah dan ibu tunggal, untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.
•⁠ ⁠Menyediakan pilihan baju sekolah yang lebih murah dan mudah diperoleh oleh ibu bapa dan komuniti.
•⁠ ⁠Membolehkan bayaran dibuat secara ansuran tanpa faedah dan caj tambahan.

Kemudahan bayaran secara ansuran ini diperkenalkan sebagai salah satu pilihan bagi membantu meringankan komitmen pembayaran, khususnya bagi keluarga yang mempunyai keperluan pembelian baju sekolah untuk lebih daripada seorang anak.

Teruskan menyokong usaha NADI dalam memperkasakan komuniti melalui pelbagai inisiatif yang disediakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Perkhidmatan Pintar NADI, layari www.nadi.my.




🇲🇾 WAH, DAH BERSERI DENGAN SEMANGAT MERDEKA! 🇲🇾✨Hasil daripada persiapan yang dilakukan, NADI Felda Palong 5 kini tampil...
10/08/2026

🇲🇾 WAH, DAH BERSERI DENGAN SEMANGAT MERDEKA! 🇲🇾✨

Hasil daripada persiapan yang dilakukan, NADI Felda Palong 5 kini tampil lebih ceria dan meriah dengan kibaran Jalur Gemilang serta hiasan bertemakan Bulan Kemerdekaan. ❤️🤍💙💛

Suasana sebegini bukan sekadar mencantikkan persekitaran, tetapi turut menyemarakkan rasa cinta kepada negara dan mengingatkan kita tentang erti kemerdekaan yang kita nikmati hari ini.

Jalur Gemilang berkibar, semangat Merdeka terus membara! 🇲🇾🔥

🇲🇾 SEMANGAT MERDEKA MULA TERASA! 🇲🇾Semangat Bulan Kemerdekaan Dah Tiba! ❤️🤍💙💛Warga NADI Felda Palong 5 mula membuat pers...
10/08/2026

🇲🇾 SEMANGAT MERDEKA MULA TERASA! 🇲🇾

Semangat Bulan Kemerdekaan Dah Tiba! ❤️🤍💙💛

Warga NADI Felda Palong 5 mula membuat persiapan bagi menyemarakkan suasana Bulan Kemerdekaan. Bendera Jalur Gemilang mula dikibarkan, hiasan disusun dan persekitaran diceriakan dengan sentuhan bertemakan kemerdekaan.

Setiap persiapan kecil membawa makna besar tanda rasa cinta, bangga dan syukur kita sebagai rakyat Malaysia. 🇲🇾✨

Jom semarakkan Bulan Kemerdekaan dengan penuh semangat patriotik!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. ❤️Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.NADI Felda Palong 5 telah mendapat Anuger...
20/07/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. ❤️

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.
NADI Felda Palong 5 telah mendapat Anugerah Johan NADI Dinamik Peringkat NADI TM Negeri Sembilan.

Terima kasih kepada seluruh komuniti Felda Palong 4, 5, 6 dan sekitar yang sentiasa menyokong, mempercayai dan menggunakan perkhidmatan NADI Felda Palong 5. Setiap kehadiran anda ke kelas, latihan, webinar, urusan digital, perkhidmatan kerajaan, keusahawanan dan pelbagai aktiviti di NADI menjadi semangat buat kami untuk terus memberikan yang terbaik.

Insya-Allah, pengiktirafan ini bukan penamat, tetapi permulaan untuk kami terus menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, mesra, relevan dan sentiasa mengikuti perkembangan teknologi demi memenuhi keperluan komuniti.

Terima kasih kerana sentiasa bersama kami. Doakan agar kami terus istiqamah menggalas amanah dan memberi manfaat kepada masyarakat.

NADI Dinamik ialah Pusat Sebaran Maklumat Nasional yang sentiasa aktif, inovatif dan responsif dalam memperkasakan komuniti melalui pembelajaran, teknologi serta pembangunan kemahiran digital ke arah melahirkan masyarakat yang celik digital dan berdaya saing.

Ikhlas daripada,
Ana & Farezzah
Petugas NADI Felda Palong 5 🌹

Address

Palong 5
Gemas
73430

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sebaran Maklumat Nasional -NADI Felda Palong 5 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share