24/09/2026
PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN STRATEGIK DENGAN TEKNOLOGI
Bestinet Sdn Bhd telah berbesar hati menyerahkan satu (1) unit Paparan Interaktif (SmartBoard) kepada Bahagian Penguatkuasaan (O), Jabatan Imigresen Malaysia dalam satu majlis yang berlangsung pada 22 September 2026 di Dewan Hamka, Jabatan Imigresen Malaysia.
Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ismail Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Bestinet Sdn Bhd kepada YBhg. Dato' Lokman Effendi bin Ramli, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Jabatan Imigresen Malaysia.
Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada komitmen Bestinet dalam menyokong pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih strategik melalui penerapan teknologi digital, di samping memperkukuh keupayaan pemantauan modul e-Enforcement, selaras dengan keperluan operasi yang semakin berteraskan teknologi dan data.
Turut hadir dalam majlis penyerahan ini ialah YBhg. Datuk Haji Basri bin Haji Othman, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, serta pengurusan kanan Bestinet Sdn Bhd iaitu YBhg. Datuk Haji Muhammad Shukri Abdul Mutalib, Ketua Pegawai Teknologi, dan YBrs. Pn. Jusmawar Hasni Jamaluddin, Ketua Pegawai Komersil.
Bestinet kekal komited dalam menyokong agensi kerajaan melalui penerapan teknologi yang dapat membantu memperkasa pemantauan, menyokong penguatkuasaan yang lebih strategik serta meningkatkan kecekapan operasi dan penyampaian perkhidmatan awam.