29/08/2026
Jerebu semakin membimbangkan apabila sembilan kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat.
Berikut merupakan tindakan yang boleh dilakukan semasa jerebu:
1️⃣ Hadkan aktiviti di luar rumah
2️⃣ Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
3️⃣ Pakai pelitup muka yang sesuai (face mask) lika berada di luar bangunan
4️⃣ Basuh muka dan tangan dengan air bersih setelah melakukan aktiviti luar
5️⃣ Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok
6️⃣ Apabila memandu, gunakan penyaman udara, pilih mode kitaran udara dalaman
Jaga diri, utamakan kesihatan. Jangan biarkan jerebu menjejaskan kita — ambil langkah berjaga-jaga selagi keadaan masih belum pulih.