eUsahawan MY

eUsahawan MY Inisiatif ini juga diperkenalkan bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat manfaat dari penggunaan digital untuk tujuan keusahawan.
(487)

eUsahawan adalah salah satu inisiatif oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang bertujuan untuk membina budaya lebih inklusif ke arah penggunaan teknologi digital serta menyokong pembangunan kemahiran keusahawanan digital untuk rakyat Malaysia eUsahawan merupakan suatu inisiatif bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan usahawan kecil yang sedia ada serta usahawan muda. Mengenai MDEC
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) merupakan agensi kerajaan di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang diamanahkan untuk menerajui pembangunan ekonomi digital negara untuk bergerak ke hadapan. Mandat MDEC termasuk memacu penerapan menggunapakai teknologi digital di kalangan rakyat, pembangunan bakat yang mampu penuhi kehendak industri, merangka dasar -dasar ekonomi digital serta mewujudkan juara dalam bidang ekonomi digital peringkat global. Sebagai bukti masa depan Malaysia untuk era digital, MDEC akan memanfaatkan rekod prestasi yang terbukti, kredibiliti industri dan kepemimpinan yang berpengalaman untuk menghubungkan, menjadi pemangkin dan mengkomersialkan inisiatif digital untuk memacu ekonomi digital supaya maju dan mapan serta meletakkan kepelbagaian dan inklusif dalam terasnya.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif Ekonomi Digital MDEC, sila lawati www.mdec.my


Terma dan Syarat
Perbincangan / komen Facebook akan berjalan lancar apabila kita saling mengamalkan kesopanan dan mengikuti garis panduan asas yang ditetapkan oleh MDEC. MDEC berhak untuk memadam sebarang catatan yang tidak mematuhi garis panduan dan juga berhak untuk menyekat individu yang melanggar garis panduan. Berikut merupakan asas pertimbangan MDEC memadam catatan

β€’ Melecehkan, mengganggu, mengintai, mengancam atau menyerang orang lain.

β€’ Memfitnah, menyinggung perasaan, berunsur lucah, kasar atau menggambarkan keganasan.

β€’ Kebencian dalam penggunaan bahasa yang menyasarkan bangsa / etnik, agama, jantina, kewarganegaraan atau kepercayaan politik.

β€’ Menipu, mengelirukan atau menyalahi undang-undang

β€’ Mengganggu perbincangan

β€’ Pelanggaran hak harta intelek

β€’ Spam

β€’ Permintaan komersial atau permintaan derma

β€’ Umpan klik pautan (menyisipkan pautan di pos anda untuk menarik lalu lintas ke laman web anda sendiri)

β€’ Memuat naik fail yang mengandungi virus atau program yang dapat merosakkan operasi komputer orang lain. Sehubungan itu, kami memohon agar anda menghormati pengguna lain, mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan dan mendapat manfaat. MDEC - Memajukan Ekonomi Digital Malaysia.

πŸ“£ KANDUNGAN KREATIF & COPYWRITING: BINA CONTENT YANG MENJUAL!Content cantik sahaja tak cukup. Kalau nak bisnes lebih dik...
23/09/2026

πŸ“£ KANDUNGAN KREATIF & COPYWRITING: BINA CONTENT YANG MENJUAL!

Content cantik sahaja tak cukup. Kalau nak bisnes lebih dikenali dan jualan meningkat, kita perlu tahu cara mencipta kandungan yang menarik, membina jenama dan mendorong pelanggan untuk bertindak.

Jom sertai sesi latihan Kandungan Kreatif & Copywriting dan belajar bagaimana untuk:

✨ Mencipta kandungan yang menarik perhatian
✍️ Menghasilkan copywriting yang lebih berkesan
🎯 Membina jenama yang lebih konsisten
πŸ“± Menghasilkan content untuk media sosial
πŸš€ Mengubah content kepada peluang jualan

πŸ“… 29 September 2026 (Selasa)
⏰ 9.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Eastin Hotel Penang

Sesi ini sesuai untuk usahawan yang ingin meningkatkan kemahiran menghasilkan content, memperkukuh branding dan menarik lebih ramai pelanggan melalui platform digital.

πŸ“² Tempat adalah terhad!

Imbas QR pada poster untuk membuat pendaftaran.
Dianjurkan oleh PDC | Agensi Pelaksana: MDEC

πŸš€ BENGKEL SMALL BUSINESS GROWTH ACADEMY 2026 BY METASME & Business Owners β€” nak generate more leads untuk bisnes anda?πŸ“ˆJ...
12/08/2026

πŸš€ BENGKEL SMALL BUSINESS GROWTH ACADEMY 2026 BY META

SME & Business Owners β€” nak generate more leads untuk bisnes anda?πŸ“ˆ

Jom sertai Bengkel Small Business Growth Academy 2026, sebuah sesi interaktif Fizikal selama 2 jam bersama Meta Certified Lead Trainer untuk mempelajari bagaimana Meta Ads dan teknologi Meta boleh dimanfaatkan untuk menjana leads dan mengembangkan perniagaan anda.

🎯 How to Generate Leads Across Meta Technologies
Dalam sesi ini, anda akan belajar:
βœ… Cara generate leads melalui Meta Ads
βœ… Strategi menggunakan Meta technologies untuk grow your business
βœ… Practical insights yang boleh terus diaplikasikan
βœ… Live Q&A bersama Meta Certified Lead Trainer

πŸ‘©β€πŸ« Ashley Ong
Meta Certified Lead Trainer

πŸ“… 19 Ogos 2026 (Rabu)
⏰ 10.00 AM – 12.00 PM
πŸ“Level 13-02, Tower 2, Pavilion Damansara Heights

πŸ‘‰ Daftar Penyertaan anda di
https://bit.ly/BengkelMETA2026
🎟️ Sesi ini adalah PERCUMA, namun tempat adalah terhad.
🍽️ Refreshment disediakan

Jangan lepaskan peluang untuk belajar terus daripada Meta Certified Lead Trainer dan ketahui strategi praktikal untuk menjana lebih banyak leads melalui Meta Ads

πŸš€Iklan dah jalan, tapi jualan masih belum capai sasaran?Jom tingkatkan kemahiran pengiklanan digital anda bersama Webina...
20/07/2026

πŸš€Iklan dah jalan, tapi jualan masih belum capai sasaran?

Jom tingkatkan kemahiran pengiklanan digital anda bersama Webinar Meta Small Business Growth Academy 2026, sebuah program eksklusif yang disokong oleh MDEC.

Pelajari strategi terkini daripada pakar Meta untuk menghasilkan kempen iklan yang lebih berkesan, mematuhi polisi Meta serta memanfaatkan teknologi AI bagi membantu mengembangkan perniagaan anda.

πŸ“š Apa yang akan dipelajari?

🎯 Sesi 1
πŸ“… 5 Ogos 2026 | πŸ• 2.30 PM – 3.30 PM
βœ… Maksimumkan potensi Reels Ads
βœ… Hasilkan iklan yang mematuhi Meta Advertising Policies

πŸ€– Sesi 2
πŸ“… 12 Ogos 2026 | πŸ• 2.30 PM – 3.30 PM
βœ… Kuasai Meta Advantage+ Solutions
βœ… Gunakan automasi untuk meningkatkan prestasi kempen iklan

πŸ‘©β€πŸ« Trainer
Ashley Ong
Meta Certified Lead Trainer

πŸ’» Platform: Aplikasi Zoom
🎟️ Penyertaan adalah PERCUMA!

πŸ“² Daftar sekarang: https://bit.ly/WebinarMetaSBGA2026

πŸ“§ Pautan Zoom akan dihantar melalui emel selepas pendaftaran berjaya.

MDEC melalui Program eUsahawan secara eksklusif membawakan latihan atas talian bertemakan:🎯 Bengkel eUsahawan : Creative...
16/12/2025

MDEC melalui Program eUsahawan secara eksklusif membawakan latihan atas talian bertemakan:

🎯 Bengkel eUsahawan : Creative Content & Video Editing Mastery Using Canva

Bersama Canva Ambassador, Coach Kalin, anda akan belajar cara fikir visual yang betul, reka poster yang kemas, edit video guna Canva Video 2.0 serta pelbagai tips & trick untuk hasilkan content media sosial yang boleh tarik perhatian, tingkatkan engagement dan bantu naikkan branding bisnes mahupun kempen anda

πŸ‘₯ Program latihan ini sesuai untuk usahawan, pelajar, content creator dan mereka yang nak hasilkan design dan video yang nampak lebih profesional tanpa perlu skill design yang rumit.

πŸ“… Tarikh: 23 Disember 2025 (Selasa)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang (4 Jam)
πŸ’» Platform: Zoom (Pautan Online Bengkel akan diemel selepas pendaftaran)

πŸ”— Daftar Sekarang: https://bit.ly/BengkeleUCreativeContentVideoEditing

πŸ’₯ Penyertaan adalah PERCUMA!
Jangan lepaskan peluang untuk belajar dan mulakan langkah bijak ke arah pendapatan digital.

πŸ“£ Jom Tingkatkan Bisnes Anda Dengan Ilmu Digital

02/12/2025

ZUBAIDAH MAMAT: BUKTI WANITA BERANI MEREBUT PELUANG

Ketika dunia diuji dengan PKP, Zubaidah Mamat memilih untuk bangkit mencari peluang demi membantu keluarganya. Apa yang bermula dengan niat kecil kini berkembang menjadi sebuah kisah kejayaan yang membanggakan.

Melalui program eUsahawan, beliau mengambil peluang untuk bukan sekadar belajar asas berniaga, tetapi menguasai strategi digital sepenuhnya. Kini, beliau menguruskan perniagaan secara online melalui Facebook, muat naik konten serta menjual secara live di TikTok sambil memanfaatkan laman sesawang dan landing page untuk menarik pelanggan dari seluruh Malaysia menjadikan jenamanya semakin dikenali di dunia digital.

Hasil daripada program eUsahawan:
βœ… Celik digital & IT
βœ… Mahir strategi pemasaran digital
βœ… Jualan meningkat melalui platform dalam talian
βœ… Pelanggan dari seluruh Malaysia
βœ… Kini mempunyai pekerja sendiri bagi mengurus operasi

Kini, perniagaan beliau semakin maju dan tersusun, tidak lagi bergantung pada jualan manual di pasar, malah kini dibantu pasukan sendiri untuk mengurus operasi yang semakin berkembang. Kisahnya membuktikan bahawa kejayaan wanita bermula apabila keberanian bertemu dengan ilmu dan peluang.

Tonton kisah kejayaan Zubaidah Mamat sekarang dan sertai program eUsahawan hari ini!





30/11/2025

✨ Klinik Digital Siri 3 – Artificial Intelligence (AI): Strategi Baharu Transformasi Perniagaan ✨

Klinik Digital Siri 3 berlangsung pada 29 November 2025 di Makeramai Makerspace, Kuching, Sarawak, dengan kerjasama Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC). Program ini turut disokong oleh rakan strategik iaitu Borong Malaysia, Borneo Digital, SEDC dan CelcomDigi.

Sesi dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Ts. Nik Naharudin bin Mohd Nasir, Pengarah Bakat Digital & Keusahawanan, MDEC, diikuti ucapan perasmian oleh YBrs. En. Khairool Adzelan Aman, Pemangku Ketua Jabatan Inovasi & Keusahawanan, SDEC.

Program kali ini turut menampilkan Coach Khairul, jurulatih industri yang berkongsi aplikasi AI secara praktikal dalam strategi transformasi perniagaan. Sesi turut dihangatkan dengan fire chat bersama tiga usahawan dari Puff Lab PLT, Heartinis Sdn Bhd dan Teduh Jiwa Counseling & Consultancy, yang berkongsi kisah kejayaan serta bagaimana penggunaan AI memperkukuh operasi dan mempercepatkan pertumbuhan perniagaan mereka, memberi inspirasi kepada semua yang hadir.

Komitmen dan keterlibatan semua pihak menunjukkan kesediaan untuk meneroka AI sebagai pemacu utama pertumbuhan perniagaan masa depan. πŸš€




28/11/2025

✨ Klinik Digital Siri 2 – Monetise dengan Affiliate: Strategi Pintar Jana Duit Online ✨

Pada 26 November 2025, Klinik Digital Siri 2 berlangsung di Dewan Besar KPTM Bangi, dengan kerjasama Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi. Program ini turut mendapat sokongan rakan strategik iaitu TikTok Shop Malaysia, UNIFI Business, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Sesi kali ini menampilkan Coach Razin Ramli, Jurulatih Hasbul Brothers, yang berkongsi strategi affiliate marketing secara praktikal dan mudah diaplikasikan untuk menjana pendapatan online.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YBrs. Pn. Zuraidah Binti Muhidin, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi turut disertai oleh YBrs. Ts. Nik Naharudin Bin Mohd Nasir, Pengarah, Bakat Digital & Keusahawanan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Terima kasih kepada semua peserta dan rakan strategi yang hadir. Komitmen anda terhadap sesi ini membuktikan bahawa peluang affiliate semakin relevan dan berimpak.




✨ Klinik Digital Siri 1 – Transformasi Perniagaan Melalui Digital ✨Pada 22 November 2025, Klinik Digital Siri 1 berlangs...
27/11/2025

✨ Klinik Digital Siri 1 – Transformasi Perniagaan Melalui Digital ✨

Pada 22 November 2025, Klinik Digital Siri 1 berlangsung dengan penuh semangat di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Acheh. Program ini dianjurkan oleh MDEC dengan kerjasama TREND dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, serta disokong oleh rakan strategik iaitu Penang Development Corporation, Touch β€˜n Go eWallet, Unifi Business dan Pos Malaysia.

Sesi turut menampilkan Teacher Sufina, TikTok Shop Certified Trainer, yang berkongsi strategi praktikal dan relevan untuk membantu usahawan memaksimumkan potensi perniagaan digital mereka.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YB. Dato’ Haji Rashidi bin Zinol, EXCO Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan Dan Luar Bandar, ADUN N21 Sungai Acheh dan turut dihadiri oleh YBrs. En. Azlan Sharom, Naib Presiden, Bahagian Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Penghargaan kepada semua usahawan dan rakan industri yang hadir atas keterlibatan dan semangat anda menjadikan sesi ini lebih bermakna dan penuh momentum ke arah transformasi digital. πŸš€




Address

Cyberjaya
63000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when eUsahawan MY posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to eUsahawan MY:

Shortcuts

Share