The Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF)

The Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF) An industry forum registered under the Malaysian Communications and Multimedia Commission. Disclaimer :

The Content Forum welcomes all thoughts and views.

As an industry self-regulatory body, the Content Forum comprises of key members of the communications and multimedia content industry, including broadcasters, advertisers, content creators, internet access service providers and civic groups. The Content Forum governs content and address content related issues disseminated by way of electronic networked medium with the key objective to boost knowle

dge, heighten awareness and elevate standards in order to provide a conducive environment for self-regulation by all members of the industry, including consumers of content. While we value open dialogues on our platforms, we reserve the right to moderate the activity on this page, including but not limited to, removing any content that is deemed a breach of Facebooks' Community Standards or is otherwise inappropriate. All content, information and views expressed through this page belong to the individuals posting them. CMCF assumes no responsibility for the content or accuracy of items posted or shared by third parties, nor any website accessed through this page.

Gaming is no longer just gaming.Now you can help shape the standards that govern it.The Content Forum is inviting player...
09/09/2026

Gaming is no longer just gaming.
Now you can help shape the standards that govern it.

The Content Forum is inviting players, parents, educators, developers, publishers, platforms, the esports community and members of the public to share their views on the proposed Gaming Sub-Code.

From age assurance to loot boxes, in-game spending, chat safety, advertising to children and livestreaming — if you have a view, we want to hear it!

Read the draft. Take the survey. Have your say.

Open from 9 September to 24 October 2026.

Semalam, CMCF menyumbang pandangan dalam pertemuan yang dianjurkan oleh FINAS bersama pihak-pihak berkaitan susulan perb...
03/09/2026

Semalam, CMCF menyumbang pandangan dalam pertemuan yang dianjurkan oleh FINAS bersama pihak-pihak berkaitan susulan perbincangan mengenai kandungan Madu atau Racun di platform iQIYI.

CMCF diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mediha Mahmood, dan Naib Pengerusi, Datuk Afdlin Shauki, yang juga Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM).

Perbincangan itu turut mengetengahkan satu isu yang wajar kita fikirkan bersama: apabila babak daripada kandungan yang ditujukan kepada penonton berusia 18 tahun ke atas dipotong dan dikongsi semula di media sosial, konteks, klasifikasi umur dan amaran asal boleh hilang. Akibatnya, kandungan tersebut boleh sampai kepada khalayak yang jauh lebih luas, termasuk kanak-kanak.

Jika sesuatu kandungan dianggap tidak sesuai untuk tontonan umum, kebimbangan itu wajar dibangkitkan melalui saluran yang betul tanpa memperluaskan lagi penyebarannya.

Leret untuk baca kenyataan media CMCF.

Merdeka tahun ini, kita raikan dengan cara kita sendiri. Bukan hanya dengan Jalur Gemilang dan sambutan, tetapi juga den...
31/08/2026

Merdeka tahun ini, kita raikan dengan cara kita sendiri.

Bukan hanya dengan Jalur Gemilang dan sambutan, tetapi juga dengan menghargai kebebasan yang kita lalui setiap hari untuk bersuara, berbeza pendapat, berkongsi idea dan memilih apa yang kita percaya.

Di media sosial, semua itu berlaku dalam beberapa saat. Tapi di sebalik setiap tindakan itu, ada orang lain yang membaca, melihat dan mungkin terkesan dengannya.

Kita mungkin tidak mampu menentukan apa yang akan menjadi tular, tetapi kita sentiasa boleh menentukan apa yang kita mulakan, teruskan, dan apa yang kita biarkan berlaku.

Sambutlah kemerdekaan kali ini dengan meraikan kebebasan yang kita miliki, serta setiap pilihan dan tanggungjawab yang hadir bersamanya.

Selamat Hari Kebangsaan yang ke-69

🌿 Kesihatan mental adalah sebahagian daripada kesejahteraan kita. Namun, stigma masih boleh menjadi penghalang untuk ses...
30/08/2026

🌿 Kesihatan mental adalah sebahagian daripada kesejahteraan kita. Namun, stigma masih boleh menjadi penghalang untuk seseorang mendapatkan sokongan dan bantuan yang diperlukan.

Sehubungan itu, CMCF turut menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) & Kempen Hentikan Stigma Kesihatan Mental sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 yang berlangsung di Balairaya Dangi, Johol. Kempen Hentikan Stigma merupakan inisiatif nasional Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) bagi menangani stigma kesihatan mental di Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada penglibatan ini, CMCF membuka reruai untuk berkongsi advokasi berkaitan keselamatan digital dan turut menyediakan aktiviti interaktif bersama komuniti. Penglibatan ini selari dengan objektif program anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat, khususnya mengenai kepentingan kesihatan mental serta mendapatkan sokongan dan bantuan yang sewajarnya.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Saiful Yazan bin Sulaiman, ADUN Johol, Negeri Sembilan. Turut hadir ialah Dr. Noraliza binti Radzali, Pakar Perubatan Kesihatan Awam merangkap Pegawai Kesihatan Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah.

Melalui penglibatan kami ini, diharapkan mesej mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mental, usaha menghentikan stigma serta pentingnya kawalan kendiri dapat disampaikan dengan lebih meluas. Dengan kesedaran, kefahaman dan amalan kawalan kendiri, kita dapat bersama-sama membina masyarakat yang lebih terbuka, prihatin dan sejahtera.

28/08/2026

WE HEARD YOU! 📣

Following feedback from research agencies and subject matter experts, the Single Audience Measurement (SAM) Request for Information (RFI) submission deadline has been extended!

🗓️ New deadline: 28 September 2026

Share your insights and help shape the future of audience measurement in Malaysia:
https://contentforum.my/single-audience-measurement/

🗣️ Freedom of expression is a fundamental right. But where does expression end and hate speech begin? That was one of th...
28/08/2026

🗣️ Freedom of expression is a fundamental right. But where does expression end and hate speech begin?

That was one of the questions we explored at the recent Workshop on Freedom of Expression and Hate Speech, a two-day programme organised with ARTICLE 19, the Centre for Independent Journalism (CIJ) and Sinar Project at Concorde Hotel Kuala Lumpur.

Through international standards, case studies and rights-based approaches, we unpacked some of the difficult questions around freedom of expression, its legitimate limitations, and how hate speech can be identified and addressed.

Importantly, the workshop gave us space to consider what more coherent and practical responses to hate speech could look like here in Malaysia, including stronger policies and clearer standard operating procedures.

For us, conversations like these matter. They help strengthen the capacity of our team and members to navigate the increasingly complex line between protecting freedom of expression and responding responsibly to harmful speech in today’s digital space.

A special shout-out to the facilitators too, who handled a serious and complex topic so expertly and engagingly that everyone stayed involved, curious and switched on from start to finish. We look forward to the next one!

🌐 Di ruang digital, gurauan yang dianggap kecil boleh meninggalkan kesan yang besar. Bila ia mula memalukan, menghina at...
28/08/2026

🌐 Di ruang digital, gurauan yang dianggap kecil boleh meninggalkan kesan yang besar. Bila ia mula memalukan, menghina atau memudaratkan, ia bukan lagi sekadar gurauan.

Menerusi forum “Hentikan Buli Siber” sempena Konvensyen PIBG Internet Selamat 2026 Peringkat Negeri Johor, wakil CMCF, Encik Afiq Zulhilmi Baharudin berkongsi pandangan tentang realiti buli siber. Perbincangan turut menyentuh batas antara gurauan, kritikan dan perbuatan yang boleh memudaratkan orang lain.

Antara perkara yang ditekankan ialah bagaimana satu hantaran sahaja boleh membawa kesan yang besar apabila ia menjadi tular, ditangkap layar dan disebarkan semula. Implikasinya bukan sahaja sukar dikawal, malah boleh memberi kesan kepada mangsa dalam jangka panjang. Justeru, apabila berdepan dengan buli siber, kita perlu menghentikan rantaian tersebut dengan menyimpan bukti, membuat laporan dan kemudian menyekat akaun yang terlibat.

Sesi forum ini dipengerusikan oleh Imelda Harris, Wanita Ikon Sarawak 2026/2027 dan turut menampilkan Tuan Syed Isa Alsagoff, Pengarah MCMC Negeri Johor serta YBhg. Datuk Yahya Jaafar, Yang Dipertua PIBKS Johor sebagai panel. Konvensyen PIBG Internet Selamat 2026 ini turut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching.

Turut hadir dalam program ini ialah YB Tuan Andrew Chen Kah Eng, ADUN Stulang; Ts. Rizal Abd Malek, Pengarah Kanan MCMC Wilayah Selatan; serta Encik Mohd Faizal Othman, Pengarah Yayasan GoStrong Malaysia.

Melalui perkongsian ini, kami berharap lebih ramai ibu bapa dan masyarakat dapat memahami risiko buli siber, mengetahui langkah yang wajar diambil serta bersama-sama membina ruang digital yang lebih selamat dan bertanggungjawab.

Salam Maulidur Rasul 1448H.Sempena Maulidur Rasul, marilah kita menghayati dan meneladani akhlak mulia Rasulullah SAW ya...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H.

Sempena Maulidur Rasul, marilah kita menghayati dan meneladani akhlak mulia Rasulullah SAW yang berteraskan kejujuran, amanah, kasih sayang dan rasa hormat terhadap sesama insan.

Semoga sambutan Maulidur Rasul kali ini mengingatkan kita bahawa akhlak yang baik bukan sahaja dizahirkan melalui perbuatan, tetapi juga melalui setiap kandungan yang kita hasilkan dan sebarkan.

21/08/2026

Industri media Malaysia terus memperkukuh kerjasama ke arah Pengukuran Khalayak Tunggal (Single Audience Measurement atau SAM) bagi mewujudkan sistem pengukuran yang lebih bersepadu dan relevan dengan cara khalayak mengakses kandungan merentasi pelbagai platform.

Usaha ini diterajui CMCF menerusi Jawatankuasa Industri Bersama (JIC) yang menghimpunkan pemain industri untuk membangunkan rangka kerja SAM bagi Malaysia.

Permintaan Maklumat (RFI) dibuka sehingga 14 September 2026 bagi mendapatkan pandangan dan amalan terbaik pengukuran khalayak di peringkat global.

One audience. One measurement. A clearer picture of how Malaysians consume media. The way we consume content has evolved...
20/08/2026

One audience. One measurement. A clearer picture of how Malaysians consume media.

The way we consume content has evolved — from television and radio to streaming, social media, websites, mobile apps and more. Yet, audience measurement across these platforms remains fragmented.

That’s why Malaysia’s media industry is taking an important step forward.

Led by CMCF through a Joint Industry Committee (JIC), broadcasters, advertisers, agencies, digital platforms and streaming services are coming together to advance the development of a Single Audience Measurement (SAM) framework for Malaysia.

SAM aims to provide a more unified, people-based and de-duplicated view of audiences across platforms — supporting better media planning, clearer audience reach, more informed advertising decisions and greater accountability.

🔎 The next step: an Industry-Driven Request for Information (RFI)
Research companies, audience measurement providers and subject matter experts are invited to share global SAM models, methodologies and business practices that could help inform Malaysia’s approach.

📅 RFI submission period: 17 August – 14 September 2026
The RFI is a fact-finding and market-learning exercise and does not constitute a commitment to appoint a particular provider or proceed with a specific solution.

👉 Find out more: www.contentforum.my

Address

5 MCMC Tower 2, Jalan Impact, Cyber 6
Cyberjaya
63000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to The Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF):

Shortcuts

Share