Devwiz Sdn. Bhd.

Devwiz Sdn. Bhd. Devwiz demonstrates its superior expertise in every facet of our IT business in doing services in cl

📌 Nak buat website tapi tak ada domain?📌 Nak pakai domain .my tapi tak tahu nak beli dekat mana?📌 Risau harga hosting ma...
15/06/2023

📌 Nak buat website tapi tak ada domain?
📌 Nak pakai domain .my tapi tak tahu nak beli dekat mana?
📌 Risau harga hosting mahal?

Dapatkan DOMAIN .my beserta HOSTING, EMAIL dan DNS di bawah PAKEJ RAHMAH leet.my dengan harga serendah RM100 sahaja. 🔥🔥🔥

â›” BUKAN ITU SAHAJA!!!

Anda juga akan mendapatkan FAEDAH MENAKJUBKAN yang lain seperti :-

✅ 1GB Ultra Fast SSD Disk Space
✅ 3GB Data Transfer
✅ UNLIMITED Email Accounts
✅ FREE SSL (HTTPS) untuk tahun pertama
✅ FREE Data Backups untuk tahun pertama....... dan banyak lagi.

Tunggu apa lagi? Layari https://www.leet.my untuk dapatkan domain .my anda sekarang!

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.Yang memandu pulang ke kampung, hati-hati di jalan raya.
21/04/2023

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.
Yang memandu pulang ke kampung, hati-hati di jalan raya.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
22/03/2023

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

07/12/2021

Salaam, dengan ini secara rendah diri.
Mencari freelancer/part timer React dan juga tahu React Native.
Berpengetahuan terhadap Tailwind css.
Faham typescript.
Lebih kepada membuat React Native.
Kerja remote boleh, datang dekat WORQ TTDI Kuala Lumpur pun boleh (Kami sediakan tempat)
Meeting secara bersemuka sekali sekala bila perlu.
Sebulan RM3000.
Syarikat DEVWIZ SDN. BHD.
www.devwiz.my
www.leet.my
Berminat email [email protected] serta [email protected]

19/07/2021
Cuba dulu kalau nak berniaga online, ada web builder untuk bangunkan website secara mudah drag n drop.Pilih pakej BeOnli...
09/06/2021

Cuba dulu kalau nak berniaga online, ada web builder untuk bangunkan website secara mudah drag n drop.

Pilih pakej BeOnline, semuanya pantas dan diatas storan SSD.
Email dengan menggunakan nama dan domain sendiri pun boleh.

Domain .com percuma dengan harga bermula RM250/year.

Anda dapat Website, Email ( Dengan email hosting ) serta web builder.

Layarilah https://panel.leet.my untuk mencari produk yang bersesuaian dengan anda.

BeOnline membuatkan perniagaan anda online secara mudah.

Ketika mana kita semua diselubungi kebimbangan Covid-19, terdapat pihak yang menangguk di air yang keruh dengan melakuka...
24/03/2020

Ketika mana kita semua diselubungi kebimbangan Covid-19, terdapat pihak yang menangguk di air yang keruh dengan melakukan penipuan secara dalam talian.

Berdasarkan perkongsian daripada Facebook Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police, sejumlah 336 kertas siasatan dibuka berkaitan penipuan jualan topeng muka dalam talian.
Pengguna dan pembeli dinasihatkan supaya berhati-hati dalam membuat pembelian topeng muka secara dalam talian. Sekiranya anda membeli daripada platform beli-belah dalam talian seperti Lazada, Mudah, Lelong dan Shopee, jangan sesekali membuat pembayaran diluar platform.

Pengguna boleh menggunakan aplikasi yang dibangunkan khas yang ditawarkan oleh PDRM iaitu "Check Scammers CCID". Melalui aplikasi ini, anda boleh menyemak sama ada nombor akaun bank atau nombor telefon penjual tersenarai dalam rekod penipuan dengan pihak polis ataupun tidak.

E-Book percuma untuk dibaca ketika perintah kawalan pergerakan. Pastikan anda berada di rumah ketika perintah kawalan pe...
24/03/2020

E-Book percuma untuk dibaca ketika perintah kawalan pergerakan. Pastikan anda berada di rumah ketika perintah kawalan pergerakan ini. Isi masa lapang anda dengan aktiviti yang menyeronokkan dan berfaedah di samping keluarga anda. Selain menonton television dan ber sosial media, membaca buku juga amalan yang baik untuk dipraktikkan. Sempena dengan usaha mempraktikkan amalan membaca, Perpustakaan Negara Malaysia melancarkan program E-Book percuma. Sebanyak 13 juta bahan bacaan percuma boleh dibaca. Sila layari website oficial mereka.

Berikut adalah beberapa panduan yang mungkin dapat membantu anda mengatasi masalah laptop cepat panas:1. Menjungkitkan /...
04/03/2020

Berikut adalah beberapa panduan yang mungkin dapat membantu anda mengatasi masalah laptop cepat panas:

1. Menjungkitkan / mencondongkan laptop.
Jungkitkan laptop anda dengan meletakkan buku atau sebarang objek yang boleh dijadikan alas di bawah terutamanya di bahagian bateri apabila anda menggunakannya di atas meja. Kecondongan ini membenarkan pengaliran udara lebih baik di bawahnya dan seterusnya boleh menurunkan sedikit suhu di sekitarnya.

2. Cooling Mat / kipas usb
Alas yang terbaik untuk menghindarkan laptop anda dari terlalu cepat kepanasan adalah menggunakan alas penyejukan atau kipas usb.

3. Guna di tempat yang sejuk
Bagi anda yang menggunakan di ruangan yang berhawa dingin, masalah laptop terlampau panas mungkin mudah diatasi. Cuaca di Malaysia kadang-kadang membuatkan penggunaan laptop di luar rumah adalah kurang sesuai.

Seperti yang kita ketahui mengedit video pada zaman multimedia ini tidak hanya boleh dilakukan di laptop atau PC.  Smart...
28/02/2020

Seperti yang kita ketahui mengedit video pada zaman multimedia ini tidak hanya boleh dilakukan di laptop atau PC. Smartphone merupakan teknologi canggih yang direka mampu membuat apa sahaja, termasuk mengambil dan mengedit video. Dengan bantuan aplikasi di telefon bimbit anda dapat melakukan pengeditan video tanpa kesukaran.

Laman Untuk Jejak Kes Penyebaran Coronavirus Secara GlobalKerisauan mengenai isu Coronavirus semakin meningkat disebabka...
25/02/2020

Laman Untuk Jejak Kes Penyebaran Coronavirus Secara Global

Kerisauan mengenai isu Coronavirus semakin meningkat disebabkan kes virus tersebut yang mula menunjukkan kenaikan bilangan jangkitan dan kematian di seluruh dunia.
Kerisauan palsu dan juga mengelirukan juga tersebar melalui social media seperti facebook dan sebagainya. Ini menjadi masalah terutamanya ada antara kita yang sememangnya mahukan maklumat yang sahih dan tepat.

Untuk anda yang mahukan maklumat sahih pantas secara atas talian mengenai kes penyebaran Coronavirus ini, anda boleh pergi ke laman sesawang ini. Dihasilkan oleh Center for Systems Science and Engineering (CSSE) di Johns Hopkin yang berpengkalan di Maryland, data kes Coronavirus itu diperoleh dari beberapa badan rasmi seperti WHO dan juga pusat pencegahan penyakit di China, USA dan Eropah.

https://gisanddata.maps.arcgis.com/apps/opsdashboard/index.html #/bda7594740fd40299423467b48e9ecf6

Gambar di bawah hasil screenshot daripada maklumat mengenai Coronavirus pada Selasa, 25 February 2020

Cara Semak "Kesihatan" Bateri MacBook AndaAnda mempunyai masalah bateri cepat habis atau prestasi Macbook anda kurang ba...
18/02/2020

Cara Semak "Kesihatan" Bateri MacBook Anda

Anda mempunyai masalah bateri cepat habis atau prestasi Macbook anda kurang baik? Penyebab utama keadaan ini mungkin anda sudah mengecas bateri tersebut lebih daripada kadar kitaran maksimum (maximum cycle count) yang telah ditetapkan.

Apabila melepasi kadar maksimum tersebut, prestasi bateri akan menyusut serta mengganggu pengalaman penggunaan dan anda perlu menukarnya.

Satu kitaran bateri adalah masa yang diperlukan bateri dari 100% ke 0% dan 0% ke 100% semula. Untuk mudah difahami, satu kitaran merupakan satu pengecasan penuh dan satu nyahcas (bateri habis kuasa) bateri.

Setiap model MacBook mempunyai bilangan kitaran maksimum pengecasan yang tersendiri. Seperti contoh image di bawah menunjukkan model Macbook dan kitaran maksimum pengecasan.

Untuk menyemak bilangan kitaran maksimum pengecasan, anda boleh ikuti langkah mudah dibawah.

1. Tekan butang Option + menu Apple () pada penjuru atas kiri.

2. Pilih System Information.

3. Di bawah seksyen Hardware pilih Power.

4. Setelah itu paparan Battery Information akan muncul dan anda boleh lihat bilangan tersebut pada bahagian Health Information.

Address

Pangea Paragon
Cyberjaya
63100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60126266854

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Devwiz Sdn. Bhd. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share