13/05/2025
TERMA DAN SYARAT V10
UPDATE:
13 MAY 2025
- Pengaktifan semula jualan
TERMA DAN SYARAT PENUH
PEMBELIAN
1) Urusan pembelian adalah dalam bentuk tunai sahaja
2) Pembelian mestilah menggunakan ringgit Malaysia sahaja
3) Barang yang dibeli tidak boleh dipulangkan kembali
4) Sila periksa barang yang dibeli sebelum pembelian dilakukan, pastikan semuanya berfungsi seperti yang dinyatakan. sebarang kerosakan selepas pembelian tidak ditanggung oleh pihak kami.
6) Barang yang kami jual kebanyakannya adalah barangan terpakai. Sila fahami risiko pembelian barang terpakai.
7) Jika sebarang kerosakan dijumpai (selain dari yang dinyatakan) semasa proses pembelian, urusniaga haruslah dibatalkan walaupun pembeli tahu akan kerosakan tambahan dan tidak kisah. Ini untuk mengelakkan kesukaran yang tidak diingini jika kerosakan terbabit menjadi lebih teruk.
8. buyer yang membeli untuk main game. Wajib untuk mencuba bermain game di laptop/pc yang dibeli. Jika tidak berpuas hati dengan performance laptop/pc, sila jangan teruskan urusan. Tiada refund akan diberikan selepas pembelian. [REKODISU1]
PENGHANTARAN
1) Sebarang kos penghantaran mestilah ditanggung oleh pembeli.
2) Cash on Delivery (COD) hanya merangkumi kawasan Puchong, Shah Alam, Seri kembangan dan Petaling jaya. Jika anda berada dikawasan lain, sila nyatakan kepada kami.
3) sila buat temu janji sekurang-kurangnya 4 jam lebih awal. Temu janji perlu mendapat persetujuan dari kami dan bukannya dari sebelah pihak sahaja.
4) jika kami tidak dapat memenuhi komitmen kami. Anda dinasihatkan jangan meneruskan urus niaga dengan kami.
5) urusniaga saat terakhir tidak diterima demi untuk menjaga kualiti dan nama baik kedua belah pihak.
6) Kelewatan POS adalah masalah berkaitan dengan syarikat penghantaran terbabit. Sila hubungi syarikat terbabit untuk mempercepatkan proses penghantaran. Kami akan cuba membantu apa yang boleh.
7) Cash on Delivery (COD) hanya merangkumi kawasan Puchong, Shah Alam, Seri kembangan dan Petaling jaya. jika anda memilih untuk COD diluar kawasan yang dinyatakan, anda perlulah membayar kos penghantaran. walaupun anda perlu menuju ke tempat COD terbabit.
WARANTI
1) Tiada waranti diberikan kecuali dinyatakan sebaliknya di iklan seperti yang tertera di halaman kami
2) Sebarang kos pemulangan barang (jika waranti diberikan) untuk proses waranti mestilah ditanggung oleh pihak pembeli
3) Proses waranti memerlukan 2 minggu - 3 bulan. bergantung kepada produk yang anda beli (jika waranti diberikan)
4)waranti bermula pada hari pembelian dilakukan (jika waranti diberikan), kecuali dinyatakan sebaliknya.
5) Jika waranti diberikan dan jika adapter charger terbakar sehingga merosakkan laptop. Kerosakan terbabit tidak ditanggung oleh pihak kami. Jika adapter charger ok tetapi laptop mengalami kerosakan, pihak kami akan bertanggungjawab (jika waranti diberikan)
6)sebarang kerosakan yang terjadi melalui pembelian melalui pos. mestilah dilaporkan dalam tempoh 48 jam selepas barangan diterima (tarikh terima seperti yang tertera dilaman pos tracker. jika tiada maklumat penerimaan di laman pos tracker, pengesahan verbal/whatsapp/sms/emai/messenger boleh diguna pakai). kerosakan yang dilaporkan selepas berkenaan tidak akan dilayan dan dianggap bukan terjadi diatas kecuaian kami ataupun pihak pos.
7) baiki laptop adalah berisiko tinggi. Kemungkinan kerosakan menjadi lebih teruk atau memberi kesan kepada bahagian lain seperti lcd,keyboard, bunyi dan lain2 adalah amat tinggi. Kami tidak bertanggungjawab akan atas segala kerosakan lanjut yang berlaku.
8 ) waranti bermula selepas pembayaran dibuat. Waranti bukan bermula bila masa pemilik mula menggunakan laptop. Ada kes dimana pengguna hanya mula menggunakan laptop yang dibeli 2 bulan selepas pembelian.
9) jika waranti diberikan dan pembeli menuntut waranti. Tempoh waranti masih kekal berjalan dari waktu pembayaran pertama dibuat. Laptop yang ditukarkan juga mengikut tarikh waranti pertama tadi.
KOMUNIKASI
1) Untuk mempercepatkan urusan berkaitan, sila whatsapp kami untuk mendapat respond yang lebih pantas.
BOOKING
1)"booking" tidak boleh melebihi 3 hari.
2) setiap "booking" mestilah disertakan dengan deposit rm70. Sebarang penarikan diri dan juga kelewatan melebihi tempoh tiga hari akan dikira sebagai pelanggaran syarat "booking". Deposit "booking" tidak akan dipulangkan kembali kepada sesiapa yang melanggar syarat "booking".
PEMBAYARAN
1) pembayaran melalui atas talian perlulah menggunakan "instant payment". jika pembayaran menggunakan method lain seperti "normal transfer" atau lain-lain. pembeli hendaklah menunggu sehingga wang selamat diterima (seperti yang ternyata didalam akaun kami) oleh pihak kami. bukti pembayaran melalui sms tidak akan diterima sekiranya jumlah wang yang terbabit tidak kelihatan didalam akaun kami.
2) Tiada hutang dibenarkan atas apa juga sebab. Semua pembayaran perlu dijelaskan sebelum barangan boleh diambil.
3) Hutang lama perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum sebarang pembelian baru boleh dibuat.
LAIN-LAIN
1) buyer yang membeli untuk main game. Wajib untuk mencuba bermain game di laptop/pc yang dibeli. Jika tidak berpuas hati dengan performance laptop/pc, sila jangan teruskan urusan. Tiada refund akan diberikan selepas pembelian.
NOTIS
1) Terma dan syarat kami akan sentiasa dikemas kini. jika terdapat versi terma dan syarat yang baru. sebarang urusan berkaitan akan mengikut terma dan syarat yang paling baru. jika anda membeli item daripada kami sebelum terma dan syarat yang terbaru dipaparkan di page FB kami. urusan anda adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang terkini pada waktu pembelian item terbabit.
2) Jika anda memilih untuk meneruskan urusniaga. Urusan tersebut secara automatiknya adalah tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang dinyatakan diatas. persetujuan untuk mengikuti terma dan syarat diatas tidak diperlukan dari pihak anda. Pihak kami wajib menunjukkan link ke terma dan syarat ini kepada pihak anda.