17/08/2026
Pada 14 hingga 16 Ogos yang lalu, Sigma Rectrix bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menjayakan Bengkel Eksekutif Transformasi Kecerdasan Buatan (AI) Kepimpinan MKN Tahun 2026 bertempat di GEO Hotel and Resort.
Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YM Raja Dato’ Nushirwan bin Zainal Abidin, Ketua Pengarah Keselamatan Negara pada 15 Ogos 2026.
Bengkel intensif ini dianjurkan bagi memperkasakan barisan kepimpinan MKN dengan impak strategik AI dalam konteks hala tuju, kepimpinan, dan tadbir urus organisasi. Antara fokus utama yang diterokai bersama termasuklah:
🔹 Memahami potensi, risiko, dan implikasi AI terhadap pengurusan keselamatan negara.
🔹 Meneroka penggunaan AI dalam analisis data dan proses membuat keputusan.
🔹 Menekankan aspek 'Secure AI', 'Sovereign AI', serta tadbir urus AI secara bertanggungjawab.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak MKN atas kepercayaan dan kolaborasi erat ini. Komitmen seluruh organisasi adalah kunci utama dalam memacu transformasi teknologi seiring perkembangan semasa.