20/11/2018
On PC, lepas keluar logo windows, pc RESTART sendiri! On lagi, keluar je logo windows, PC RESTART! On lagi, keluar logo windows, pc RESTART sendiri lagi!
Kalau anda alami situasai sebegini, boleh cuba untuk buat auto repair yang windows sediakan. Caranya, sebelum logo windows keluar, takan kekunci F9 dan pilih 'repair windows'.
Tapi kalau tak berjaya, memang kena format @ Reinstall windows. Kebanyakan sebab berlakunya keadaan sebegini ialah kerana kerosakan fail core windows. Macam mana boleh rosak??
Antara puncanya ialah disebabkan virus @ malware yang menyerang fail core windows. Kebanyakannya datang dari internet. Mungkin terselindung dalam program yang kita download dari internet (kebarangkalian paling besar).
Jadi, sila berhati-hati ketika menginstall program yang didownload dari internet. Sayangi PC anda! :-)