28/02/2023
PUASA NAK DEKAT.
Tahun ni adalah tahun ke-3 Gatenbej Printworks beroperasi di BTHO. Dua tahun sebelum ni, setiap kali dstang bulan ramadan, seminggu nak puasa tu, ramai tempah banner, bunting, sticker dan brochure utk start meniaga di tapak2 pasar ramadan dan start untuk jual kuih muih raya.
Saya masih ingat lagi saya pernah kena marah dgn seorang customer yang marah saya sebab tak dapat siapkan banner pada waktu yang dia nak. Bukan saya tidak tepati masa, tapi mesin stuck sebab running non stop dan saya push sampai mesin tak boleh nak run utk habiskan cetakan banner. Mesin ni pun satu hal, time kita nak cepat, time tu pulak dia buat hal..time customer ada depan mata, kita jadi gelabah, time tu jugak dia jammed la, sangkutlah.. tiap-tiap tahun saya kena kecewakan sorang dua customer sbb nasib tak baik..terlalu ramai abg kakak adik pakcik makcik dtg saat2 akhir sebelum puasa bermula utk diorang siapkan bahan2 cetakan..
Abg rosman, kak aqilah, uncle zaidi atau sesiapa sahaja yang membaca post ini, kalau kalian akan terlibat dalam aktiviti perniagaan pada bulan puasa tak lama lagi ni dan mmg perlukan bahan2 cetakan, saya dengan penuh merendah diri mohon agar segerakanlah bahan2 cetakan tu bermula sekarang supaya kita sama-sama tak kelam kabut dan supaya kita semua dapat apa yang kita mahukan pada waktu yang kita nak..supaya mesin dan saya tidak berdepan lagi dengan kekecewaan dan amarah pelanggan. Setiap kali saya kena marah dengan pelanggan, hati saya ni rasa terkilan sgt2 sebab tak dapat nak memenuhi permintaan dan harapan diorang disebabkan faktor2 yg berlaku diluar kawalan saya. Saya ni sebagai tukang cetak sentiasa sgt nak pastikan customer dapat bahan2 cetakan diorang pada hari yg diorang nak sebab saya faham, saya pun berniaga mcm diorang juga. Tapi bila sesuatu kerja tu dibuat pada saat2 akhir, mesti jadi benda2 yg benda yg tak best contoh mesin rosak alah, paper habis stock la, ink tumpah lah, black out la, software crash la..mcm2!...
Jom la datang studio gatenbej printworks minggu ni...kita sama2 siapkan bahan2 cetakan utk meniaga sepanjang bulan puasa ni. Janganlah esok nak puasa, hari ni baruuuuu lah nk buat banner, baruuuulah nak buat brochure...baruuuuulah nak print tshirt..mmg lah saya boleh buat walaupun last minit, tapi kalau dah semua dtg last minit, bengkok jugaklah saya jadinya..biasanya kalau nak urgent, saya akan kenakan urgent fee yang agak tinggi dari harga biasa, tapi saya tak berani nak caj customer sebab tak sampai hati....jadi saya harap sgt semua kerja2 cetakan dapat dibuat bukan pada saat2 akhir...
Datanglah studio cetakan gatenbej printworks..dekat je. Belakang poliklinik annur sederet dgn chicken royale bandar tun hussein onn cheras. Kalau tak sudi nak mai, saya juga boleh bagi khidmat secara atas talian..whatsapp je saya, minta je apa nak asalkan dalam skop kerja saya sebagai tukang cetak www.wasap.my/60135284045
Akhir kata, semoga Bulan Puasa tahun ini memberikan rezeki yang bertubi-tubi kepada semua yang membaca post ini. AMIN. Saya doakan. Doakan saya juga....
Alang Budi Kesuma
Tukang cetak