26/08/2022
As salam dan selamat pagi semua. Kepada warga Envi sekalian, saya ingin memaklumkan berkenaan kehilangan saudara kita iaitu Izharuddin b Ismail pada Khamis 25.8.2022. Bersama-sama kita kirimkan pahala bacaan al fatihah kepada arwah. Arwah merupakan seorang yang tidak pernah berputus asa dalam menghadapi setiap perkara dan sentiasa mempunyai idea-idea yang bernas. Semoga arwah di kalangan orang-orang yang mendapat keampunan. Tenang lah kau wahai sahabat di sana.