Kolej Komuniti Mas Gading

Kolej Komuniti Mas Gading This is the official page of Kolej Komuniti Mas Gading, Bau, Sarawak.

13 OGOS 2026 | KHAMISSalam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANIOrang ramai dijemput menyertai πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„ππƒπ„πŠ yang menarik ...
13/08/2026

13 OGOS 2026 | KHAMIS

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI

Orang ramai dijemput menyertai πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„ππƒπ„πŠ yang menarik pada 22 Ogos 2026 (𝐒𝐀𝐁𝐓𝐔), anjuran Kolej Komuniti Mas Gading. Kursus ini terbuka kepada semua yang berminat.

βœ… Chocolate Chip Cookies - RM40
βœ… Pengusahaan Taugeh di Rumah - RM40
βœ… Srategic Digital Marketing using AI (poster dan infografik) - RM20
βœ… DIY Felt Hairclip - RM10
βœ… Penghasilan Tango Moden - RM20

Kaedah Mohon Kursus (salah satu) iaitu :

Melalui link google form iaitu:
http://tiny.cc/pshkkmg2026

π–π‘πšπ­π¬πšπ©π© kepada urusetia Unit PSH di talian 𝟎𝟏𝟏-πŸ”πŸ‘πŸ”πŸπŸ”πŸπŸ—πŸ

TEMPAT ADALAH TERHAD! MOHON SEKARANG!!

πŠπ”π‘π’π”π’ π‡π˜πƒπ‘πŽππŽππˆπ‚ - π…π‘πŽπŒ π™π„π‘πŽ π“πŽ 𝐇𝐀𝐑𝐕𝐄𝐒𝐓 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑  πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π ππ„π‘π“π€ππˆπ€π πŒπŽπƒπ„π9 Ogos 2026    I     Bilik Sem...
09/08/2026

πŠπ”π‘π’π”π’ π‡π˜πƒπ‘πŽππŽππˆπ‚ - π…π‘πŽπŒ π™π„π‘πŽ π“πŽ 𝐇𝐀𝐑𝐕𝐄𝐒𝐓 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π ππ„π‘π“π€ππˆπ€π πŒπŽπƒπ„π
9 Ogos 2026 I Bilik Seminar

Pada hari yang sama, seramai 21 orang komuniti setempat telah menyertai Kursus Hydroponic - From Zero to Harvest anjuran Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), yang berlangsung di Bilik Seminar, Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG).

Kursus yang dikendalikan oleh tenaga pengajar, Encik Chong Man Lung memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep, prinsip, kelebihan, jenis sistem dan keperluan asas penanaman secara hidroponik tanpa menggunakan tanah.

Selain pengetahuan teori, peserta turut diberikan kemahiran praktikal dalam menyediakan dan mengendalikan sistem hidroponik menggunakan kaedah Kratky, bermula daripada penyediaan bekas, anak benih dan larutan nutrien sehingga kepada aspek penjagaan tanaman.

Pendedahan yang diberikan turut membuka ruang kepada peserta untuk memahami potensi hidroponik sebagai salah satu pendekatan pertanian bandar yang boleh menyokong penghasilan makanan sendiri, di samping berpotensi menjadi sumber pendapatan.

Melalui kursus ini, peserta berpeluang menguasai asas dan kemahiran praktikal hidroponik dan menghasilkan sayuran sendiri menggunakan kaedah Kratky.

Peserta turut diperkenalkan kepada potensi sistem NFT bagi pengusahaan sayuran secara lebih sistematik dan komersial.

Kursus ini dilihat telah berjaya mendedahkan peserta mengenai laluan perkembangan pengusahaan hidroponik, bermula daripada penanaman untuk kegunaan sendiri, pengeluaran secara kecil-kecilan sehingga berpotensi dikembangkan kepada perusahaan hidroponik komersial.






πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐀𝐒𝐀𝐒 πŒπˆπ‚π‘πŽπ’πŽπ…π“ π–πŽπ‘πƒ 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ π“πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π πƒπˆπ†πˆπ“π€π‹10 Ogos 2026    I  Makmal CADDPada 8 Ogos 2026, seram...
09/08/2026

πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐀𝐒𝐀𝐒 πŒπˆπ‚π‘πŽπ’πŽπ…π“ π–πŽπ‘πƒ 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ π“πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π πƒπˆπ†πˆπ“π€π‹
10 Ogos 2026 I Makmal CADD

Pada 8 Ogos 2026, seramai 16 orang komuniti setempat telah menyertai Kursus Asas Microsoft Word yang dianjurkan oleh Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) bertempat di Makmal CADD.

Kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar, Encik Abdul Rahman bin Morni yang memberi pendedahan kepada peserta berkaitan asas penggunaan Microsoft Word, khususnya dalam menghasilkan, menyunting dan memformat dokumen seperti surat, laporan termasuk dokumen harian dengan lebih kemas dan sistematik.

Penganjuran kursus juga ini bertujuan memberikan membimbing peserta agar mereka dapat menggunakan aplikasi Microsoft Word dengan lebih yakin serta berkesan dalam pelbagai urusan harian, pembelajaran dan pekerjaan.

Sepanjang kursus, peserta berpeluang meningkatkan kefahaman dan kemahiran praktikal dalam penghasilan membabitkan digital, sekali gus membantu mereka melaksanakan tugasan berkaitan dokumentasi dengan lebih teratur dan profesional.

Program ini turut memberi impak positif dalam meningkatkan kemahiran serta literasi digital dalam kalangan komuniti.

Pada masa yang sama, penguasaan kemahiran asas Microsoft Word akan dapat membantu peserta menyesuaikan diri dengan keperluan persekitaran pembelajaran dan pekerjaan yang semakin bergantung kepada teknologi digital.







πŠπ”π‘π’π”π’ πŒπ€πŠπ„π”π 𝐓𝐑𝐄𝐍𝐃 π“πˆπŠπ“πŽπŠ ππ„ππ“π”πŠ πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π π’πŽπ‹π„πŠπ€π πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ9 Ogos 2026   I    Bilik PersidanganSeramai 20 orang komunit...
09/08/2026

πŠπ”π‘π’π”π’ πŒπ€πŠπ„π”π 𝐓𝐑𝐄𝐍𝐃 π“πˆπŠπ“πŽπŠ ππ„ππ“π”πŠ πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π π’πŽπ‹π„πŠπ€π πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ
9 Ogos 2026 I Bilik Persidangan

Seramai 20 orang komuniti setempat menyertai Kursus Makeup Trend TikTok yang dianjurkan oleh Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG), bagi meningkatkan kemahiran solekan mengikut trend semasa.

Kursus yang berlangsung pada Sabtu, 8 Ogos 2026 bertempat di Bilik Persidangan, KKMG itu dikendalikan oleh tenaga pengajar, Cik Nursyafiqah binti Abd Samad bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan teknik dan kemahiran solekan yang popular di platform TikTok.

Antara kemahiran utama yang diperkenalkan ialah teknik melukis aegyosal dan teknik contour hidung (button nose).

Peserta turut diberi peluang mengaplikasikan teknik tersebut secara praktikal bagi membantu meningkatkan penguasaan dan keyakinan dalam menghasilkan solekan mengikut trend semasa.

Penganjuran kursus selaras dengan usaha Unit PSH menyediakan peluang pembelajaran dan peningkatan kemahiran kepada komuniti setempat melalui kursus yang bersesuaian dengan keperluan serta perkembangan semasa.

Dalam kursus ini, peserta juga berpeluang meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam solekan trend TikTok yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan sebagai nilai tambah kepada kemahiran peribadi.






π–π€ππˆπ“π€ 𝐁𝐀𝐔 πƒπˆπƒπ„πƒπ€π‡πŠπ€π πŠπ„ππ€πƒπ€ π€πˆ 𝐃𝐀𝐍 ππ„πŒπ€π’π€π‘π€π πƒπˆπ†πˆπ“π€π‹ π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ π–π€ππˆπ“π€ πŸπŸŽπŸπŸ”5 Ogos 2026       I      SJKC Chu...
05/08/2026

π–π€ππˆπ“π€ 𝐁𝐀𝐔 πƒπˆπƒπ„πƒπ€π‡πŠπ€π πŠπ„ππ€πƒπ€ π€πˆ 𝐃𝐀𝐍 ππ„πŒπ€π’π€π‘π€π πƒπˆπ†πˆπ“π€π‹ π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ π–π€ππˆπ“π€ πŸπŸŽπŸπŸ”
5 Ogos 2026 I SJKC Chung Hua Bau

Bersempena Sambutan Hari Wanita Peringkat Daerah Bau Tahun 2026 yang bertemakan Sarawak Women in Digital Economy, seramai 50 peserta telah menyertai Kursus Literasi AI Untuk Wanita dan Tulis Dengan Hati, Jual Dengan Strategi pada 2 Ogos 2026 yang lalu di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Chung Hua Bau.

Program anjuran Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) dengan kerjasama Pejabat Daerah Bau ini merupakan platform untuk memperkasakan wanita dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan dalam menghadapi perkembangan ekonomi digital.

Kursus tersebut telah dikendalikan oleh Ts. Siti Nursaadah binti Md Yusoff bagi sesi Literasi AI Untuk Wanita sementara Puan Yvone Xavera anak Dady bagi sesi Tulis Dengan Hati, Jual Dengan Strategi, dibantu Cik Cynthia Lee Poh Choo.

Sepanjang program, peserta didedahkan kepada konsep asas Kecerdasan Buatan (AI), aplikasi AI dalam kehidupan dan perniagaan, teknik menghasilkan kandungan penulisan yang berkesan dan strategi pemasaran digital untuk mempromosikan produk serta perkhidmatan secara lebih efektif.

Penganjuran kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan AI, meningkatkan kemahiran menghasilkan kandungan pemasaran digital yang berkualiti dan membimbing peserta memahami strategi pemasaran yang mampu meningkatkan daya saing dalam dunia perniagaan digital.

Melalui kursus ini, peserta memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas yang boleh diaplikasikan dalam pekerjaan, perniagaan dan aktiviti harian.

Program ini turut meningkatkan keyakinan golongan wanita untuk memanfaatkan platform digital dalam mempromosikan produk, perkhidmatan dan idea secara lebih strategik yang secara langsung menyokong usaha melahirkan komuniti wanita yang celik digital, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat.






ππ„ππ€π…πˆπ€π π‘π€π’πŒπˆ 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 πƒπŽπŠπ”πŒπ„π 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔Sehubungan dengan penularan satu dokumen yang menggunakan nama Kole...
04/08/2026

ππ„ππ€π…πˆπ€π π‘π€π’πŒπˆ 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 πƒπŽπŠπ”πŒπ„π 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔

Sehubungan dengan penularan satu dokumen yang menggunakan nama Kolej Komuniti Mas Gading berkaitan tawaran tender, pihak Kolej Komuniti Mas Gading ingin membuat penjelasan seperti berikut:

Kolej Komuniti Mas Gading tidak mempunyai mana-mana kakitangan yang bernama Mohd Syafiq Abidin.

Kolej Komuniti Mas Gading tidak pernah mengeluarkan sebarang tender terhad bagi membekal dan menghantar MCB, RCCB dan Distribution Board (DB) seperti yang dipaparkan dalam dokumen yang sedang tular.

Dokumen tersebut adalah palsu dan tidak dikeluarkan oleh Kolej Komuniti Mas Gading.

Orang ramai, syarikat dan pembekal dinasihatkan supaya tidak mempercayai atau mengambil sebarang tindakan berdasarkan dokumen berkenaan.

Orang ramai yang menerima panggilan, mesej, e-mel atau dokumen yang menggunakan nama Kolej Komuniti Mas Gading berkaitan tawaran tender hendaklah membuat semakan terus dengan pihak kolej melalui saluran rasmi sebelum mengambil sebarang tindakan.

Pihak Kolej Komuniti Mas Gading memandang serius penyalahgunaan nama dan identiti kolej bagi tujuan yang boleh mengelirukan orang ramai.

Tindakan sewajarnya akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Kerjasama dan keprihatinan semua pihak amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

π“π€π‡ππˆπ€π‡ πŠπ„ππ€πƒπ€  𝐆𝐑𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ 𝐃𝐀𝐍 𝐆𝐑𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 πŠπŽπ‹π„π‰ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”.
04/08/2026

π“π€π‡ππˆπ€π‡ πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐆𝐑𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ 𝐃𝐀𝐍 𝐆𝐑𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 πŠπŽπ‹π„π‰ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”.

πŠπŠπŒπ† 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑 πŠπ”π‘π’π”π’ π“π‘π€ππ’π…πŽπ‘πŒπ€π’πˆ πŠπ„π‘π‰π€ πƒπˆπ†πˆπ“π€π‹ πŒπ„ππ†π†π”ππ€πŠπ€π π„πŠπŽπ’πˆπ’π“π„πŒ π†πŽπŽπ†π‹π„ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐇𝐑𝐃 π‚πŽπ‘π3  Ogos 2026    I   KKMGPada 1...
03/08/2026

πŠπŠπŒπ† 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑 πŠπ”π‘π’π”π’ π“π‘π€ππ’π…πŽπ‘πŒπ€π’πˆ πŠπ„π‘π‰π€ πƒπˆπ†πˆπ“π€π‹ πŒπ„ππ†π†π”ππ€πŠπ€π π„πŠπŽπ’πˆπ’π“π„πŒ π†πŽπŽπ†π‹π„ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐇𝐑𝐃 π‚πŽπ‘π
3 Ogos 2026 I KKMG

Pada 1 Ogos 2026, Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) dengan kerjasama HRD Corp telah menganjurkan kursus National Training Week – Transformasi Kerja Digital Menggunakan Ekosistem Google secara dalam talian.

Kursus yang dikendalikan oleh Ts. Siti Nursaadah binti Mat Yusoff ini telah disertai oleh 65 orang peserta dari pelbagai negeri yang secara langsung menjadi platform untuk memperkukuh kemahiran digital dan meningkatkan kecekapan penggunaan teknologi dalam persekitaran kerja masa kini.

Kursus ini bertujuan memperkasakan peserta dengan kemahiran mengoptimumkan penggunaan pelbagai alat kolaborasi dalam Ekosistem Google bagi mengurangkan tugasan manual, menyelaraskan kerja berkumpulan dan mempercepatkan proses membuat keputusan.

Selain itu, peserta turut didedahkan kepada kaedah penyimpanan, pengurusan dan perkongsian fail yang selamat menggunakan platform awan Google apabila mereka menjalani latihan praktikal mengintegrasikan aplikasi produktiviti bersama ciri pintar termasuk sokongan kecerdasan buatan (AI) seperti Gemini dalam penyediaan dokumen, pengurusan jadual dan penghasilan laporan kerja yang lebih berkualiti.

Sepanjang kursus, peserta mengikuti sesi penerangan, demonstrasi dan latihan amali yang membolehkan mereka mengaplikasikan fungsi pelbagai aplikasi Google secara berkesan membabitkan tugasan harian.

Pendekatan pembelajaran secara interaktif turut memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman dan memahami amalan terbaik dalam melaksanakan transformasi kerja digital.

Penganjuran kursus pastinya memberi impak positif kepada peserta apabila proses kerja harian dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan efisien melalui pengurangan penggunaan kertas, penyuntingan dokumen secara serentak, termasuk juga capaian maklumat pada bila-bila masa.

Di samping itu, kursus ini membantu mewujudkan budaya kerja yang lebih kolaboratif menerusi komunikasi, pemantauan projek dan perkongsian maklum balas yang lebih lancar tanpa mengira lokasi.

Malah peserta juga akan memperoleh keyakinan untuk memanfaatkan teknologi moden dalam tugasan rutin yang akan membentuk tenaga kerja yang lebih berdaya saing, adaptif dan bersedia menghadapi keperluan landskap kerja digital pada masa hadapan.






πŠπŠπŒπ† 𝐃𝐄𝐃𝐀𝐇 πŠπŽππ’π„π 𝐀𝐒𝐀𝐒 π€πˆ 𝐃𝐀𝐍 ππŽπ“π„ππ’πˆππ˜π€ πƒπ€π‹π€πŒ ππˆπƒπ€ππ† π‘π„πŠπ€ ππ„ππ“π”πŠ π‹π€ππƒπ’πŠπ€π πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐀𝐓𝐀𝐒 π“π€π‹πˆπ€π 3  Ogos  2026     ...
03/08/2026

πŠπŠπŒπ† 𝐃𝐄𝐃𝐀𝐇 πŠπŽππ’π„π 𝐀𝐒𝐀𝐒 π€πˆ 𝐃𝐀𝐍 ππŽπ“π„ππ’πˆππ˜π€ πƒπ€π‹π€πŒ ππˆπƒπ€ππ† π‘π„πŠπ€ ππ„ππ“π”πŠ π‹π€ππƒπ’πŠπ€π πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐀𝐓𝐀𝐒 π“π€π‹πˆπ€π
3 Ogos 2026 I KKMG

Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) telah menganjurkan Kursus AI dalam Reka Bentuk Landskap: Menjana Idea, Konsep dan Visual secara dalam talian pada 2 Ogos 2026.

Kursus ini dikendalikan oleh Cik Wildatunnur binti Irwansyah dengan bantuan Cik Nor Akma binti Ahmad Zawahir @ Abd Shukor yang disertai oleh 70 orang peserta terdiri daripada pelajar dan pensyarah Politeknik Nilai, pensyarah IKBN dan orang awam.

Penganjuran kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep asas kecerdasan buatan (AI) dan potensinya dalam bidang reka bentuk landskap.

Sepanjang kursus, peserta didedahkan kepada teknik penulisan prompt (prompt engineering) bagi menjana idea dan konsep reka bentuk yang kreatif serta sistematik.

Selain itu, peserta turut mempelajari kaedah menghasilkan visual landskap berkualiti menggunakan platform AI, menyediakan bahan pembentangan yang lebih profesional serta mengintegrasikan elemen reka bentuk landskap lestari dan identiti tempat dalam pembangunan konsep reka bentuk.

Melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif, peserta berpeluang meneroka pelbagai aplikasi AI bagi mempercepatkan proses pembangunan idea, penghasilan visual dan penyediaan bahan persembahan.

Pendedahan ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman terhadap penggunaan AI dalam reka bentuk landskap, malah membantu peserta memanfaatkan teknologi terkini bagi menghasilkan hasil kerja yang lebih kreatif, berkualiti dan berimpak tinggi.

Pengintegrasian AI dalam bidang reka bentuk landskap juga dijangka dapat memperkukuh kreativiti, inovasi serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran TVET yang secara tidak langsung akan meningkatkan daya saing termasuk kebolehpasaran peserta pada masa hadapan.






𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 ππƒπŠ π“πˆππ†πŠπ€π“πŠπ€π πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π πƒπˆπ†πˆπ“π€π‹ πŒπ„ππ„π‘π”π’πˆ πŠπ”π‘π’π”π’ π€πˆ πŠπ‘π„π€π“πˆπ… πƒπˆ πŠπŠπŒπ†2  Ogos 2026   I  Makmal CADD, KKMGKolej Komu...
02/08/2026

𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 ππƒπŠ π“πˆππ†πŠπ€π“πŠπ€π πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π πƒπˆπ†πˆπ“π€π‹ πŒπ„ππ„π‘π”π’πˆ πŠπ”π‘π’π”π’ π€πˆ πŠπ‘π„π€π“πˆπ… πƒπˆ πŠπŠπŒπ†
2 Ogos 2026 I Makmal CADD, KKMG

Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) telah menganjurkan Kursus AI Kreatif untuk Penghasilan Poster Profesional, Kertas Kerja dan Laporan di KKMG pada 1 Ogos 2016.

Kursus secara bersemuka selama lima jam ini telah dikendalikan oleh Cik Nor Akma binti Ahmad Zawahir @ Abdul Shukor, melibatkan penyelia dan petugas Pusat Dalam Komuniti (PDK) Daerah Bau.

Penganjuran kursus bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) membabitkan tugasan harian, teemasuklah meningkatkan kemahiran menghasilkan poster yang kreatif dan profesional.

Selain itu, peserta turut dibimbing menyediakan kertas kerja dan laporan dengan lebih cepat, kemas atau sistematik melalui penggunaan aplikasi AI.

Kursus ini juga memperkenalkan teknik membina 'prompt' yang berkesan bagi menghasilkan output AI yang berkualiti yang akan meningkatkan produktiviti dan kecekapan peserta dalam melaksanakan tugas.

Sepanjang kursus, peserta diberi penerangan teori bersama latihan amali berkaitan penggunaan pelbagai aplikasi AI bagi menghasilkan bahan promosi, dokumentasi dan penulisan yang lebih berkualiti.

Pendekatan pembelajaran secara interaktif membolehkan peserta mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh secara langsung dalam tugasan sebenar di tempat kerja.

Di penghujung kursus, peserta dilihat telah berjaya meningkatkan keyakinan menggunakan teknologi AI sebagai alat sokongan kerja.

Kursus ini turut menonjolkan keupayaan peserta menghasilkan poster, kertas kerja dan laporan dengan lebih mudah malah menjimatkan melalui kemahiran digital yang dipelajari selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Malah, bahan promosi yang dihasilkan akan lebih kreatif, berkualiti dan profesional.






Address

Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti Malaysia, Lot 742-750, Of Parent Lot 726
Bau
94007

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Mas Gading posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share