26/06/2026
Perhatian kepada seluruh warga UTHM.
Bagi memastikan infrastruktur ICT universiti sentiasa berada pada tahap yang optimum, kerja-kerja penyelenggaraan berkala akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Sepanjang tempoh tersebut, pengguna dinasihatkan untuk:
1. Menyimpan dan melengkapkan urusan penting lebih awal.
2. Mengelakkan transaksi atau capaian sistem yang kritikal sepanjang tempoh penyelenggaraan.
3. Mengikuti saluran rasmi PTM UTHM untuk sebarang perkembangan terkini.
Kerjasama dan pemahaman semua warga UTHM amat dihargai demi memastikan proses penyelenggaraan berjalan lancar.