30/04/2024
The great leader
c&p
Kenapa Tuanku tergerak untuk menitahkan pengampunan pomotongan separuh hukuman dan juga penahanan di rumah bagi Najib Razak?
Tidak boleh dinafikan bahawa Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyelesaikan banyak isu dan konflik di negara ini secara adil dan bijaksana sepanjang pemerintahan baginda.
Sebagai pemerintah yang adil dan bijaksana, ianya kemungkinan bahawa YDPA juga nampak perkara-perkara berikut?
1. Najib telah menerima sekurang-kurangnya RM642 juta dari Arab Saudi termasuk terus dari Kementerian Kewangan Arab Saudi yang dia tidak gunakan untuk peribadi walaupun boleh tetapi disedekahkan semua termasuk untuk memberi sedekah kepada semua masjid dalam negara dan memberi bantuan banjir untuk 4 tahun berturut.
2. Najib dihukum hanya sebab hakim kata ianya bukan hak Najib untuk sedekahkan RM42 juta biarpun ianya dana yang sudahpun dilulus dan dibayar untuk tujuan sedekah.
3. Terdapat banyak ketidakadilan dalam kes Najib termasuk:
- hakim-hakim tertinggi negara dilantik dengan melanggar Akta Perlantikan Hakim (JAC) 2009
- hakim kes SRC Najib tiba-tiba ditukar kepada hakim yang paling tiada pengalaman kes jenayah setelah perbicaraan bermula setelah Tommy Thomas mengadu dia tidak senang dengan hakim asal seperti ditulis dalam buku dia. Tidak pernah berlaku di dalam dunia di mana kes paling berprofil tinggi negara dihakim oleh hakim paling junior yang langsung tiada pengalaman
- wang RM42 juta itu bukan berasal dari KWAP seperti dituduh tetapi berasal dari pinjaman Maybank ketika hakim masih menjawat sebagai setiausaha syarikat merangkap chief legal counsel bagi bank tersebut. Sepatutnya caj predikat yang nyatakan wang ialah dari KWAP patut tergugur.
- Najib tidak diberi lanjutan masa setelah peguam ditukar susulan mahkamah menolak hak Najib untuk gunakan Queen's Counsel pada saat terakhir
- peguam Najib tidak dibenarkan untuk letak jawatan seperti dibenarkan oleh peraturan mahkamah sedia ada tetapi disuruh duduk diam dalam mahkamah sehingga Najib dihantar ke penjara - satu perkara yang tidak pernah berlaku di mana-mana kes dalam sejarah Malaysia atau dunia
- individu-individu yang dibayar jauh lebih banyak berbanding RM42 juta oleh Jho Low yang mereka simpan di luar negara untuk peribadi tidak didakwa tetapi dijadikan saksi-saksi pendakwaan terhadap Najib p**a.
_ Hakim kedua atau ketiga paling kanan Malaysia iaitu hakim besar Sabah dan Sarawak dengan saya tegas nyatakan bahawa ketidakadilan besar telah berlaku ke atas Najib dan keputusan yang patut ialah Najib perlu dilepas dan dibebaskan
- Najib masih sangat disayang dan dirindu Rakyat dan jika Najib benar-benar penjenayah yang telah menjahanamkan negara maka tidak mungkin dia masih begitu banyak disayangi dan begitu pop**ar dengan Rakyat.
- Najib mempunyai banyak jasa pada negeri Pahang dan negara ketika menjawat sebagai Menteri Besar Pahang dan Perdana Malaysia termasuk:
_ menyelamatkan negara dari dua krisis besar iaitu The Great Recession dan the great oil price slump 2014-2016
- membina aset dan simpanan negara dari RM800b ke lebih RM2 trilion dalam tempoh dia jadi PM
- membawa ekonomi Malaysia ke ambang status negara pendapatan tinggi dan juga menurunkan defisit kerajaan bagi 8 tahun berturut
- melaksanakan Pelan Transformasi Negara yang telah meletakkan negara dalam landasan yang betul termasuk blueprint Malaysia Higher Education yang telah menaikkan ranking-ranking semua univesiti di Malaysia sepanjang tempoh
- menjadikan pasaran saham Malaysia sebagai pasaran saham bull-run paling lama di dunia
- berani melaksanakan banyak dasar-dasar ekonomi yang kurang pop**ar tetapi perlu untuk negara seperti GST dan rasionalisasi subsidi
- melaksanakan pelbagai projek-projek dan dasar-dasar yang menyenangkan Rakyat seperti BR1M, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, menghapuskan segala yuran kerajaan bagi sekolah rendah dan menengah, bantuan awal sekolah dan sebagainya
- melaksanakan banyak projek-projek yang memajukan negara seperti Pengerang, MCKIP, Pan Borneo Highway, Lebuhraya CSR, sambungan LRT1 dan LRT2, LRT3, MRT1, MRT2, ECRL, RTS, HSR yang kini diakui sebagai game changer bagi Malaysia
- membeli balik PLUS untuk diletak bawah KWSP dan Khazanah Nasional
- memberi lebih perhatian dan pembangunan kepada negeri-negeri pantai timur serta Sabah dan Sarawak
- menyelesaikan masalah perjanjian IPP berat sebelah ketinggalan Mahathir yang telah merugikan negara sebanyak RM15b hingga RM20b setahun
- membina dan menaik taraf sekurang-kurangnya 8 pangkalan anggota keselamatan termasuk membina pangkalan terbesar negara di Sendayan.
- menyelamatkan Proton
dan banyak-banyak lagi.
Sudah tentu Tuanku mempunyai barisan penasihat termasuk penasihat undang-undang yang telah memberi nasihat kepada Tuanku berkenaan pencapaian dan jasa Najib serta ketidakadilan dalam kes Najib.