TheSkop

TheSkop TheSkop - Apa Cerita Hari Ini? Oleh itu, tidak salah memperkenalkan bahasa Melayu untuk laman web ini.

theSkop diuruskan oleh THESKOP TECHNOLOGY berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang mula diperkenalkan pada April 2010 selepas pengasasnya menyedari kepentingan penulisan teknologi dalam bahasa Melayu yang boleh meningkatkan pemahaman dan pengetahun dalam bidang IT dan teknologi bukan sahaja masyarakat di Malaysia malah di Brunei, Singapura dan Indonesia. Ini berikutan Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu adalah bahasa ke-7 tertinggi penggunaannya di dunia yang ditutur lebih 159 juta penduduk dunia.

Ibu Bapa Dibenarkan Tak Hantar Anak Ke Sekolah Jika Bimbang Jerebu: KKM & KPM Utamakan Kesihatan! Kementerian Pendidikan...
07/09/2026

Ibu Bapa Dibenarkan Tak Hantar Anak Ke Sekolah Jika Bimbang Jerebu: KKM & KPM Utamakan Kesihatan!

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membenarkan ibu bapa untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka akibat situasi jerebu yang semakin meruncing, dengan syarat memaklumkannya kepada pihak sekolah. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menegaskan keselamatan murid sentiasa menjadi keutamaan, di mana aktiviti luar bilik darjah akan dihentikan serta-merta apabila Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 100, manakala sekolah akan ditutup sepenuhnya jika IPU melepasi 200 berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan. Setakat ini, Samarahan (Sarawak) merekodkan bacaan sangat tidak sihat (226), dengan 40 kawasan lain berada di tahap tidak sihat.

RUU Had Tempoh Jawatan PM & Pemisahan Kuasa AG-PP Siap Sepenuhnya: Azalina Merayu Sokongan 2/3 Parlimen! Draf Rang Undan...
03/09/2026

RUU Had Tempoh Jawatan PM & Pemisahan Kuasa AG-PP Siap Sepenuhnya: Azalina Merayu Sokongan 2/3 Parlimen!

Draf Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan had tempoh jawatan Perdana Menteri kini telah siap sepenuhnya dan sedia dibawa ke Parlimen, tertakluk kepada keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Majlis. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan bahawa pindaan ini, bersama cadangan pemisahan peranan Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya (PP), memerlukan sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen kerana melibatkan Pindaan Perlembagaan. Azalina turut menyeru semua parti politik mengetepikan kepentingan kepartian demi menyokong reformasi ini bagi membebaskan institusi pendakwaan negara daripada persepsi pendakwaan berunsur politik.

MARA Bidas Isu Perkauman Pembinaan Hospital MARA: Keperluan Strategik Hospital Pengajar UniKL! Ketua Pengarah MARA, Datu...
02/09/2026

MARA Bidas Isu Perkauman Pembinaan Hospital MARA: Keperluan Strategik Hospital Pengajar UniKL!

Ketua Pengarah MARA, Datuk Seri Zulfikri Osman menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang mengaitkan cadangan penubuhan Hospital Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan sentimen perkauman sebagai satu pemikiran sempit. Beliau menjelaskan pembinaan hospital berkenaan merupakan satu keperluan strategik demi melengkapkan ekosistem pendidikan perubatan UniKL RCMP sebagai hospital pengajar. Langkah ini juga melambangkan kesinambungan kejayaan MARA melahirkan ribuan profesional kesihatan serta pembangunan usahawan tempatan yang kini telah mengendalikan lebih 160 rangkaian U.n.i Klinik, U.n.i Dental, dan U.n.i Farmasi di seluruh negara.

Penetapan semula kelayakan asas bagi inisiatif BUDI95 kepada kuota 300 liter sebulan menjadi antara perkara yang mendapa...
01/09/2026

Penetapan semula kelayakan asas bagi inisiatif BUDI95 kepada kuota 300 liter sebulan menjadi antara perkara yang mendapat perhatian, khususnya dalam konteks perbelanjaan pengangkutan harian.

Menurut Herniza Roxanne Marcus, kuota tersebut boleh memberi sedikit ruang kepada isi rumah dalam menguruskan keperluan perjalanan, terutama bagi mereka yang banyak bergantung kepada kenderaan persendirian untuk urusan kerja dan aktiviti harian.

Dalam keadaan kos sara hidup yang terus menjadi perhatian, sebarang perubahan berkaitan peruntukan bahan api sememangnya memberi kesan kepada perancangan perbelanjaan isi rumah.

Malaysia Sasar Eksport Peranti Perubatan Melebihi RM50 Bilion Menjelang 2030! Malaysia menyasarkan nilai eksport peranti...
28/08/2026

Malaysia Sasar Eksport Peranti Perubatan Melebihi RM50 Bilion Menjelang 2030!

Malaysia menyasarkan nilai eksport peranti perubatan melonjak melebihi RM50 bilion menjelang 2030 berbanding RM34.54 bilion pada tahun lalu. Merasmikan penutupan Pameran dan Persidangan Peranti Perubatan Antarabangsa (IMDEC) 2026, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut membentangkan tiga aspirasi utama MedTech negara—termasuk melahirkan sekurang-kurangnya 10 juara industri tempatan berkelas global serta memastikan 50 peratus pelaburan baharu menawarkan pekerjaan berpendapatan tinggi (MTS). Pengerusi TVET Negara itu turut menggesa pelabur antarabangsa bekerjasama dengan institusi tempatan lebih awal bagi membangunkan bakat dan kepakaran masa depan sebelum projek dilaksanakan.

PM Anwar Minta Ruang Pinda Atau Mansuh AUKU Secara Menyeluruh: "Saya Dah Lama Lawan Akta Ini!" Perdana Menteri, Datuk Se...
27/08/2026

PM Anwar Minta Ruang Pinda Atau Mansuh AUKU Secara Menyeluruh: "Saya Dah Lama Lawan Akta Ini!"

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta seluruh warga mahasiswa memberikan ruang kepada kerajaan untuk melaksana penambahbaikan komprehensif berhubung pindaan atau pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). Menjawab soalan peserta pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI di Universiti Malaya, beliau menegaskan komitmen peribadinya yang konsisten menentang AUKU sejak dahulu demi memberi kebebasan bersuara dan ruang politik berteraskan tatakelola buat mahasiswa. Beliau turut memohon sedikit masa daripada Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) untuk mengadakan pertemuan khas selepas selesai fokus pembentangan Bajet serta sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Kedah Cari Ruang Bawah Akta 171 Halang Lesen Judi: Sanusi Tegaskan Isu Judi Dalam Talian Bukan Kuasa Negeri! Kerajaan Ne...
26/08/2026

Kedah Cari Ruang Bawah Akta 171 Halang Lesen Judi: Sanusi Tegaskan Isu Judi Dalam Talian Bukan Kuasa Negeri!

Kerajaan Negeri Kedah akan meneliti ruang perundangan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) menerusi kuasa PBT bagi menyekat lesen premis perjudian susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan kebenaran merayu negeri itu. Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan PBT akan mengkaji aspek pengezonan dan perancangan yang dibenarkan undang-undang, sambil menegaskan bahawa isu judi dalam talian adalah di luar bidang kuasa kerajaan negeri. Sementara itu, Pengerusi LUHAM PAS Pusat Wan Rohimi Wan Daud menyeru ahli majlis PBT memanfaatkan Seksyen 107 Akta 171 untuk terus memperketat dasar operasi premis judi di Kedah.

JMF Buat Penampilan Sulung Sambutan Hari Kebangsaan 2026: Perkhidmatan MRT Beroperasi 24 Jam!Sambutan Hari Kebangsaan 20...
24/08/2026

JMF Buat Penampilan Sulung Sambutan Hari Kebangsaan 2026: Perkhidmatan MRT Beroperasi 24 Jam!

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya bakal menyaksikan kelainan dengan penampilan sulung perarakan pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) bersama 100 anggota dan aset mereka. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil memaklumkan persiapan tapak kini mencapai 70 peratus, manakala pameran aset ketenteraan dan kepolisan akan dipindahkan ke Monumen Alaf Baru untuk akses lebih dekat kepada pengunjung. Bagi memudahkan pergerakan awam, perkhidmatan MRT akan beroperasi 24 jam pada 30 hingga 31 Ogos, disokong oleh perkhidmatan teksi air percuma. Pihak jawatankuasa turut memantau rapi SOP kesihatan berhubung isu jerebu bagi memastikan keselamatan 1,500 peserta grafik manusia dan orang ramai terpelihara.

Abdul Hadi Sangkal Tuduhan Eksploitasi Islam: Tegaskan Penulisan Berdasarkan Al-Quran & Perlembagaan! Presiden PAS, Tan ...
21/08/2026

Abdul Hadi Sangkal Tuduhan Eksploitasi Islam: Tegaskan Penulisan Berdasarkan Al-Quran & Perlembagaan!

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyanggah dakwaan empat pemimipin Melayu DAP yang menuduh beliau mengeksploitasi agama demi kepentingan politik menerusi ruangan Minda Presiden PAS. Mengulas kritikan berhubung kerjasama sejarah antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat, Abdul Hadi menjelaskan hubungannya terdahulu hanya terbatas kepada titik persamaan tanpa menjejaskan dasar parti. Beliau menegaskan pembangkangan berlaku selepas DAP didakwa melanggar syarat kerjasama dengan menyerang dasar Islam seperti isu pengharaman arak untuk umat Islam di Kelantan serta RUU 355.

Program Turapan Lapan Jalan DBKL: RM100 Juta Diperuntukkan Demi Jalan KL 100% Bebas Lubang! Dewan Bandaraya Kuala Lumpur...
20/08/2026

Program Turapan Lapan Jalan DBKL: RM100 Juta Diperuntukkan Demi Jalan KL 100% Bebas Lubang!

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melancarkan Program Turapan Lapan Jalan melibatkan laluan protokol sepanjang 59 kilometer di ibu negara bagi memastikan jalan raya 100 peratus bebas daripada masalah berlubang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh memaklumkan inisiatif dua fasa bernilai lebih RM100 juta ini mampu meningkatkan jangka hayat turapan sehingga 50 peratus serta menjimatkan kos penyelenggaraan jangka panjang. Bagi mengelakkan kesesakan waktu puncak, kerja penurapan yang menggunakan kaedah pengisaran serta bahan berkualiti tinggi Stone Mastic Asphalt (SMA14) ini hanya dijalankan secara berperingkat pada waktu malam bermula jam 10 malam hingga 5 pagi.

Address

Bangsar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TheSkop posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to TheSkop:

Shortcuts

Share