Jalur Data Sdn Bhd

Jalur Data Sdn Bhd We provide IT Networking Services in LAN, WAN, Wi-FI, VoIP, Consultation & Networking Training. JALUR DATA SDN. BHD.

(201301040647/1070470-W) was incorporated in 2013 and has been
involved in the field of communication and information technology since then providing consultancy and technical services to various clients. We specialized in providing solutions and involved actively in the design, development, testing and commissioning of IT networking specialized in Wi-Fi and VoIP system

19/10/2026

Ramai yang selalu tanya: bila patut guna Layer 2 Switch, bila masa wajib guna Layer 3 Switch, apa perbezaan keduanya?

Jawapan paling mudah:

Layer 2 Switch (MAC Address)

frames & MAC address.
Tugasnya hantar trafik dalam satu subnet/VLAN yang sama.
Tak boleh buat routing. Kalau VLAN 10 nak bercakap dengan VLAN 20, kena hantar trafik keluar pergi ke router luar (Router-on-a-Stick).

Layer 3 Switch (IP Address + Routing):

- Selain buat kerja L2, dia ada fungsi routing (IP Routing).
- Boleh create SVI (Switch Virtual Interface) untuk pegang gateway setiap VLAN.
- Trafik antara VLAN diproses terus dalam cip switch (ASIC) pada kelajuan perkakasan tanpa bebankan firewall/router utama.

Pendek kata: nak sambung PC/printer biasa, L2 dah cukup. Nak urus inter-VLAN routing laju untuk ofis, L3 pilihan tepat.

18/10/2026

Tunggu...
Kita mulakan yang ni dulu.
Follow kami untuk video seterusnya.

16/10/2026

Dah penat setup SSH Cisco, tapi sangkut tak boleh execute command? Rupanya terlupa benda ni!

Pernah tak set remote switch guna SSH, login memang lepas, tapi bila nak masuk config mode atau taip command biasa, switch reply:

`% Permission denied` atau tersangkut kat mode user `Switch>` dan tak boleh masuk `enable`?

Puncanya mudah: Masa create user kat Cisco, kita terlupa nak assign 'Privilege Level'

Secara default, kalau kita cuma taip:

`username admin secret Password123`

User tu automatik dapat 'Privilege 1' (user EXEC biasa, command sangat terhad).

Sepatutnya kena taip:

`username admin privilege 15 secret Password123`

Privilege 15 inilah yang bagi akses penuh (enable/root level) terus lepas kita login SSH tanpa perlu sangkut lagi!

[PENGAMBILAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI (INTERNSHIP) – KEMASUKAN NOVEMBER 2026]Mencari tempat latihan industri yang betul-...
16/10/2026

[PENGAMBILAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI (INTERNSHIP) – KEMASUKAN NOVEMBER 2026]

Mencari tempat latihan industri yang betul-betul dedahkan anda dengan real physical hardware, bukan sekadar buat kopi atau hadap simulator?

Jalur Data Sdn Bhd kini membuka 1 kekosongan bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda (Degree) yang bersemangat untuk mendalami dunia Networking & IT Infrastructure secara praktikal!

Kenapa Sertai Jalur Data?

Real Hardware Lab: Pasang dan konfigurasi terus peranti sebenar seperti Cisco, MikroTik, AP Enterprise, dan firewall.

1. Direct Mentorship: Dibimbing secara dekat oleh lead trainer berpengalaman industri.
2. Elaun Bulanan: Disediakan.
3. Suasana Kerja: Persekitaran kerja profesional, kondusif, dan mesra pembelajaran.

Kriteria & Kelayakan:

Pelajar Ijazah Sarjana Muda (Degree) dalam bidang Sains Komputer / IT / Rangkaian Komputer / Kejuruteraan Elektrik / Elektronik / Telekomunikasi.

Lelaki sahaja
Lokasi: Menetap di sekitar Bangi / Kajang / Putrajaya / Semenyih (atau kawasan berhampiran) bagi memudahkan urusan pengangkutan harian.

📅 Kemasukan: November 2026.

Cara Memohon:
Hantarkan resume terkini berserta surat permohonan latihan industri universiti ke: [email protected]

Subjek Emel: Permohonan Internship (November 2026) - [Nama Penuh Anda]

📍 Lokasi Pejabat:
Jalur Data Sdn Bhd, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Kekosongan adalah terhad untuk seorang sahaja. Mohon segera sebelum ditutup!

15/10/2026

Masih remote switch guna Telnet? Bahaya... Tukar ke SSH sekarang

Ramai admin network masih guna Telnet sebab mudah. Tapi tahu tak, Telnet hantar username & password kita dalam format plain text? kalau guna Wireshark terus boleh nampak password switch kita

Sebab tu wajib guna SSH (Secure Shell) kerana semua trafik CLI di"encrypted".

Ini 5 langkah pantas setup SSH dalam Cisco Switch/Router:
1️⃣ Set Hostname & Domain Name - (syarat untuk generate crypto key)

2️⃣ Generate encryption key: `crypto key generate rsa modulus 2048`

3️⃣ Set username & password local: `username admin privilege 15 secret Rahsia123!`

4️⃣ Lock line VTY kepada SSH sahaja: `transport input ssh`

5️⃣ Aktifkan login: `login local`

Anda remote switch ofis guna SSH ke telnet? Cer komen sikit 👇

14/10/2026

Static Route: Kunci Utama Untuk "Bring Up" Sambungan Internet pada Router

Bila kita setup router baru (contohnya MikroTik RouterBOARD), salah satu langkah paling penting selepas konfigurasi IP addressing ialah menentukan Laluan Keluar (Default Gateway).

Ramai yang terlepas pandang: walaupun interface WAN sudah ada IP, router tetap tidak boleh berhubung ke internet selagi tiada entri routing table untuk trafik luar.

Kenapa Perlu Static Route `0.0.0.0/0'?

Alamat `0.0.0.0/0` mewakili semua destinasi di dunia luar (Internet) yang tidak berada dalam local network router.
Gateway merupakan alamat pintu keluar (next-hop) ke peranti ISP atau upstream router.

Untuk Router MikroTik (Winbox / CLI):

- Masuk ke IP > Routes
- Tambah route baru:
- Dst. Address:`0.0.0.0/0`
- Gateway:

Sebaik sahaja laluan ini wujud, packet DNS dan web boleh dihantar keluar, dan peranti di belakang router boleh melayari internet dengan lancar.

Tonton video penuh untuk lihat demonstrasi live pengujian ping sebaik sahaja static route diaktifkan!

Simpan posting ini untuk rujukan setup router ofis anda

13/10/2026

Kenapa Kita Perlu Configure `ip route 0.0.0.0 0.0.0.0 ` Pada Layer 3 Switch?

Dalam persekitaran enterprise, Layer 3 Switch biasanya memegang gateway bagi semua VLAN pengguna (menggunakan SVI - Switch Virtual Interface) supaya inter-VLAN routing berjalan laju pada kelajuan hardware ASIC.

Tetapi, kenapa kita masih perlu letak satu static route `0.0.0.0 0.0.0.0` menghala ke router atau firewall?

1. Menyediakan "Gateway of Last Resort"

Routing table pada L3 switch hanya ada entri untuk subnet local yang dikonfigurasi padanya (contohnya VLAN 10, 20, 30). Apabila staf membuka Google, YouTube, atau portal cloud, switch tidak tahu IP-IP tersebut berada di mana. Default route bertindak sebagai laluan jalan keluar terakhir untuk trafik yang tidak dikenali.

2. Asingkan Tugas Routing Tempatan vs Edge Security

L3 Switch: Uruskan penghantaran trafik laju antara VLAN.
Next-Hop Gateway (Router / Firewall): Uruskan NAT, WAN bandwidth, VPN, dan security sebelum keluar ke public network.

Contoh Sintaks Konfigurasi Cisco:

Switch(config) # ip routing
Switch(config) # ip route 0.0.0.0 0.0.0.0 192.168.1.1

(Di mana `192.168.1.1` ialah IP interface firewall atau router WAN anda).

Jika terlupa command ini:

Tonton video ini untuk faham flow pergerakan packet dari L3 switch ke gateway luar!

Simpan (save) post ini untuk rujukan troubleshooting anda.

12/10/2026

3 Langkah Wajib Bila Setup VLAN & DHCP Dalam Switch!

Ramai ingat configure VLAN ni cuma letak ID je. Tapi macam mana nak bagi PC terus dapat IP automatik bila cucuk kabel?

Ini flow lengkap yang kita buat dalam guide kali ini:
1️⃣ Create Interface VLAN (SVI): Jadi gateway untuk segmen user tu.

2️⃣ Setup DHCP Pool: Tentukan network, subnet mask, dan default gateway (192.168.20.0/24).

3️⃣ Assign Access Port: Kunci port access ke VLAN tersebut supaya device dapat direct IP.

Biasanya anda selalu setup DHCP dalam switch terus ke, atau buat dekat main router ?

12/10/2026

Langkah Asas Cisco CLI: Assign Access Port ke Interface g1/0/2

Dalam pengurusan switch, peranti akhir seperti PC, printer, atau IP phone disambungkan pada port jenis Access. Berbeza dengan Trunk port yang bawa banyak tag VLAN serentak, Access port hanya bawa trafik untuk satu VLAN sahaja.

Berikut langkah standard untuk assign interface g1/0/2 ke VLAN 20:

1. Masuk ke mode configuration:
Switch # configure terminal

2. Pilih interface:
Switch(config) # interface g1/0/2

3. Tetapkan peranan port sebagai access:
Switch(config-if) # switchport mode access

4. Masukkan ke dalam VLAN:
Switch(config-if) # switchport access vlan 10

Cara cepat nak semak sama ada config dah masuk:
Gunakan command:
Switch # show interface g1/0/2 switchport

atau

Switch # show vlan brief

Tonton video ni untuk demo penuh step-by-step. Save post ni untuk rujukan lab nanti.

10/10/2026

Ini DHCP Setup dalam L3 network switch.

#

Address

5-05, Plaza Bangi Perdana Jalan Gerbang Wawasan 1, Seksyen 15
Bangi
43650

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60389126508

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jalur Data Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jalur Data Sdn Bhd:

Shortcuts

Share