NADI Kuala Jempol

NADI Kuala Jempol Pusat Sebaran Maklumat (NADI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

08/08/2026
08/08/2026

πŸ“’ Perhatian! Sesi Ask Me Anything (AMA) DKK Industri Muzik 2026 kini akan bersiaran secara langsung di YouTube!

Bagi memberikan pengalaman tontonan yang lebih lancar dan berkualiti kepada semua, sesi Ask Me Anything (AMA) – Edisi Dalam Talian akan disiarkan menerusi YouTube Live MyCreative Ventures.

Masih ada persoalan mengenai Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik 2026? Sertai kami untuk mendapatkan penjelasan secara langsung berkenaan syarat kelayakan, proses permohonan, kategori dana dan pelbagai lagi.

πŸ“… Sabtu, 8 Ogos 2026
πŸ•’ 3.00 Petang
πŸ“ YouTube Live MyCreative Ventures () dan turut disiarkan di Pusat NADI terdekat.

πŸ’¬ Ajukan soalan anda secara langsung sepanjang sesi berlangsung.

Jangan lupa tetapkan peringatan dan sertai kami di YouTube!



MAHIR PERTANIAN: PENGURUSAN KAWALAN SERANGGA PEROSAKπŸ—“οΈ Tarikh :5 Ogos 2026⏰ Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagiπŸ“Œ Tempat : NADI...
07/08/2026

MAHIR PERTANIAN: PENGURUSAN KAWALAN SERANGGA PEROSAK

πŸ—“οΈ Tarikh :5 Ogos 2026
⏰ Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi
πŸ“Œ Tempat : NADI Kuala Jempol
πŸ‘₯ Jumlah Peserta : 1 Orang

πŸ’‘ Tujuan:
Sesi ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah pengurusan dan kawalan serangga perosak dalam pertanian. Peserta turut diperkenalkan kepada teknik mengenal pasti jenis perosak, langkah pencegahan, kaedah kawalan yang berkesan serta amalan pertanian yang baik bagi meningkatkan hasil tanaman dan mengurangkan kerosakan akibat serangan perosak.

07/08/2026
07/08/2026

Selamat maju jaya diucapkan kepada Pasukan NADI Tiny Techies Malaysia yang telah berlepas ke Seoul, Republik Korea pada 6 Ogos 2026 bagi mewakili Malaysia dalam International Programming Robot Challenge (IPRC) 2026.

Seramai 7 peserta NADI akan membawa nama negara ke pentas antarabangsa dalam pertandingan robotik dan pengaturcaraan yang menghimpunkan bakat muda dari Korea Selatan, China, Jepun, Vietnam, Filipina, Ukraine dan Malaysia.

IPRC 2026 yang dianjurkan oleh ROBOROBO akan berlangsung di Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, dengan pertandingan dijadualkan pada 9 Ogos 2026. Dalam edisi kali ini, pasukan NADI akan bersaing dalam kategori Robot Algorithm (Younger Division) bertemakan β€œEnergy Solution”.

Sepanjang program yang berlangsung, kontinjen Malaysia bukan sahaja berpeluang menguji kemahiran dalam bidang robotik dan pengaturcaraan, malah memperoleh pengalaman berharga, membina jaringan antarabangsa serta memperluaskan pendedahan kepada perkembangan teknologi di peringkat global.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen NADI MCMC dalam memperkasa bakat digital generasi muda serta membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk mengembangkan potensi dan bersaing di pentas dunia.

NADI MCMC mendoakan agar seluruh kontinjen diberikan kelancaran sepanjang berada di Seoul, dipermudahkan segala urusan serta berjaya mengharumkan nama Malaysia. Semoga pulang membawa pengalaman yang membanggakan πŸ‡²πŸ‡Ύ





πŸ“’ JEMPUTAN MENYERTAI WEBINAR PERCUMA NADI x CYBERSECURITY LIFELONG LEARNING🚨 Job Scam, Love Scam & Parcel Scam 2026: Tak...
04/08/2026

πŸ“’ JEMPUTAN MENYERTAI WEBINAR PERCUMA NADI x CYBERSECURITY LIFELONG LEARNING

🚨 Job Scam, Love Scam & Parcel Scam 2026: Taktik Baharu Scammer Malaysia

Penipuan dalam talian semakin licik dan sentiasa berubah mengikut peredaran teknologi. Adakah anda tahu cara mengenal pasti modus operandi terkini scammer sebelum menjadi mangsa?

πŸ’‘ Sertai webinar ini untuk mengetahui:
βœ… Taktik baharu yang digunakan scammer di Malaysia pada tahun 2026.
βœ… Cara mengenal pasti Job Scam, Love Scam dan Parcel Scam.
βœ… Langkah melindungi diri serta ahli keluarga daripada menjadi mangsa penipuan.
βœ… Tips keselamatan digital yang boleh diamalkan setiap hari.

πŸ—“ Tarikh: 6 Ogos 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 3.00 petang – 4.30 petang
πŸ’» Platform: LMS Cybersecurity
πŸ‘₯ Sasaran: Pelajar, Ibu Bapa & Dewasa

πŸ“Œ Syarat Penyertaan:
βœ”οΈ Berdaftar sebagai Ahli NADI
βœ”οΈ Mempunyai akaun LMS Cybersecurity

πŸ“ Daftar sekarang di NADI Kuala Jempol!
πŸ“ž 011-656 08647

⚠️ Jangan tunggu sehingga menjadi mangsa! Lengkapkan diri dengan ilmu keselamatan siber dan lindungi diri serta keluarga daripada ancaman scam.

04/08/2026

Address

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Dataran Besar Kuala Jempol
Bahau
72100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kuala Jempol posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share