Fix Your Laptop

Fix Your Laptop Laptop & Macbook Specialist
Motherboard Repair Since 2009
1 Year Warranty
Sungai Petani | Arau

13/10/2026

CPU 0 Volt? Jangan terus kata CPU mampuih!

13/10/2026

Check CPU guna tapak tangan
Kedai repair laptop arau dan sungai petani

12/10/2026

Bahaya update windows...
Kedai repair laptop arau dan sungai petani

11/10/2026

Repair laptop PCH short.
Kedai Repair Laptop Arau Dan Sungai Petani

10/10/2026

Laptop kedekut heatsink...
Kedai repair laptop arau dan sungai petani

BILA SSD MATI MENGEJUT WAKTU HARGA CEKIK DARAH! 😱💸Rasanya mesti ramai yang perasan harga SSD sekarang dah tak masuk akal...
26/02/2026

BILA SSD MATI MENGEJUT WAKTU HARGA CEKIK DARAH! 😱💸

Rasanya mesti ramai yang perasan harga SSD sekarang dah tak masuk akal kan?

Awal bulan Disember 2025 haritu, harga SSD Kingston 500GB baru RM285. Tapi hari ni, model yang sama dah melambung sampai RM685! Kenaikan lebih 140% ni bukan sikit-sikit, ini tahap merobek poket terus.

Punca utama? Syarikat gergasi dunia tengah berebut borong cip NAND Flash untuk server AI depa.

Bila harga tengah mahal menggila macam ni, waktu ni la SSD kat laptop tu nak arwah.

Paling sakit hati bila segala data kerja dengan fail bertahun-tahun ghaib sekelip mata, lepas tu terpaksa pulak keluar modal dekat tujuh ratus ringgit semata-mata nak ganti komponen yang sama.

Hakikatnya, kita kena faham yang SSD ni tak macam hard disk lama berputar tu.

Setiap kali kita SAVE atau WRITE data dalam SSD, kita sebenarnya tengah kurangkan jangka hayat SSD tu.

Dalam bahasa teknikalnya dipanggil TBW (Total Bytes Written).

Benda ni ibarat nyawa atau health bar untuk SSD tu.

Konsep dia mudah ja, cuba bayangkan sehelai kertas dengan seketul pemadam. Makin kerap kita tulis dan padam kat tempat yang sama, lama-lama kertas tu akan menipis dan koyak terus.

Macam tu la rupa cip memori NAND Flash dalam SSD ni bekerja.

Setiap kali kita save, copy fail besar, atau install software, secara mikroskopiknya kita tengah menghakis jangka hayat sel elektronik tu sikit demi sikit.

Bila limit TBW ni dah habis, SSD tu akan arwah dan tak boleh save apa-apa dah.

Ada 4 SEBAB utama yang boleh buat TBW lagi cepat habis.

1. Isi Ruang Sampai Penuh.

Sistem otak SSD ni ada satu fungsi pengimbang yang dipanggil Wear Leveling.

Benda ni ibarat manager kilang yang sangat adil. Tugas dia adalah pastikan setiap data baru yang kita save tu diagihkan sama rata ke semua sel NAND Flash yang ada dalam tu. Sistem ni takkan benarkan kita dera sel yang sama berulang kali.

Tapi syaratnya, manager ataupun controller ni perlukan sedikit free space untuk buat kerja penyusunan ni. Kalau storage dah merah sampai 95% penuh, controller tu akan mati akal nak rotate data,

dan akhirnya sel memori yang terhad tu la yang akan terus kena lanyak sampai arwah.

2. Gatal Tangan Buat Defragmentation.

Zaman pakai HDD berputar tu betullah kena rajin buat defrag.

Tapi untuk SSD, proses ni ibarat bunuh sel NAND tu hidup-hidup. Ia memaksa beribu proses Write Cycles yang tak perlu langsung.

Windows 10/11 dah cukup cerdik dengan fungsi Optimize menggunakan TRIM Command. TRIM ni akan tolong bagitau sel mana yang dah tak pakai supaya SSD boleh reset sel tu siap-siap.

Tak payah nak buat defrag dah!

3. Biar NVMe Dalam Kepanasan.

Cip NVMe M.2 ni memang laju gila, tapi masalahnya dia cepat panas melampau.

Bila haba ni terperangkap hari-hari dalam laptop terutamanya masa buat heavy task macam main game atau render video, firmware SSD boleh corrupt atau controller dia terus kong.

4. Tutup Laptop Mengejut Masa Windows Update.

Komponen NVMe ni sangat sensitif dengan power loss yang mengejut. Bila kita paksa tutup laptop masa sistem tengah sibuk tulis fail system yang besar, firmware tu berisiko tinggi untuk rosak teruk.

💡 MORAL OF THE STORY:

SSD tu ada nyawa dan had TBW dia sendiri, ia bukan tongkat ajaib yang kebal untuk didera tanpa ihsan.

Sentiasa Semak Kesihatan SSD, boleh download dan run software CrystalDiskInfo secara percuma. Kalau Health Status tu dah drop bawah 60%, tu petanda awal kita kena siap-siap backup data.

✅ TIPS PENJAGAAN SSD:

1. Petua 20% Ruang Kosong: Jangan tamak. Biarkan sekurang-kurangnya 20% storage sentiasa kosong.

Kalau kita jenis kaki simpan movie atau fail saiz gajah, simpan je dalam HDD External Drive. Biar SSD NVMe utama tu fokus untuk run OS dan software ja.

2. Guna Thermal Pad/Heatsink: Kalau pakai NVMe M.2 tu, pasang thermal pad atau heatsink.

Masa servis cuci kipas laptop, pastikan thermal pad kat SSD tu pun ditukar baru kalau dah keras kejung.

BATERI PENUH, CHARGER CUCUK... TAPI KENAPA LEPAS UPDATE BIOS, LAPTOP TETAP KOYAK?Selalu sangat kita dengar nasihat ni: N...
24/02/2026

BATERI PENUH, CHARGER CUCUK... TAPI KENAPA LEPAS UPDATE BIOS, LAPTOP TETAP KOYAK?

Selalu sangat kita dengar nasihat ni: Nak update BIOS, pastikan battery penuh dan cucuk charger.

Betul, tu syarat wajib.

Tapi realitinya, banyak kes yang masuk sebab BIOS update ni, charger bersambung elok ja masa update, battery pun penuh melimpah-ruah, tapi sudahnya laptop tetap jadi tugu negara. Black screen. Kipas pusing, tapi gambaq tak dak.

Last-last owner garu kepala. Elektrik tak putus pun, tapi sebab apa fail?

Realitinya, musuh sebenar ada dalam Windows tu sendiri. Nama dia UEFI CAPSULE UPDATE.

Dulu, nak update BIOS kena masuk menu BIOS atau DOS. Selamat.

Lani, Windows guna kaedah In-OS Update.

Windows akan hantar fail update atau Payload masuk ke dalam EFI Partition masa kita tengah guna Windows.

Kiranya, Windows letak barang tu depan pintu, dia suruh BIOS pasang sendiri bila kita Restart nanti.

Kat sini la bermula segala drama.

Bila laptop tengah reboot untuk pasang update tu, banyak benda boleh berlaku di belakang tabir yang kita tak nampak:

1. Isu Checksum Mismatch

Masa Windows hantar fail ke EFI Partition, kadang-kadang berlaku data corruption sikit.

Bila laptop restart, cip BIOS akan check integriti fail (Checksum). Masalahnya, ada sesetengah sistem dia dah ERASE blok lama dulu, baru dia check fail baru tu rosak.

Akibatnya: Blok lama dah hilang, blok baru tak boleh tulis. Laptop jadi kosong.

2. Konflik BitLocker & TPM

Ni pulak untuk pengguna yang taksub dengan keselamatan data depa dan guna bitlocker untuk Encrypt data. Masalahnya bila bitLocker tengah Encrypt data tu, dan cip TPM (Trusted Platform Module) tengah pegang kunci tu.

Tiba-tiba Windows Update paksa nak tulis semula firmware yang berkait dengan TPM ni tanpa minta izin dengan betul. Berlaku konflik access rights.

Akibatnya: Proses WRITE terhenti tengah jalan dan HANG, data BIOS jadi separuh masak.

3. Kegagalan Flash Handshake

Antara Windows Boot Manager dan cip UEFI, depa kena ada satu handshake sebelum serah tugas flashing. Senang cerita, sebelum nak flashing depa dua ni kena bagi dan sambut salam dulu.

Kalau Windows driver tengah buggy, salam tak bersambut. Proses tergantung, tapi sistem ingat tengah flashing.

Akibatnya: Laptop akan reboot berkali-kali tanpa sempat masuk fasa progress bar update.

Bila update BIOS ni gagal, dia selalunya terkena dekat bahagian Boot Block.

Ini bahagian paling kritikal dalam otak laptop. Kalau blok ni corrupt, laptop hilang ingatan macam mana nak hidupkan skrin, macam mana nak pusingkan kipas, macam mana nak detect RAM dan bermacam-macam lagi.

Dia jadi Zombie.

Sebab tu cara paling selamat kalau nak buat update BIOS ni adalah menggunakan kaedah manual. Update guna Flash Tool dalam bios masa boot dan BUKAN guna windows.

Windows Update ni dia buat kerja dalam persekitaran yang terlalu banyak noise. Ada antivirus, ada background apps, ada driver konflik. Jadi risiko gangguan tu tinggi.

Tapi kalau buat manual BIOS Update, kita buat dalam persekitaran Exclusive Mode. Sistem Windows tak campur tangan. Sistem fokus 100% pada READ, ERASE, WRITE DAN VERIFY cip saja. Stabil & selamat.

💡 MORAL OF THE STORY:

Jangan percaya bulat-bulat bila Windows Update kata Restart to install Firmware Update. Itu adalah perjudian paling besar untuk kesihatan motherboard hangpa.

Bila dah jadi macam ni, ubat dia bukan format Windows. Ubat dia kena CABUT IC BIOS, buat Clean ME Region dan program semula guna alat programmer. Pembedahan major, tuan-tuan.

Sejak berkecimpung dalam dunia repair ni daripada tahun 2009 sampai sekarang, ada satu fenomena misteri yang dok perhati...
19/02/2026

Sejak berkecimpung dalam dunia repair ni daripada tahun 2009 sampai sekarang, ada satu fenomena misteri yang dok perhati akan berulang TEPAT tiap kali masuk bulan puasa.

Minggu pertama ramadan ja, biasa sales kedai repair akan drop macam terjun bangunan. Kedai jadi sunyi sepi. Technician yang selalunya tak menang tangan, tiba-tiba ada masa nak termenung tengok microscope.

Benda ni akan jadi sampai la 1-2 minggu lepas raya nanti.

Kenapa jadi lagu ni? Adakah laptop orang Malaysia tiba-tiba jadi kebal bulan puasa?

Sebenarnya, ini adalah berpunca daripada TIGA faktor fenomena ekonomi dan psikologi yang sangat logik bila bisnes repair selalunya kering masa bulan puasa.

PERTAMA,

Dalam ekonomi, ada konsep Opportunity Cost.

Maksud mudah dia, duit kita terhad, jadi bila kita pilih untuk belanja kat A, kita terpaksa korbankan B.

Bulan ramadan & raya ni, musuh utama kedai repair bukan kedai sebelah, tapi baju melayu, kuih raya, dan kos balik kampung.

Jadi, bila laptop rosak contohnya skrin berkelip sikit-sikit dan nak repair tu RM300. Duit tu nak buat repair skrin ka nak buat beli sepasang baju melayu + sebalang tart nenas premium + duit minyak balik kampung.

Secara logiknya, kebanyakan orang akan pilih persiapan raya. Laptop tu selagi boleh nyala, kita pakat tahan dulu. Ini persaingan resource allocation yang sangat brutal untuk industri servis.

KEDUA,

Manusia ni diprogramkan untuk tangguh benda yang tak kritikal.

Kalau motherboard dead short tak boleh on langsung, dan tu laptop guna untuk cari makan, masa tu barulah orang akan hantar repair sebab dah jadi critical needs.

Tapi kalau setakat bateri cepat habis, laptop slow sikit, atau fan bunyi bising sikit, minda pengguna akan set, Ah.. lepas Raya la baru buat. La ni sibuk.

KETIGA,

Sebab bulan puasa ni, time window manusia jadi pendek.

Siang kerja, petang sikit dah nak rushing pergi bazar atau balik masak untuk berbuka. Malam dah penat atau nak Terawih.

Hujung minggu pulak sibuk tawaf shopping mall cari kelengkapan anak.

Masa bila nak singgah kedai repair hantar laptop?

Logistik hidup harian tu dah tak menyebelahi kita. Effort nak pergi hantar barang repair tu rasa membebankan sangat berbanding bulan biasa.

💡 MORAL OF THE STORY:

Untuk kawan-kawan satu industri, jangan panik. Bulan puasa ni memang masa untuk kita buat amal ibadat dan rehat. Anggap ni masa rehat sebelum tsunami laptop rosak masuk lepas raya nanti sebab anak-anak main game sampai meletup masa cuti sekolah 🤭.

Untuk user pulak, sebenarnya inilah masa PALING BEST nak hantar repair. Tak payah beratur panjang, spare part pun banyak stock, dan technician pun tak stress banyak kerja.

Jadi, elok hantar sekarang. Jangan tunggu lepas raya baru nak hantar, masa tu queue dah panjang macam open house menteri.

---------
Akhir kalam, Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua sahabat, customer, dan kawan-kawan technician.

Semoga bulan ini menjadi madrasah buat kita untuk meningkatkan ketaqwaan, serta dikurniakan kesihatan yang baik untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna.

LAPTOP TAK BOLEH MASUK WINDOWS LEPAS BUAT UPDATE. BILA DENGAR HARGA REPAIR, TERUS TANYA "KENAPA MAHAL?"😅Ni masalah klasi...
17/02/2026

LAPTOP TAK BOLEH MASUK WINDOWS LEPAS BUAT UPDATE. BILA DENGAR HARGA REPAIR, TERUS TANYA "KENAPA MAHAL?"😅

Ni masalah klasik yang ramai pengguna Windows 11 hadapi lani bila buat windows update. Lepas saja restart, laptop terus tak boleh masuk windows.

Punca dia?

Sekarang ni Windows Update makin pandai. Depa pakejkan sekali update BIOS sekali dengan update Windows biasa. Benda ni jalan senyap-senyap.

Masalah jadi bila update tu TAK COMPLETE dan laptop terus tak boleh masuk windows langsung dah. Nak buat apa pun dah tak boleh.

Dekat sini la selalunya akan jadi sikit perdebatan bila owner bawak mai kedai nak repair dan bila kita bagitau kos.

Bila kita sebut harga repair ni dikira level "Full Board Repair", customer biasanya akan terkejut.

Ayat biasa yang kita dengar:

"Eh, mahal lagu tu? Dia boleh ON lagi ni, skrin menyala. Cucuk pendrive, install BIOS baru tak boleh ka? Ni masalah software ja kan?"

Ini realiti yang ramai salah faham. Bila BIOS dah corrupt sampai tahap keluar error macam ni, kita bukan lagi bercakap pasal format Windows atau install driver. Kalau semudah tu, kilang HP takkan suruh hantar servis center.

Bila BIOS dah corrupt, laptop tu dah hilang otak untuk baca pendrive pun. Masalah ni nampak macam hidup, tapi sebenarnya koma.

Jadi, kenapa harga repair dia harga board level?

Sebab cara nak selamatkan dia, kita kena desolder IC BIOS tu dari motherboard. Kena guna hot air gun, angkat cip kecik tu, dan letak dekat Programmer.

Untuk model moden terutamanya HP dan Dell, kita tak boleh main copy-paste file BIOS dari internet terus masuk ke cip. Tak jalan.

Kita kena buat proses yang dipanggil Clean ME Region. Dalam fail BIOS tu ada banyak partition data. Ada ME Region, PMC, PCHC, dan EC Region.

Semua ni kena jodohkan balik dengan chipset dan CPU laptop tu secara manual. Salah letak satu, laptop terus black screen. Gelap terus.

Jujur habaq, nak cari kapasitor terbakar atau short circuit kadang-kadang lagi senang dan straightforward. Nampak hangus, kita tukar.

Tapi main dengan BIOS ni, kita main dengan data yang tak nampak. Kalau kelaut, kena rebuild balik fail tu, flash semula, pasang balik IC, test lagi.

Silap sikit, ulang proses ni 2-3 kali sampai dapat fail yang sempurna. Jenuh, bang. Memang makan masa dan cemuih.

💡 MORAL OF THE STORY:

Jangan ingat bila skrin laptop masih menyala, masalah tu benda kecik. Kadang-kadang, error yang nampak simple tu la yang paling complicated nak bedah siasat.

GAM HITAM LENOVO: PUNCA 80% LAPTOP JADI TAK MAU HIDUPRasanya ramai geng pengguna Lenovo, terutamanya yang pakai siri Ide...
14/02/2026

GAM HITAM LENOVO: PUNCA 80% LAPTOP JADI TAK MAU HIDUP

Rasanya ramai geng pengguna Lenovo, terutamanya yang pakai siri Ideapad atau Thinkpad, mesti pernah kena atau dengar pasal penyakit misteri ni.

Mula-mula tekan power button, dia senyap sunyi. Gelap gelita.

Tapi yang buat pening... bila biar 2-3 hari, tiba-tiba dia boleh hidup balik macam biasa! Ingatkan dah elok, rupanya dia bagi harapan palsu ja.

Lama-lama...biar sampai kiamat pun dia tak mau nak hidup dah.

Bila jadi kes macam ni, 80% puncanya datang dari satu benda kecik yang nampak tak bersalah ni.

Ni la Tragedi Gam Hitam.

Lenovo ni memang pemurah dengan gam underfill dia. Depa s**a letak gam hitam ni dekat tiga tempat sensitif:

1. CPU
2. ONBOARD RAM
3. EC

Masalah dengan gam hitam ni, dia keras macam batu. Bila laptop kita panas dan sejuk berulang kali, board akan mengembang dan mengecut sikit.

Logiknya mudah ja. Sifat solder ball ni dia ada tolak ansur sikit, boleh melentur bila board panas sejuk. Tapi masalahnya, gam hitam ni jenis degil, keras kejung tak mau beralih.

Bila dua benda ni duduk sekali, jadilah bencana.

Solder ball nak gerak, gam pegang kuat. Lama-lama, solder ball kat bawah chip tu akan terangkat daripada pad board.

Sebab tu kalau dapat kes Lenovo macam ni, SOP dia mudah ja. Kita buat Reball terus.

Angkat semua chip yang ada gam hitam tadi, kikis buang gam hitam tu sampai bersih, ganti dengan solder ball baru, lepastu pasang balik.

Alhamdulillah, magik ni memang selalu menjadi.

💡 MORAL OF THE STORY:

Terima kasih Lenovo! Walaupun gam hitam ni menyusahkan pengguna sebab laptop cepat rosak, tapi dia memudahkan kerja technician. Tak payah pening kepala trace circuit dah, selalunya tembak tempat gam ni ja dah settle.

Rezeki terpijak orang kata....

➤ TIPS UNTUK PENGGUNA LENOVO:

Pastikan sistem cooling sentiasa tip-top.

Haba berlebihan akan mempercepatkan proses gam ni makan pad board.

Address

Fix Your Laptop , A4 , Tingkat 1, Kompleks Tok Arau
Arau
02600

Opening Hours

Monday 10:00 - 19:00
Tuesday 10:00 - 19:00
Wednesday 10:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 19:00
Friday 10:00 - 13:00
15:00 - 19:00
Saturday 10:00 - 19:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fix Your Laptop posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Fix Your Laptop:

Shortcuts

Share