17/07/2026
JANGAN JADI “JOY BUYER”
Joy buyer ialah individu yang nampak sangat berminat, banyak bertanya, meminta penjual menyediakan pelbagai perkara, tetapi akhirnya menghilang tanpa penjelasan.
Ia boleh berlaku dalam apa sahaja urusan.
Tempah kek, tetapi membatalkan selepas bahan dibeli.
Minta peniaga bungkus makanan dalam kuantiti banyak, kemudian tidak datang mengambilnya.
Booking homestay, tetapi meminta tarikh disekat tanpa membayar deposit.
Cuba pakaian berulang kali, meminta staf mencari saiz dan warna lain, tetapi sebenarnya hanya mahu mengambil gambar.
Minta quotation lengkap, konsultasi panjang dan pelbagai pindaan, kemudian menggunakan idea tersebut dengan pihak lain.
Tempah slot rawatan, servis kecantikan atau fotografi, tetapi tidak hadir tanpa memaklumkan.
Bertanya tentang kereta, telefon, perabot atau barangan terpakai berjam-jam, meminta penjual menyimpan barang, kemudian terus senyap.
Tak salah untuk survey.
Tak salah untuk membuat perbandingan.
Tak salah untuk berubah fikiran.
Tetapi jangan membuat komitmen palsu sehingga orang lain membuang masa, tenaga dan wang untuk melayan permintaan anda.
Jika belum pasti, nyatakan dari awal.
Jika tidak jadi, maklumkan dengan baik.
Jika meminta sesuatu ditempah atau disediakan khas, bersedia untuk membayar deposit.
Etika bukan hanya diperlukan oleh penjual.
Pembeli juga perlu ada adab.
Masa orang lain bukan bahan percubaan untuk anda membuat keputusan.