07/08/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa Piala NADI Tuisyen Rakyat 2026 kini dibuka untuk penyertaan bagi kategori berikut:
β’ Pertandingan Sajak
β’ Pertandingan Public Speaking
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua Pengurus NADI untuk menghebahkan maklumat pertandingan ini kepada para pelajar di NADI masing-masing serta menggalakkan penyertaan daripada pelajar yang berpotensi.
Penyertaan dalam pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat, meningkatkan keyakinan diri, serta memperkasa kemahiran komunikasi dan pengucapan awam dalam kalangan pelajar.
Poster pertandingan, SOP pertandingan dan penjelasan pertandingan adalah seperti yang dilampirkan. Mohon tindakan semua Pengurus NADI untuk membuat hebahan kepada para pelajar, mengenal pasti calon yang berpotensi, serta memastikan semua penyertaan dikemukakan melalui pautan yang disediakan sebelum tarikh tutup penyertaan yang telah ditetapkan.
Kerjasama dan komitmen semua Pengurus NADI dalam memastikan penyertaan yang aktif daripada setiap NADI amatlah dihargai bagi menjayakan penganjuran Piala NADI Tuisyen Rakyat 2026.
Sekian, terima kasih.