18/03/2015
AL-QURAN HAFAZAN BERSISTEMATIK
(Menghafal dan Memahami Al-Quran Secara Bersistematik)
Lebih lanjut, di http://www.semudah123.my.
Boleh call/sms/whatapp saya 0124251854 Shaharudin...
Penggunaan Perisian Untuk Hafazan Al-Quran
Sesungguhnya tak dapat disangkal bahwa bahasa yang paling indah dan berpengaruh di dunia ini adalah, bahasa al-Quran. Dengan struktur ayat, gaya bahasa, kesusasteraanya. Ia mampu memukau dan menarik perhatian sesiapa sahaja samada seseorang itu memahaminya atau tidak. Bagi yang memahaminya p**a, sudah pasti akan terbuai dan tersentuh hati dengan makna-makna yang disampaikan. Masakan tidak, sedang bahasa al-Quran itu adalah KALAM ALLAH. Kalimah-kalimah TUHAN kita, ALLAH S.W.T.
Namun, tidak semua manusia tahu dan faham dengan sebenar-benarnya akan kalam-kalam ALLAH itu, yang telah diwahyukan dalam bahasa Arab kepada Nabi Muhammad s.a.w itu, sekalipun bangsa Arab sendiri. Lantaran itulah banyak pihak yang berusaha memudahkan umat manusia memahami bahasa al-Quran bagi memahaminya dengan lebih baik, menghayati lantas memanfaatkan apa yang tersurat juga tersirat dari setiap kalam
ALLAH, sejak dari zaman berzaman.
Cadangan perisian ‘QURAN HAFAZAN ‘ . mengguna pelbagai pendekatan dan metod. Setakat ini, ianya adalah satu-satunya perisian seumpamanya yang merupakan karya yang dihasilkan. Sebelum ini, kebanyakan perisian al-Quran banyak diadaptasi dari Perisian Arab dan Inggeris.
Penghasilan perisian Quran Hafazan ini meliputi metod makna sesuatu lafaz bahasa, lafaz al Qur-an, lafaz ayat, dan kalimah yang merangkumi tafsiran. Perisian yang dihasilkan ini disusun mengikut perkata yang menjelaskan makna dalam bahasa Melayu terhadap sesuatu kata Arab.
Perisian Al-Quran diilhamkan dari hasil kajian gelagat pengguna yang mana penggunaan Al-Quran sekarang ini tidak terbatas kepada Buku sahaja. Rujukan demi rujukan perlu secara pantas dari pelbagai aspek.
Dengan Perisian Quran Hafazan ini sekurang-kurangnya ia adalah salah satu usaha untuk membantu dalam memahami ayat, perkataan dan menghafal al-Quran walaupun tidak sepenuhnya.
Keistimewaan Perisian dan matlamat:-
* Persian Pembelajaran dan Kaedah Hafazan Al-Qur'an yang terkini dan Efektif
* merupakan satu perisian yg dibina khusus untuk membantu anda menghafaz Juzuk Amma dan surah-surah lazim sebagai persediaan awal untuk menghafaz surah-surah Al-Quran yang
lebih panjang.
* Perisian ini ditujukan kepada Umat Islam yang ingin menghafal dan memahami Al-Quran
* Untuk melahirkan permata-permata Ummah.
* Dapat Memahami al Quran dan Pelajari Bahasa Arab dengan Terjemahan lengkap dan juga PerKata (Harfiah)
* Dibaca oleh 3 qori terpilih.
Kandungan Perisian
1- Bacaan Quran 30 Juzuk beserta makna (bacaan Al-Ghomidy)
2- Himpunan Doa dari Al-Quran
3- Sistem Hafazan Juzuk Amma dan Surah Pilihan
1- Sistem Hafazan Online
2- Sistem Hafazan Offline
4- Perisian Al-Quran Hafazan Online meliputi tahap:
1- Bacaan dan semakan sendiri.
2- Semakan dari pihak Guru @ Ibu-bapa
1- Tahap Ujian dari Menyebut, Fahaman makna, Tajwid dan hafazan.
5- Bacaan 3 Qori ternama
1- Abdul Basit
2- Khalil Khusairi
3- Mansyawi (Mushaf Muallim diikuti oleh bacaan kanak-kanak)
Setiap Qori akan membaca Juzuk 30 dan surah pilihan beserta makna.
Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Qur’an dan mengajarkannya (HR. Bukhari).