Worksyop TSM KEDAH

Worksyop TSM KEDAH Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Worksyop TSM KEDAH, Telecommunication Company, worksyop tsm ipk kedah Jalan stadium, Alor Setar.

14/08/2026
πŸŽ‚πŸΈ SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN YDH PEGAWAI TURUS TELEKOMUNIKASI DAN SISTEM MAKLUMAT IPK KEDAH πŸΈπŸŽ‚Satu kejutan kecil telah d...
14/08/2026

πŸŽ‚πŸΈ SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN YDH PEGAWAI TURUS TELEKOMUNIKASI DAN SISTEM MAKLUMAT IPK KEDAH πŸΈπŸŽ‚

Satu kejutan kecil telah diadakan oleh warga Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat (TEKNIKAL) IPK Kedah sempena hari ulang tahun YDH Pegawai Turus Telekomunikasi dan Sistem Maklumat IPK Kedah YDH DSP Mohd Azwari Bin Hasan.

Kejutan tersebut telah diadakan secara spontan semasa berlangsungnya aktiviti riadah bermain badminton bersama warga TSM TEKNIKAL. Walaupun sambutan hanya dapat diadakan pada kesempatan yang terluang berikutan kekangan masa dan komitmen tugas, ia tetap berlangsung dalam suasana yang meriah, santai dan penuh kemesraan. πŸŽ‰πŸŽ

Aktiviti riadah ini bukan sahaja menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga TSM, malah turut menjadi kesempatan untuk meraikan hari istimewa YDH PT TSM dalam suasana yang sederhana tetapi bermakna.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Hari Ulang Tahun buat YDH Tuan. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, rezeki yang berpanjangan serta dipermudahkan dalam setiap urusan dan tanggungjawab yang diamanahkan. Terima kasih atas sokongan dan semangat serta bantuan yang berterusan dari YDH Tuan.
Daripada seluruh warga Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat (TEKNIKAL), IPK Kedah. πŸ€πŸŽ‰


🚧 TUGASAN PEMBAIKAN & PENGGANTIAN KABEL ARMOURED RMPNet πŸš§πŸ“ Lokasi: Site BTS Touch Matrix VL Sintok, KedahπŸ“… Tarikh: 11 Og...
11/08/2026

🚧 TUGASAN PEMBAIKAN & PENGGANTIAN KABEL ARMOURED RMPNet 🚧

πŸ“ Lokasi: Site BTS Touch Matrix VL Sintok, Kedah
πŸ“… Tarikh: 11 Ogos 2026

Pasukan Teknikal TSM IPK Kedah telah melaksanakan tugasan pembaikan dan penggantian kabel armoured 16mmΒ² di Site BTS Touch Matrix VL Sintok, Kedah.

Kerja-kerja yang dilaksanakan melibatkan pengasingan dan pemotongan kabel sedia ada, pemasangan kabel armoured baharu serta kerja-kerja termination, penyambungan dan kemasan bagi memastikan sistem bekalan elektrik ke kabin berada dalam keadaan baik, stabil dan selamat. Turut dilaksanakan pemeriksaan dan pengujian akhir bagi memastikan kelancaran operasi peralatan BTS dan sistem RMPNet

Turut hadir Pegawai Turus TSM IPK Kedah DSP Mohd Azwari Bin Hasan.

πŸ’ͺ Komitmen, keselamatan dan kesiapsiagaan sentiasa menjadi keutamaan pasukan Teknikal TSM IPK Kedah.

✨ Sambutan Hari Raya Aidilfitri ✨Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Kontinjen Kedah telah mengadakan Majlis Sam...
09/04/2026

✨ Sambutan Hari Raya Aidilfitri ✨

Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Kontinjen Kedah telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana penuh meriah.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran SUPT Hamdan bin Edwin, Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah serta DSP Mohd Azwari bin Hasan, Pegawai Turus Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Ibu pejabat polis kontinjen Kedah.

Turut hadir bagi memeriahkan majlis adalah pesara-pesara polis yang pernah berkhidmat di Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat IPK Kedah.

Semoga sambutan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pegawai, anggota serta pesara, di samping menyemarakkan semangat kekeluargaan dalam pasukan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. πŸŒ™βœ¨

Address

Worksyop Tsm Ipk Kedah Jalan Stadium
Alor Setar
05560

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Worksyop TSM KEDAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share