NADI Kampung Felda Mengkawang

NADI Kampung Felda Mengkawang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from NADI Kampung Felda Mengkawang, Internet Company, Bangunan Anugerah JKKK Felda Mengkawang, Ajil.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Mengkawang diwujudkan bagi menyediakan perkhidmatan internet yang berpatutan di kawasan pendalaman dan ia juga satu inisiatif kerajaan untuk penduduk kampung Felda mengkawang.

08/08/2026

🚩 Pendaftaran NADI x Cybersecurity CTF 2026 kini dibuka!
Nak sertai cabaran Capture The Flag (CTF) 2026? Ikuti langkah pendaftaran di bawah:

1️⃣ Lawati Pusat NADI berhampiran anda
Hadir ke mana-mana Pusat NADI untuk dapatkan penerangan daripada petugas dan semak syarat kelayakan penyertaan.

2️⃣ Daftar sebagai Ahli NADI & cipta akaun Cybersecurity LMS
Petugas NADI akan membantu anda untuk:
βœ… Daftar sebagai Ahli NADI, sekiranya belum berdaftar
βœ… Cipta akaun Cybersecurity LMS
βœ… Dapatkan maklumat log masuk LMS

3️⃣ Daftar Program CTF 2026 di LMS
Log masuk ke Cybersecurity LMS dan lengkapkan langkah berikut:
βœ… Enroll ke Program Capture The Flag (CTF) 2026
βœ… Isi Borang Pendaftaran CTF 2026
βœ… Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan

4️⃣ Terima e-mel pengesahan
Peserta yang berjaya melepasi proses tapisan akan menerima e-mel pengesahan yang mengandungi:
πŸ“Œ Pengesahan penyertaan
πŸ“Œ Pautan kumpulan WhatsApp rasmi program
πŸ“Œ Maklumat dan arahan seterusnya

⏰ Tarikh tutup pendaftaran: 10 Ogos 2026

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diemelkan kepada:
πŸ“© [email protected]

Jom sertai CTF 2026 dan cabar kemahiran anda dalam dunia keselamatan siber!

08/08/2026

πŸ“’ PENDAFTARAN EDUTIPS SIRI 2 KINI DIBUKA!

Siri video pendek Program Khas NADI Tuisyen Rakyat kini kembali dengan topik yang lebih menarik: Active Recall Menggunakan Kad Imbasan dan Highlighter.

Ubah cara belajar anda daripada pasif kepada lebih aktif dan berkesan!

πŸ“… Tarikh Tayangan: 3 hingga 9 Ogos 2026 (waktu fleksibel)
⏰ Format: Siri video pendek
πŸ’΅ Yuran: PERCUMA di NADI berdekatan anda
πŸ‘₯ Sasaran: Terbuka kepada semua peringkat umur

πŸ’‘ Antara isi penting menarik dalam Siri 2:
* Kenapa Baca Buku Tak Masuk?: Memahami masalah membaca nota secara pasif & implikasi belajar last minute.
* Teknik Active Recall: 3 langkah mudah menguji memori guna kad imbasan (tulis soalan di depan, jawapan di belakang, dan uji diri secara rawak).
* Penggunaan Highlighter yang Betul: Mengelakkan kesilapan mewarnakan keseluruhan teks dan cara memilih kata kunci & formula penting sahaja.
* Berhenti Membaca Secara Pasif: Mengubah tabiat belajar untuk mengingat maklumat dengan lebih pantas dan berkesan.

πŸ“Œ Panduan langkah penyertaan:
1. Layari LMS NADI Tuisyen Rakyat di dilea.nadi.my.
2. Pilih course Edutips (di bawah kategori Special Programme).
3. Tonton siri video EduTips Siri 2.
4. Tanda kehadiran anda melalui NES dan LMS.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan NADI berdekatan anda.

πŸŽ“ Daftar sekarang & tingkatkan memori belajar anda hari ini!

08/08/2026

Permohonan Bantuan Zakat MAIDAM kini boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan rasmi berikut:

🌐 http://eagihan.maidam.gov.my/

Permohonan dibuka bermula 1 Ogos 2026.

08/08/2026
08/08/2026

πŸŽ‰ 22 OGOS NI ADA PLAN TAK? πŸ‘€
Kalau belum ada plan, jom pakat mari FELDA Mengkawang! 😍
Ada Karnival Komuniti MCMC yang pastinya meriah dan penuh dengan aktiviti menarik untuk seisi keluarga! πŸ₯³

πŸŽͺ Sukan rakyat
πŸ›οΈ Jualan Rahmah
🏒 Pameran agensi
🎯 Pelbagai aktiviti menarik
🎁 Hadiah menarik menanti!

Bawa keluarga, kawan-kawan dan jiran tetangga sekali. Kita meriahkan Karnival Komuniti MCMC ramai-ramai! 😁✨

πŸ“ Dewan Semai Bakti, FELDA Mengkawang
πŸ“… Sabtu | 22 Ogos 2026
⏰ 7.00 pagi – 2.00 petang

Pakat mari deh! Jangan dok tunggu lama-lama. Jumpa di sana! πŸ‘‹πŸ˜„



Assalamualaikum.Takwim Bulan Ogos 2026 NADI Kampung Felda Mengkawang.Sebarang perubahan akan dimaklumkan. Terima kasih.
04/08/2026

Assalamualaikum.

Takwim Bulan Ogos 2026 NADI Kampung Felda Mengkawang.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan. Terima kasih.

07/07/2026

Bermula 1 Julai, beberapa inisiatif dan penambahbaikan perkhidmatan kerajaan telah mula dilaksanakan sebagai usaha berterusan dalam memberi manfaat kepada rakyat, memudahkan urusan harian serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam. Orang ramai boleh merujuk sumber rasmi kerajaan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan tepat.


Assalamualaikum.Takwim Bulan Julai 2026 NADI Kampung Felda Mengkawang.Sebarang perubahan akan dimaklumkan. Terima kasih.
02/07/2026

Assalamualaikum.

Takwim Bulan Julai 2026 NADI Kampung Felda Mengkawang.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan. Terima kasih.

26/06/2026

β€œGenerasi Muda - Aku Kasih Malaysia"

Address

Bangunan Anugerah JKKK Felda Mengkawang
Ajil
21800

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kampung Felda Mengkawang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NADI Kampung Felda Mengkawang:

Shortcuts

Share