Tone Excel Branch Center Shah Alam

  • Home
  • Tone Excel Branch Center Shah Alam

Tone Excel Branch Center Shah Alam Prgram pendapatan pasif hanya dengan handphone anda...

Tone Excel Branch Center Shah AlamKongsi Tips...DALAM BISNES KITA AKAN JUMPA RAMAI ORG DAN MCM² RAGAM TAPI ADA 7 JENIS O...
27/04/2016

Tone Excel Branch Center Shah Alam
Kongsi Tips...

DALAM BISNES KITA AKAN JUMPA RAMAI ORG DAN MCM² RAGAM TAPI ADA 7 JENIS ORG YG SELALU AKAN UJI KITA IAITU (7 SW)

SOME WILL
Akan masuk/serah diri

SOME WONT
Cakap macamana pun dia mmg tak nak

SOME WISH
Selalunya org yg rapat dgn kita..dia akan wish kita berjaya

SOME WONDER
Org yg keliru dan tak tau ape²...apa tu BUSINESS ..apa itu Networking,..apa itu dan apa itu ini..

SOME WAIT
Org yg tunggu lihat kejayaan kita baru dia nak buat.. Org ni patut kita cabar dia..if kita hit kita deal dgn dia suruh dia buat sama² dgn kita

SOME WORRY
Risau kena tipu, tak yakin.. Adakalanya sejarah silam yg menghantui..

SO WHAT
Jawapan kita..NEXT!!!

Berniaga ni bukan perkara mudah yer...
Bukan setakat sebut..."aku dah berniaga".. terus jadi kaya dan berjaya...

No
No
No

Takde jalan mudah nak sukses dlm bidang perniagaan yer...

Org kaya dan jutawan.. bukan ambil masa sebulan, dua bulan @ 7 bulan nak jd jutawan.

Tapi makan masa lama.... Antara 1 hingga 3 tahun berusaha tanpa kenal erti putus asa, tanpa fikirkan kekalahan...

Jgn ada sifat negatif dlm jiwa..

Kalau nak berjaya.. jgn terikut² minda org lain yg merosakkan semangat kita ....

BUANG 3M
M = Malu
M = Malas
M = Mati akal (cepat putus asa)

Ubahkan dan disiplin kat diri yer..!!

Dan dalam dunia business, networking atau dunia Network Marketing nama kita akan masyhur, nama kita buruk, nama kita dikata macam² dan seumpamanya. ITU perkara biasa kerana PHD org kita mmg tinggi.

Oleh ITU, jalan terus jangan pandang ke belakang lagi.

Dan...
jgn endahkan kata² fitnah, tohmahan dan tribulasi yg di lemparkan kpd kita kerana itu adalah titik² permulaan untuk mengecapai kejayaan.

APA yg penting, ingatlah
D = Doa
U = Usaha
I = Istiqamah
T = Tawakkal

Moga anda semua kaya dan berjaya dibawah lindungan dan rahmatNYA..

Anda BUAT
PASTI.
DAPAT
D - doa dan tindakan yg membina dan
U - usaha lebih untuk lebih berjaya dan
I. - istiqamah dlm apa jua perkara dan
T - tawakal diatas usaha dn ikhtiar kita
dlm meneruskan perjuangan dn
Matlamat kita. Insyallah ada
JALANNYA..

Ingin jadi rakan niaga kami..
Hubungi 0178800077 Azmera Ahmad

Jemput makan...Cikgu Raha Belanja...
23/04/2016

Jemput makan...
Cikgu Raha Belanja...

BCSA.....
23/04/2016

BCSA.....

MENJAWAB ANALOGI BATU BATA...............................Banyak kali juga saya membaca artikel daripada ‘muamalat.my’ ba...
20/04/2016

MENJAWAB ANALOGI BATU BATA...............................

Banyak kali juga saya membaca artikel daripada ‘muamalat.my’ bagi memahami konteks sebenar perbincangan yang cuba dibawa oleh penulis. Ini dapatan saya, hasil daripada pembacaan.

1. Pertama sekali, penulis sendiri telah mengabsahkan TE sebagai sebuah produk yang halal kerana mengatakan TE adalah sebuah produk mempunyai 'akad yang jelas, produk yang real dan kelebihan yang betul. Penerangan ini sahaja telah menyatakan bahawa TE tiada unsur tersembunyi yang menjadi keraguan pengguna. Secara asas, this statement sums it all.

2. Isu kedua yang cuba dibawa oleh penulis p**a ada mengenai ‘Perbezaan harga pada produk yang sama’. Daripada pemahaman ini, datangnya analogi batu-bata.

Disini, penulis telah silap menyatakan Tune Talk Tone Excel (TTTE) dan Tune Talk (TT) adalah produk yang sama. Memang TTTE menggunakan sim kad TT untuk programnya namun demikian pakej yang ditawarkan oleh TTTE adalah berbeza dengan apa yang ditawarkan oleh TT. Itu sebabnya kenapa terdapat harga yang berbeza pada dua produk tersebut. Itu juga sebab kenapa syarikat TTTE BERKERJASAMA dengan syarikat TT untuk jalankan program referralnya. Dengan pakej yang berlainan ini sekali gus menjadikan TTTE satu servis telco yang lain daripada TT sama seperti perbezaan TT dengan Celcom, Maxis, U Mobile, Digi dan sebagainya.

Merujuk kepada analogi batu-bata dalam artikel, penulis cuba menggambarkan kenapa bata yang sama mempunyai dua harga yang berbeza? Oh ini bukan trivalgo ya? Hehe (selingan). Baik mari kita gunakan analogi tersebut. Kita anggap bata tersebut adalah servis network (sms/call/data). Kalau kita buat perbandingan antara semua syarikat telco, semua menawarkan servis yang sama. Betul kan? Maxis, Digi, TTTE, TT, dll semua menawarkan servis sms/call/data tetapi kenapa kita dapati masing-masing mempunyai range harga yang berbeza? Ini kerana pakej yang setiap syarikat tawarkan adalah berbeza. Kenapa ada tawaran yang berbeza? Kerana mereka adalah syarikat yang profit-oriented. Syarikat yang untuk kekal relevan, perlu accomodate keperluan pengguna. Justeru itu, mereka menawarkan promosi dan pakej yang mampu menarik perhatian pengguna. Seperti Free data, Free Sms, Free Call, Big Points, Tempoh expiry date yang lama, call rate yang rendah, pasif income etc. Semua promosi ini bergantung kepada bagaimana syarikat tersebut accomodate selera pengguna dalam masa yang sama mereka juga mampu generate profit daripada promosi mereka.

Justeru tiada masalah sebenarnya kiranya TTTE dan TT mempunyai harga yang berbeza kerana keduanya adalah produk yang berbeza yang mempunyai tawaran yang berbeza. Bahkan customer service mereka juga berbeza. Ini kerana mereka perlu accomodate pengguna yang berbeza dalam sistem yang berbeza. Ia sama sahaja seperti perbezaan harga pada telco-telco lain; seperti XOX dengan ONEXOX, kan lain pakejnya dan sistemnya? Sudah tentu ia memerlukan kos yang berbeza.

3. Isu seterusnya yang sebenarnya ‘back-fire’ semula penulis adalah bagaimana penulis sendiri mengatakan ‘Kita tidak kisah jika simkad TTTE mahal kiranya ia berbaloi’.

Statement ini telah menjelaskan bahawa ketidaksetujuan penulis bukanlah pada perkara prinsip tetapi perkara sampingan seperti keinginan. Ini juga kontradik dengan konsep batu-bata yang cuba dibawa oleh pengguna. Kenapa saya kata begitu? Maksud ‘berbaloi’ ini sangat subjektif. Lain pengguna sudah pasti lain maksud ‘berbaloi’ itu. Penulis mungkin merasakan pada dirinya, naratif ‘berbaloi’ adalah pada tempoh sim kad yang tempoh expiry date lama, no yang cantik serta tawaran data percuma. Ini berbeza p**a dengan orang lain. Bagaimana dengan mereka yang merasakan platform menjana pasif income itu lah yang menjadikan mereka rasa berbaloi pada harga yang ditawarkan? Bagaimana p**a dengan mereka yang merasakan berbaloi bila mana dapat free bigpoints, free data, flat rate, free insurans, cabutan bertuah, insentif melancong ke luar negara p**a? Adakah ia tidak valid kerana ia tidak bertepatan dengan naratif ‘berbaloi’ penulis? Justeru point ini dalam perkiraan saya adalah tidak valid. Setiap produk berhak untuk tawarkan apa jua kebaikan yang mereka rasa mampu memenuhi kehendak pengguna. Akhir sekali terserah kepada pengguna untuk pilih atau tinggalkan.

4. Isu seterusnya yang saya rasakan agak berat tuduhan yang dibuat oleh penulis adalah TTTE ini mengandungi unsur riba (helah), gharar dan eksploitasi kerelaan. Saya fikir ini satu tuduhan yang berat tanpa memahami konsep dan mekanisma bagaimana TTTE berfungsi.

Tawaran permulaan pakej TTTE adalah sebanyak RM98.60 (RM93 + RM5.60 < GST). Ia dibayar sekali sahaja untuk permulaan. Daripada RM93 ini, kita akan dapat sebuah sim kad yang dalamnya terdapat RM30 airtime kredit, 1GB data yang valuenya RM38, Tone Excel Member Management System (e-wallet, network geneology, member ID). Semua ini total up RM68. Baki RM25 (RM93-68=RM25) adalah keuntungan yang TTTE dapat daripada marketing penggunanya kepada orang lain. Apa yang TTTE lakukan dengan keuntungan RM25 ini? TTTE berikan RM20 kepada mana-mana pengguna yang berjaya daftarkan pengguna lain sebagai Bonus Fast Track (BFT). Ini bermakna baki yang ada pada TTTE hanya lah RM5. Untuk apa RM5 ini? Sudah tentu untuk pengurusan pendaftaran pengguna dan pembukaan TEMMS bagi setiap pengguna yang baru. Semua sistem ini memerlukan kos untuk diuruskan. Adakah mengaut keuntungan sebanyak RM5 ini dikatakan ‘riba’? Janganlah kita samakan sebuah produk yang pakej pendaftarannya RM10, airtime kreditnya RM5 lalu kita kata mahal sebab jauh beza RM10 dengan RM98.60. Kan tawarannya berbeza?

Apa p**a yang dimaksudkan oleh penulis tentang gharar (ketidakpastian)? Sedangkan semua maklumat berkenaan TTTE jelas dimaklumkan dalam websitenya. Dari segi rate sms/call/data, harga top up, mekanisma jana pendapatan, kelebihan-kelebihan yang ada, secara terang ia paparkan agar pengguna tahu tentang produk yang mereka bakal gunakan. Bahkan banyak branch (Sifu Mazelan Abbas, Kak Jah, Naim MMGUIA, etc) juga mengambil inisiatif untuk elaborate dengan lebih lanjut lagi semua maklumat yang ada agar pengguna benar-benar tahu dan faham tentang produk yang mereka gunakan.
Bahkan seperti jawapan point 1 saya, penulis sendiri telah awal-awal nyatakan bahawa TE ini adalah sebuah produk mempunyai ‘akad yang jelas, produk yang real dan kelebihan yang betul. Penulis tuduh ia produk yang gharar tapi diawal penulisan, penulisan sendiri akui ketidak ghararnya.

Bila semua maklumat ini jelas disediakan oleh pihak berwajib, maka bagaimana lagi TTTE boleh ‘eksploitasi kerelaan untuk kaut keuntungan yang berlebihan’? Sedangkan keuntungan yang mereka ambil pun amat rendah bahkan yang mendapat manfaat lebih adalah pengguna itu sendiri. Bukankah ini satu kebaikan untuk pengguna?

5. Isu kelima yang dibawa penulis bahawa TE hanyalah produk untuk helah sedangkan keinginan utama adalah jualan keuntungan. Sama seperti point 1, asalnya penulis kata ia produk real, dihujungnya penulis katakan ia produk helah. Penulis tidak konsisten dalam menegakkan standnya.

Apa pun, keinginan pengguna itu hak pengguna untuk decide oleh sebab itu TTTE tidak sekadar menawarkan satu sahaja kelebihan bahkan meletakkan banyak kelebihan untuk pengguna nikmati. Ini dinamakan strategi marketing. Fungsi asal sim kad TTTE tetap sama seperti telco lain; sms/call/data juga menepati keperluan semasa masyarakat modern kita (hari ini kita punya 40 juta pengguna handphone – SKMM). Seperti mana ada syarikat telco yang menawarkan 10GB dengan rate rendah, etc. Ini semua adalah strategi syarikat telco menarik minat pengguna agar menjadi pengguna mereka.

6. Di penghujung, penulis menyatakan TTTE adalah produk skim piramid (MLM) yang tidak menepati garis panduan MLM JAKIM (Harga bagi produk yang ditawarkan oleh syarikat hendaklah munasabah, berpatutan, tidak melampau dan berkadaran dengan jenis dan kualiti barang perkhidmatan).
Point tentang harga barang telah saya jelaskan dalam point 4. Point tentang definisi ‘munasabah’ juga telah saya terangkan dalam point 3 & 4.

Seterusnya saya akan cuba terangkan mengenai salah faham tentang TTTE yang selalu dikaitkan dengan MLM/sistem piramid, etc.

Pertama sekali, program TTTE tidak didaftarkan dibawah Akta Jualan Langsung KPDNKK tetapi TTTE didaftarkan dibawah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM). Ini bermaksud ia adalah sebuah telco sama seperti celcom, maxis, digi etc.
Hujah seterusnya kenapa ia bukan MLM adalah kerana TTTE memberi peluang kepada semua pengguna untuk menjadi promoter tanpa syarat (pakej menjadi ahli TTTE). Berbanding telco lain, hanya orang tertentu sahaja boleh menjadi agen dan promoter bahkan untuk menjadi agen ini, perlu disediakan jumlah modal tertentu (biasanya puluhan ribu) dan beli jumlah sim kad yang tertentu, kemudian baru boleh mulakan perniagaan (RM98.60 ibarat modal perniagaan). Dalam program TTTE, dengan belian satu sim kad sahaja sudah melayakkan anda untuk menjadi promoter dan menikmati komisyen hasil daripada usaha anda sendiri. Kalau tidak mahu jadi promoter p**a bagaimana? Tiada masalah. Jadi pengguna dan nikmati kelebihan-kelebihan sebagai pengguna.

Bagaimana p**a dengan rangkaian level 1, 2 dan 3 seperti yang dinyatakan? Rangkaian yang terbentuk dalam referral program TTTE tidak seperti program MLM; dimana keuntungan orang bawahan akan diagihkan kepada orang atasan. Kesannya, orang atas akan sentiasa kaya lebih daripada bawah walau pun yang berkerja keras adalah orang bawah. Dalam program TTTE, keuntungan jualan (BFT) mana-mana promoter hanya dapat kepada syarikat TTTE dan juga promoter itu sahaja (lihat point 4 bahagian yang saya ceritakan tentang BFT). Maksudnya ketika mana pengguna menaja kawannya untuk menggunakan sim kad TTTE, BFT RM20 itu dapat bulat-bulat pada pengguna tersebut. Upline pengguna itu tidak akan dapat sedikit pun BFT tersebut. Ini yang dikatakan siapa yang menanam, dia lah yang akan menuai.

Namun ketika mana rangkaian pengguna tersebut berkembang, TTTE akan membayar kepada pengguna setiap kali rangkaian pengguna itu top up bulanan, keuntungan top up ini TTTE akan agihkan kepada pengguna sehingga level 3 nya sahaja. Keuntungan top up ini datangnya daripada syarikat bukan daripada downline pengguna tersebut. Kiranya downlinenya top up airtime kredit RM100 dengan harga RM100, maka itu lah yang akan pengguna itu terima. Tidak sedikit pun dikurangkan untuk diberikan kepada uplinenya. Bahkan TTTE menyediakan beberapa tawaran menarik pada setiap top up pengguna tersebut seperti cash-back 3%, bigpoints, free data, insurans etc.
Apa yang dimaksudkan keuntungan komisyen top up? Seperti syarikat telco lain, setiap jualan top up mereka, ada keuntungan yang mereka perolehi. Bagi sesetengah telco, keuntungan ini digunakan untuk membayar marketing mereka seperti ads, billboard, tv, facebook, agen-agen, etc. Bagi TTTE, mereka tidak melakukan advertisement via billboard, tv, etc spt telco lain tetapi mereka menyalurkan peruntukkan marketing tersebut untuk membayar komisyen kepada ahli-ahlinya bagi mana-mana ahli yang berjaya memperkenalkan TTTE kepada pengguna baru. Ini kelebihan referral program TTTE yang tiada pada telco lain menjadikan ia satu produk telco yang sangat berbeza dengan telco lain dan juga tidak sama dengan sistem MLM. Sekali gus menafikan TTTE sebuah program MLM (piramid).

7. Akhir sekali, penulis cuba mengetengahkan satu bentuk fallacy pada naratif ‘patuh syariah’. Bagi penulis terma patuh syariahnya adalah sim kad TTTE hendaklah mempunyai no cantik, jangka hayat yang panjang atau menurunkan rate panggilan lebih rendah untuk menjadikan ia berbaloi a.k.a patuh syariah.

Ini tidak tepat. Patuh syariah itu bermaksud produk niaga tersebut perlu menepati prinsip syara’ seperti tiada unsur riba’, tiada unsur gharar, produknya yang jelas keperluannya, tiada penipuan, tiada penindasan, serta bermanfaat untuk pengguna. Semua ini telah saya jelaskan dengan panjang lebar dalam 6 point diatas. Menjadikan TTTE sebuah program yang sebenarnya memang patuh syariah pada prinsipnya.

Yang kita boleh persoalkan mungkin adalah kenapa TTTE masih belum lantik panel syariah untuk memandu bisnesnya agar terus selaras dengan kehendak syariah. Benar, saya pun masih lagi bertanya namun jangan kita terburu menghukum program TTTE tidak patuh syariah HANYA kerana tiada panel syariah. Kalau itu formula sesimple itu yang kita gunakan untuk menghukum satu produk, maka haramlah semua produk yang tiada panel syariah. Tak begitu?

Apa pun, ini adalah pandangan saya mengenai program TTTE. Saya bukan orang paling berotoriti untuk menjawab artikel daripada page ‘muamalat.my’ tersebut. Mungkin pihak TTTE perlu ambil maklum persoalan orang ramai dan segera mencari solusi mengenai persoalan tersebut namun dalam masa yang sama, kita sebagai sebahagian consumer juga perlu belajar untuk tidak cepat menghukum satu perkara yang kita tiada pengetahuan mengenainya. Hanya kerana satu pihak menyatakan ia haram (mengikut sudut pandangnya – penulisan saya menjelaskan banyak kesilapan penulis dalam memberi penerangan mengenai TTTE) belum tentu ia haram. Berlaku adil lah juga dalam membuat perbandingan, penilaian dan menerima maklumat. Bukankah itu juga mendekati taqwa?

Kalau daripada penerangan saya ini anda lebih yakin tentang TTTE, maka teruskan mengguna ia. Kalau ia lebih menimbulkan syubhah, maka saya cadangkan tinggalkan ia. Kerana seperti orang lain, anda juga adalah pengguna dimana anda ada hak untuk terima atau tidak. Saya hormati hak anda itu.

Wallahu’alam.

‘Asim ‘Abdullah bin Ainullotfi
Pengguna Tone Excel
EL-GRANITE GROUP

💪10 CARA BAGAIMANA BANGKIT DARI JATUH💪1. Pertama sekali kena mengaku bahawa SEMUA silap berpunca dari kita.2. Istighfar ...
16/04/2016

💪10 CARA BAGAIMANA BANGKIT DARI JATUH💪

1. Pertama sekali kena mengaku bahawa SEMUA silap berpunca dari kita.

2. Istighfar banyak banyak. Reset diri sendiri ke zero point.

3. Set matlamat baru. Lebih tinggi dari yang dicapai sebelum ini.

4. Lupakan masa gemilang lepas, lupakan waktu riang lepas. Anggap segala bermula dari tiada. Dari tiada kepada ada. From zero to hero. Build from nothing.

5. Asingkan kawan negatif dan positif, tinggalkan yang negatif dan mixed dengan positif people.

6. On connection dengan Allah SWT, Off connection dengan makhluk yang tak memberi manfaat. Keep attached dengan Allah.

7. Bahagi masa kepada 3 bahagian, rehat, kerja dan ibadat.

8. Believe, believe dan believe. Percaya dan yakin 1000% akan bangkit semula.

9. Banyak tersenyum dari merenung. Walaupun yang dapat musibah ataupun pun kebaikan.

10. Buat , buat dan buat. Jangan pandang belakang, kiri kanan, side mirror pun jangan tengok. Jalan terus sahaja.

Boleh boleh?? 😊
Semoga bermanfaat dan dapat membantu. Semoga anda kaya dan berjaya dunia akhirat 😊

Hubungi kami 0105101993 utk jadi usahawan Tone Excel

Kejadian malam tadi @ BCSA.Selasa 22/3/2016.TAHNIAH !! semua yg hadir.InsyaAllah sy Doakan anda semua BERJAYA....!!
23/03/2016

Kejadian malam tadi @ BCSA.
Selasa 22/3/2016.
TAHNIAH !! semua yg hadir.
InsyaAllah sy Doakan anda semua BERJAYA....!!

Salam semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian  Ramai yang cakap kadar panggilan toneexcel ni mahal.. jom kita lihat buk...
10/03/2016

Salam semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian

Ramai yang cakap kadar panggilan toneexcel ni mahal.. jom kita lihat bukti kira-kira kadar panggilan toneexcel. Kalau cakap mahal, tatau la nak cakap ape lagi. Ramai yang tertarik dengan kelebihan toneexcel tapi berfikir panjang sangat sebab sangkaan mereka kadar panggilannya mahal.

================
RATE TONEEXCEL
================
28sen/min ke semua rangkaian
10sen/sms ke semua rangkaian
internet RM38/1GB
tapi tahukah anda, yang sebenarnya rate TTTE ni adalah antara yang termurah.

anda topup RM50, anda dapat RM20 free kredit, dapat lagi rebate 3% sebanyak RM1.50.

Contoh untuk kadar internet:-
RM50 + RM20 + RM1.50 = RM71.50
RM71.50 - RM38 (1GB internet) = RM33.50
duit yang anda keluarkan hanya RM50, ada lagi balance RM33.50.
So, RM50 - RM33.50 = RM16.50 je sebenarnya kos untuk internet 1GB

Contoh untuk kadar panggilan:-
RM50 + RM20 + RM1.50 = RM71.50
Maksudnya..kita boleh call RM71.50 / 0.28sen = 255min
Tapi!! Kita bayar RM50 je.. jadi, RM50 / 255min = 19sen/min

Contoh untuk kadar sms:-
RM50 + RM20 + RM1.50 = RM71.50
Maksudnya..kita boleh sms RM71.50 / 0.10sen = 715sms

Tapi!! Kita bayar RM50 je.. jadi, RM50 / 715sms = 7sen/sms

So overall rate TTTE ni mana ada mahal!!
19sen/min ke semua rangkaian
7sen/sms ke semua rangkaian
RM16.50/1GB

MANFAAT LAIN YANG KITA DAPAT:
1. BIG POINT
- Boleh redeem macam-macam. contohnya Smartphone, tiket kapal terbang, topup, tiket konsert. Diskaun Tune Hotel.
2. INSURANS PA PERCUMA RM100,000
3. Cabutan bertuah.
4. Bonus Tahunan
5. Jana Pendapatan Pasif
6. Pendapatan Boleh diwariskan.

NOTA :
Kepada yang dah mendaftar @ didaftarkan dan telah berjaya..tahniah diucapkan..
Jangan lupa untuk update nombor akaun bank untuk kemasukan bonus...komisyen dan banyak lagi...
Buat satu sms ke mana-mana nombor (contoh sebaiknya ke Penaja Anda)
Proses Pengekalan sudah boleh dibuat (pastikan pendaftaran di tone excel sama nama dan sama ic/pasport semasa mendaftar no lama dahulu) Jika ada perbezaan maka pengekalan no lama tidak dapat dibuat.
Tekan *133 # untuk semak baki anda.
*122*16 digit No Top Up # Cara Isian semula Top Up.
*134 # Call untuk mengetahui Panggilan/SMS Percuma dan baki penggunaan Data Internet
*111 # Call share airtime dengan orang lain.
Juga boleh request data internet untuk pakej RM17.00 seminggu

Caranya Hantar SMS CC17 ke 2222.
Sebarang info terkini akan diberitahu...
Terima kasih kerana ANDA menjadi sebahagian dari Keluarga besar Tone Excel.

Sampaikan BERITA GEMBIRA ini kepada semua network anda segera..

GGM BCSA Shah Alam
Azmera 0178800077

27/02/2016
Sy Si Penjual SimKad TEIni kerjaya sy selagi sy pakai hpCerita pendek...utk kita renungkan.* Orang tanya = ot* Saya jawa...
25/02/2016

Sy Si Penjual SimKad TE
Ini kerjaya sy selagi sy pakai hp

Cerita pendek...utk kita renungkan.

* Orang tanya = ot
* Saya jawab = sj

Ot : bang..kalau sy tukar ke simkad tone excel dapat apa free ???
( tanya konfiden abis )

Sj : rumah free, kereta free, barang dapur free, belanja rumah free, anak sekolah free, bercuti free, masa free, minyak kereta free, semua bill free, data free, call free, hp free, dpt duit bln2 pun free....
hey mcm2 free...
tak larat nak explain..

Ot : ( terdiam )

Sj : sy tahu awak nak kata awak pakai telco awak dpt call free sms free & data free....tu jer kan ???

Fikir-fikirkan...


017 88 000 77 & 010 777 6979

Tone Excel Branch Center Shah Alam
24/02/2016

Tone Excel Branch Center Shah Alam

Address

No 4A Jalan Platinum E7/E Seksyen 7

40000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tone Excel Branch Center Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tone Excel Branch Center Shah Alam:

Share