12/10/2026
๐ ASPIRE TECHXPERIENCE 2026 MELABUHKAN TIRAI: IDEA PELAJAR SMK PANTAI BERSINAR DI INNOVATION SHOWCASE
๐
10 Oktober 2026 (Sabtu)
๐ 8.30 โ 11.00 pagi
๐ Bilik Eureka, UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL)
Program ASPIRE TechXperience: Eksplorasi Teknologi, IoT dan Kreativiti Digital telah melabuhkan tirainya dengan penuh bermakna! Sesi kemuncak ini menghimpunkan pelajar Tingkatan 3 SMK Pantai, Labuan, guru-guru pengiring, serta semua fasilitator dari Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Universiti Malaysia Sabah.
Sepanjang empat sesi, pelajar menempuh satu perjalanan lengkap: inspirasi โ idea โ projek โ persembahan. Pada hari ini, enam kump**an mempamerkan hasil kerja mereka:
๐ค Projek IoT โ idea dan prototaip penyelesaian IoT yang dibangunkan dalam Sesi 2
๐จ Poster Berimpak โ poster digital yang dihasilkan dalam Sesi 3 untuk menerangkan projek mereka
Setiap kump**an membentangkan projek dan poster kepada barisan juri dan pengunjung, sekali gus menguji keyakinan, kemahiran komunikasi dan semangat kerja berpasukan mereka. ๐ฌ
๐
KEPUTUSAN PERTANDINGAN GABUNGAN IoT & POSTER
๐ฅ Johan: Lego Team
* Reuben Ronald Lamun
* Muhammad Wafiuddin bin Mohammad Radzi
* Mohamad Danish bin Roslan
๐ฅ Naib Johan: 3 Abdul
* Dennis Auther
* Muhammad Irsyad Altamis bin Ilyas
* Carlvin Thomas Yapp
๐ฅ Tempat Ketiga: Dubai Cuwicuki
* Nur Aleesya Adriana binti Rume
* Adreana Bathreesya binti Rizuan Nizzam
* Audric Bryan Charlie
* Muhammad Shahril Aiman bin Shamsul
Tahniah kepada para pemenang, dan syabas kepada semua kump**an! Setiap peserta sudah pun menang kerana berani mencuba, belajar dan berkongsi idea. ๐
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan, rumusan program, ucapan penutup dan perasmian penutupan, sebelum diakhiri dengan sesi bergambar bersama. ๐ธ
Pengarah UMSKAL, Prof. Dr. Shamsul Bahari Shamsudin, menyifatkan program seperti ASPIRE TechXperience perlu diteruskan bagi memupuk minat pelajar terhadap sains dan teknologi sejak di bangku sekolah lagi.
Pengetua SMK Pantai, En. Ismail Abdullah, dalam ucapannya merakamkan ribuan terima kasih kepada FKI UMSKAL atas program yang dijalankan. Beliau berharap kolaborasi seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan.
Pengarah program, Ts. Soffri Yussof, p**a berharap program ini akan melahirkan lebih ramai murid sekolah yang berminat dalam bidang STEM, dan seterusnya mendorong lebih ramai pelajar memilih aliran sains.
Sekalung penghargaan kepada:
๐ Para fasilitator โ Dr. Nooralisa Mohd Tuah, Ts. Soffri Yussof, Dr. Nuraini Jamil, Dr. Dinna@Nina Mohd Nizam, En. Ryan Macdonell Andrias dan Dr. Dg. Senandong Ajor
๐ Para pembantu fasilitator dan pasukan urus setia
๐ En. Ismail Abdullah, Pengetua SMK Pantai, Cikgu Claire selaku guru penyelaras, Cikgu Christie Cherry Alfred selaku juri penilai, guru-guru pengiring SMK Pantai
๐ Uscience UMS dan UMSKAL atas sokongan sepanjang program
Program mungkin telah berakhir, tetapi semoga semangat ingin tahu dan minat terhadap STEM terus menyala dalam diri adik-adik. Semoga kerjasama FKI UMS dan SMK Pantai terus terjalin pada masa hadapan! ๐