Multimedia Club UUM

Multimedia Club UUM Multimedia Club - SMMTC UUM

22/10/2012

Teknik Penghasilan Animasi 3D

22/10/2012

Selamat Berkuliah semua .. Kepada yang dah bekerja tu, cuba kongsi kepada kami semua pengalaman kerja anda ...

:: Cntoh klip tie ::
01/10/2012

:: Cntoh klip tie ::

:: Tempahan Tshirt, Jaket n Klip Tie ::Tshirt (multimedia) = RM25 ke bwahJaket (multimedia) = RM60 (siap sulam)Klip Tie ...
01/10/2012

:: Tempahan Tshirt, Jaket n Klip Tie ::

Tshirt (multimedia) = RM25 ke bwah
Jaket (multimedia) = RM60 (siap sulam)
Klip Tie (sume kos) = RM8 ke bwah

kepada yg brminat, pm Nazirul Fitri

**Tempahan hanye akn dibuat shingga 7/10/2012

28/07/2012

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2011/2012
Salam 1 Malaysia

Perhatian kepada semua pelajar semester akhir yang gagal 1 subjek dalam peperiksaan akhir baru-baru ini, peperiksaan khas akan diadakan pada 4-9 September 2012 yang telah ditetapkan oleh HEA. Jadual peperiksaan akan dikeluarkan di laman web HEA pada minggu hadapan. Sila rujuk www.hea.uum.edu.my untuk maklumat terkini.

Harap maklum.
UUM Academic Affairs Department Official Website :: Home
www.hea.uum.edu.my
Undergraduate Programme, DBA, Phd, Master Programme

IPCC 2012 Attacks !!!MSC Malaysia, through its strategic initiatives, is striving to turn the creative multimedia indust...
30/06/2012

IPCC 2012 Attacks !!!
MSC Malaysia, through its strategic initiatives, is striving to turn the creative multimedia industry into one of the main engines of growth for Malaysia by engaging creative multimedia companies and individuals to spearhead the use of digital technologies to produce high quality creative content..

The main objective of this competition is to unearth and enhance the capability of local talents in terms of the development of new intellectual property (IP) and help spur the growth of the creative multimedia industry under the MSC Malaysia Creative Multimedia Content Initiative (M-CMCI).

This unique competition is open to amateurs and professionals from the creative multimedia industry.

Judges are selected from among the best in the industry. Creative ideas and the ability to pitch confidently will come in handy when finalists meet face-to-face with them during the pitching day.

At the end of the competition, winners will receive a sum of money, a development lair at Cyberjaya, unlimited access to MSC Malaysia Animation & Creative Content Centre's (MAC3) facilities and also, consultancy from industry heavyweights that will further help them in turning their ideas into reality.

Potential home-grown creative contents will stand a chance to gain international recognition. MDeC reserves the right to showcase the product for promotion purposes while the intellectual property remains with the creator.

Closing Date : 2 Aug 2012
Categories : Animation, Digital Interactive Comic, Casual Games

More information, click this ( http://www.mscmalaysia.my/topic/IPCC+2012/ )

07/06/2012

Ingin Menjadi Pembangun Perisian Bebas diiktiraf Jerman?


Saudara/i warga perisian bebas,
Projek komuniti ADempiere kini ada peluang bagi pelajar tempatan menjejaki cara hidup bebas berdikari dengan kepakaran pelbagai ilmu perisian bebas seperti Fitnesse, Java, Junit, OSGi, Ext JSP, PostgreSQL dan HTML5 dengan melibatkan diri dalam satu projek yang berpengkalan di negara Jerman. Seorang aprentis dari sana akan berada di Malaysia dari bulan Ogos selama 6 bulan. Beliau adalah maskot projek - seperti terpapar dalam laman www.adempiere.org dan www.red1.org

Beliau akan berkongsi tugas projek dengan 2 aprentis terpilih dari Malaysia, dan bagi aprentis tempatan yang berjaya juga akan berpeluang ke luar negara samada Eropah atau Latin Amerika bergantung pada persediaan yang sering ujud dikalangan komuniti luas ADempiere. Pendedahan projek dan aprentis dari Jerman akan memangkinkan daya pencapaian dengan lebih laju dari biasa serta bergiat secara global.

Sesiapa yang berminat hendaklah mengemukakan maklumat diri yang menyakinkan kami tentang kesungguhan dirinya. Tiada apa elaun akan diberikan dalam tempoh 3 bulan pertama. Bonus projek akan ditawarkan sekiranya berjaya menguasai tunjuk ajar yang diberi dan menghasilkan keperluan projek.

Rekod bio-data anda juga akan dinaik-taraf dengan pengkitirafan oleh syarikat dari Jerman serta beberapa negara luar yang lain nanti mengikut penerimaan sumbangan perisian bebas masing-masing. Ini akan juga membantu indeks negara memanjat tangga sebagai pembangun perisian bebas yang asli dan bertaraf dunia.

Kelulusan minima: SPM - Inggeris dan Matematik Tambahan - A+ atau A1

Sila tujukan permohonan kepada emel saya di atas sebelum 15hb June, 2012.

Redhuan D. Oon
Pengasas Projek ADempiere

03/06/2012

Kekosongan jawatan Multimedia dan IT di Golden Mind Consultant Kelantan Branch

30/05/2012

.:: Board Of Computing Professional Malaysia (BCPM) ::.
Untuk makluman, BCPM merupakan satu langkah ke arah pengiktirafan peringkat professional dalam bidang IT dan Multimedia. Perbincangan terkini mengenai BCPM telah diadakan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang telah menghimpunkan pensyarah-pensyarah pakar dari setiap Universiti dalam negara pada 3 April 2012. Lanjutan dari itu, satu taklimat pendedahan akan dibuat di UUM pada butiran berikut :

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama (BMU), Tingkat 2, SMMTC
Tarikh : 5 Jun 2012, Selasa
Waktu : 1100am-1230pm

Makanan Tengah Hari disediakan. Mohon kerjasama semua untuk hadir ke taklimat ini dengan membawa rakan-rakan yang lain.

p/s: Penyerahan Sijil Medal bagi Exhibition SMMTC Week 2011, Januari lalu akan diadakan sebaik sahaja taklimat selesai. Harap maklum.

28/05/2012

.:: Program Pentauliahan Professional (3P) - Adobe Flash ::.

Seperti sedia maklum, semua penyertaan 3P akan ditundakan buat semester ini dan menjadikannya kali KEDUA program ini ditunda. Buat tahun kedua dan pertama, ini bukan masalah besar kerana anda "MUNGKIN" berpeluang untuk mengikuti program ini pada tahun hadapan. Tapi scenario ini berbeza bagi tahun akhir yang tipis harapan untuk mengikuti program seumpama. Tadi saya telah berunding dengan Cik Yana, person in charge bagi 3P di UUM mengenai permasalahan ini.

Berdasarkan respond beliau, sebanyak 91 orang sahaja yang mendaftar online bagi mengikuti kursus 3P ini, yang mana sebanyak 55% terdiri dari staff dan 45% terdiri dari pelajar sendiri. Bila berbincang mengenai kelas untuk Flash sahaja, beliau mengatakan bahawa sebanyak 26 peserta sahaja yang mendaftar online bagi program ini, dan sebanyak 21 orang sahaja yang memberi CONFIRMATION bagi mengikuti kelas ini. Berita buruknya apabila dikatakan pelajar UUM ini mempunyai sejarah 'DROP-OUT' last minit menjadikan syarikat Prestariang menangguhkan kursus pada kali ini.

Saya telah melanjutkan perbincangan kami agar sedikit ruang ihsan diberikan agar dibuka kelas bagi program ini. Beliau mengatakan bahawa pihak syarikat akan memberi pertimbangan seandainya SEKURANG-KURANGNYA penyertaan sebanyak 2 kelas (50 orang pelajar) tak kira mana-mana program. Ini bukannya satu janji, tapi daripada hasilnya saya akan terus berunding bagi menjayakan program ini buat semua. Apa yang saya perlukan sekarang hanyalah komitmen dan sokongan kamu semua bagi membolehkan kita mendapat kemahiran software yang amat tinggi di pasaran. Saya perlukan senarai nama secepat mungkin kerana pihak syarikat ingin menempah buku Adobe dari US.

Pandangan peribadi saya, saya amat menyokong Program Pentauliahan Professional (3P) kerana beberapa faktor berikut:
1- Kita mendapat pendedahan mengenai software secara terkini. Latihan yang diberikan amat bermanfaat dan boleh digunakan untuk kepentingan industri di luar sana. Ini akan menjadikan satu nilai tambah bagi semua yang mempunyai kemahiran ini. Sebab inilah mengapa ada sebahagian pensyarah mewajibkan pelajar menggunakan perisian Adobe Flash bagi kerja HCI.
2- Kita akan mendapat buku yang dikeluarkan dari pihak Adobe sendiri, yang mana bukan dikeluarkan dari pihak 'penulis ketiga' secara PERCUMA. Jadi dengan ini ada input-input yang berguna diselitkan melalui buku tersebut.
3- Sijil pentauliahan ini dikeluarkan oleh Adobe sendiri dan boleh digunakan di mana-mana negara yang tahu kewujudan Adobe. Jika dibandingkan sijil pentauliahan ini bernilai ribuan ringgit dan kini boleh didapati secara PERCUMA melalui program ini.

Jadi saya memohon kerjasama semua pelajar Multimedia agar mengorbankan sedikit cuti kamu semua bagi mengikuti kursus seperti ini. Pada tahun pertama dan kedua, jangan berasa senang hati kerana scenario seumpama ini mungkin akan berulang andai tiada komitmen diberikan. Hasil rundingan kami akhirnya memberi sedikit kata putus yang mana program ini akan berjalan sekiranya MINIMUM PENYERTAAN 2 KELAS (tidak kira mana-mana kelas) dan penyertaan ini terbuka kepada SEMUA PELAJAR UUM walaupun ianya bukan terdiri daripada pelajar Multimedia dan IT. Jadi mohon kerjasama semua agar cuba cari PENYERTAAN YANG PASTI bagi mengikuti kursus 3P bagi tarikh 1-19hb Julai 2012. Sebarang penyertaan harap dapat diberikan kepada saya melalui inbox facebook selewat-lewatnya pada hari Khamis ini.

Sila sertakan (Nama, Nom Kad Pengenalan, Nom Matriks, Nom Telefon, Jurusan dan Semester). Terbuka juga kepada staff, tetapi staff dihadkan kepada 10% penyertaan sahaja (ini yang diberitahu kepada saya). Penyertaan juga dibuka kepada mana-mana semester, cuma diberi keutamaan kepada PELAJAR TAHUN AKHIR. Sebarang permasalah boleh hubungi saya di talian 013-2736754.

Segala kerjasama dari semua didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
WAN RAHZIHAN ZULNASYREEQ B WAN A RAHMAN
Pengerusi
Persatuan Multimedia
Universiti Utara Malaysia

28/05/2012

.:: Program Pentauliahan Professional (3P) ::.
Boleh saya tahu berapa ramai pelajar yang BETUL-BETUL BERMINAT NAK MENGIKUTI 3P SECARA PASTI ? Saya mahukan jumlah yang PASTI SAHAJA. Mohon semua agar memberi kerjasama. Buat sesiapa yang PASTI, sila hbungi Wan Rahzihan Zulnasyreeq . Saya memerlukan senarai nama pada minggu ni. Sekian terima kasih. Tolong sebarkan.

Address

Universiti Utara
Universiti Utara
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Multimedia Club UUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share