NADI Pekan Tongod

NADI Pekan Tongod WAKTU OPERASI
ISNIN - AHAD : 8.00AM - 5.00PM
REHAT : 1.00PM - 2.00PM
CUTI UMUM : TUTUP

19/05/2026
16/05/2026

Salam Takziah & Al Fatihah
إِنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنِ
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un

Seluruh warga NADI MCMC berdukacita atas pemergian Allahyarham Muhamad Khairuddin bin Harun, Pengurus NADI Banting, Sarawak.

Allahyarham telah berkhidmat bersama NADI sejak 5 September 2022 sebagai Penolong Pengurus NADI Kuala Hilir Oya sebelum meneruskan khidmat sebagai Pengurus NADI Banting bermula 1 Februari 2023 sehingga Mei 2026.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan para solihin dan orang orang yang beriman.

09/05/2026
📢 JEMPUTAN KE LIVE WEBINAR 🔐 NADI x Cybersecurity Lifelong LearningAssalamualaikum & Salam Sejahtera,Anda dijemput menye...
05/05/2026

📢 JEMPUTAN KE LIVE WEBINAR
🔐 NADI x Cybersecurity Lifelong Learning

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Anda dijemput menyertai webinar khas bertajuk:

📌 “BAGAIMANA AKAUN BANK ANDA DI CURI TANPA SEDAR”

Webinar ini akan berkongsi pendedahan tentang teknik scammer, cara akaun bank boleh digodam, serta langkah pencegahan untuk melindungi diri dan keluarga.

🗓️ Tarikh: 07 MEI 2026 (KHAMIS)
⏰ Masa: 3.00 PM – 4.30 PM
💻 Platform: LMS Cybersecurity
👥 Terbuka kepada: Belia, Ibu Bapa & Dewasa

✅ Syarat Penyertaan:
✔️ Berdaftar sebagai Ahli NADI
✔️ Mempunyai akaun LMS Cybersecurity

📍 Untuk maklumat lanjut, sila lawati NADI terdekat.

📲 Instagram:
📘 Facebook: NADI Keselamatan SIBER

Jangan lepaskan peluang untuk tingkatkan keselamatan kewangan anda! 🔒✨

Nama Program : Taklimat Lindungi Data PeribadiTarikh & Masa : 13 April 2026, 3.00pm – 4.00pmLokasi: NADI Pekan Tongod (g...
13/04/2026

Nama Program : Taklimat Lindungi Data Peribadi
Tarikh & Masa : 13 April 2026, 3.00pm – 4.00pm
Lokasi: NADI Pekan Tongod (google meet)
Kategori Peserta: Terbuka kepada semua golongan umur dan percuma.

Keterangan Program:
Taklimat Lindungi Data Peribadi telah berjaya dilaksanakan secara atas talian di NADI Pekan Tongod bagi meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan melindungi maklumat peribadi dalam penggunaan internet. Program ini memberi pendedahan tentang risiko kebocoran data, penipuan dalam talian serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil seperti penggunaan kata laluan yang kukuh dan tidak berkongsi maklumat sensitif sewenang-wenangnya.
Seramai 6 orang peserta didedahkan kepada amalan terbaik dalam melayari internet secara selamat dan bertanggungjawab. Secara keseluruhannya, program ini memberi manfaat dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran komuniti terhadap kepentingan keselamatan data peribadi.

Makluman Penutupan Sementara Operasi NADI Pekan TongodUntuk makluman, NADI Pekan Tongod tidak beroperasi pada 03 April 2...
03/04/2026

Makluman Penutupan Sementara Operasi NADI Pekan Tongod

Untuk makluman, NADI Pekan Tongod tidak beroperasi pada 03 April 2026 (Jumaat) sempena Cuti Good Friday.

NADI Pekan Tongod akan beroperasi semula pada 04 April 2026 (Sabtu).

Segala kesulitan amatlah kami kesali

Nama Program : Program Bazar Raya NADI 2026Tarikh & Masa : Sepanjang bulan Februari, 9.00 pagi – 4.00 petangLokasi: NADI...
01/04/2026

Nama Program : Program Bazar Raya NADI 2026
Tarikh & Masa : Sepanjang bulan Februari, 9.00 pagi – 4.00 petang
Lokasi: NADI Pekan Tongod
Kategori Peserta: Terbuka kepada usahawan dan semua komuniti berhampiran

Keterangan Program:
Bazar Raya NADI 2026 dianjurkan bagi memberi peluang kepada komuniti setempat menjana pendapatan melalui aktiviti keusahawanan, di samping mempromosikan produk tempatan. Program ini juga bertujuan mengeratkan hubungan masyarakat serta memeriahkan sambutan Hari Raya. Seramai empat orang usahawan dan 21 orang komuniti setempat hadir dalam program ini. Selain itu, ia turut memberi pendedahan kepada penggunaan teknologi digital dalam urusan perniagaan. Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang baik dan memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Makluman Penutupan Sementara Operasi NADI Pekan TongodUntuk makluman, NADI Pekan Tongod tidak beroperasi pada 30 Mac 202...
30/03/2026

Makluman Penutupan Sementara Operasi NADI Pekan Tongod

Untuk makluman, NADI Pekan Tongod tidak beroperasi pada 30 Mac 2026 (Isnin) sempena Cuti Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sabah.

NADI Pekan Tongod akan beroperasi semula pada 31 Mac 2026 (Selasa).

Pihak NADI Pekan Tongod ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sabah.

Makluman Penutupan Sementara Operasi NADI Pekan TongodUntuk makluman, NADI Pekan Tongod tidak beroperasi pada 20 hingga ...
18/03/2026

Makluman Penutupan Sementara Operasi NADI Pekan Tongod

Untuk makluman, NADI Pekan Tongod tidak beroperasi pada 20 hingga 23 Mac 2026 (Jumaat hingga Isnin) sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri.

NADI Pekan Tongod akan beroperasi semula pada 24 Mac 2026 (Selasa).

Pihak NADI Pekan Tongod ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Address

Sebelah Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tongod, 89300 Telupid
Telupid
89320

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Pekan Tongod posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NADI Pekan Tongod:

Share