NADI Kg. Balung Cocos

NADI Kg. Balung Cocos NADI Kg. Balung Cocos merupakan salah satu NADI yang terdapat di daerah Tawau dan terletak di kawasan Balung Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Keluarga Malaysia Kg.

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar. Balung Cocos merupakan salah satu PEDi yang terdapat di daerah Tawau dan terletak di kawasan Balung. Ia mula beroperasi pada 23 Julai 2013 sehingga ke hari ini. PEDi Kg. Balung Cocos menyediakan pelbagai kemudahan dari segi kemudahan komputer, internet berkelajuan tinggi, tempat yang selesa dan juga pelbagai perkhidmatan lain kepada pengguna. Selain itu, PEDi Kg. Balung Cocos juga menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik setiap bulan seperti kelas ICT, Program Klik dengan Bijak, Program keusahawanan kepada komuniti setempat. Oleh itu, kunjungilah P*K Balung Cocos untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. Peranan PEDi adalah sebagai Pusat Sehenti untuk;

1. Menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar.
2. Masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.
3. Meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar.
4. Membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.
5. Fokus PEDi tertumpu kepada usaha memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan serta membantu ekonomi rakyat melalui e-dagang melalui kerjasama strategik bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta.
6. Justeru, penekanan transformasi digital menjadi agenda utama di PEDi supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital.

29/09/2026
Kolesterol sering dikaitkan dengan pemakanan, tetapi sejauh mana kita sebenarnya memahami bacaan kolesterol sendiri?Dala...
29/09/2026

Kolesterol sering dikaitkan dengan pemakanan, tetapi sejauh mana kita sebenarnya memahami bacaan kolesterol sendiri?

Dalam webinar kali ini, Dr Nurshafiqah, Pegawai Perubatan MRIC Healthcare, menerangkan tentang kolesterol, cara memahami bacaan dalam pemeriksaan kesihatan serta faktor yang boleh mempengaruhi tahap kolesterol dalam badan.

Lebih penting, ketahui apa yang boleh dilakukan apabila bacaan kolesterol tidak berada pada tahap yang diingini dan bila kita perlu mendapatkan nasihat daripada profesional kesihatan.

Kenali bacaan anda. Fahami risikonya. Ambil tindakan untuk kesihatan yang lebih baik.
Tonton webinar penuh bersama Dr Nurshafiqah hanya di Studio Sihat!

๐Ÿ“… Tarikh: 29 September 2026 (Selasa)
๐Ÿ•ฅ Masa: 10:30 pagi

๐Ÿš€ eKELAS USAHAWAN: SESI BERSAMA KOMUNITI ZON BORNEOUsahawan Zon Borneo, ini peluang anda untuk meningkatkan kemahiran di...
23/09/2026

๐Ÿš€ eKELAS USAHAWAN: SESI BERSAMA KOMUNITI ZON BORNEO

Usahawan Zon Borneo, ini peluang anda untuk meningkatkan kemahiran digital dan mengembangkan potensi perniagaan!

Sertai Sesi Bersama Komuniti eKelas Usahawan dan dapatkan penerangan lengkap tentang program latihan yang menggabungkan strategi pemasaran, pemahaman pelanggan dan penggunaan AI.

Antara yang akan dikongsikan:

โœ… Pengenalan program eKelas Usahawan
โœ… Modul dan aktiviti pembelajaran
โœ… Jadual kelas dalam talian dan bootcamp fizikal
โœ… Manfaat yang bakal diterima peserta
โœ… Sesi soal jawab bersama pasukan program

๐Ÿ“… Tarikh: 25 September 2026, Jumaat
๐Ÿ•’ Masa: 3.00 petang โ€“ 3.45 petang
๐Ÿ’ป Platform: Secara dalam talian

๐ŸŽ Hadiah menarik menanti anda dalam sesi ini!

Penyertaan adalah PERCUMA. Terbuka kepada 18 tahun ke atas. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat lengkap sebelum menyertai eKelas Usahawan!

Nama Program /Aktiviti : NADIPRENEURTarikh : 13.09.2026Tempat : Kg Balung CocosMasa : 11.00 AMKerjasama : -Kategori Pese...
22/09/2026

Nama Program /Aktiviti : NADIPRENEUR
Tarikh : 13.09.2026
Tempat : Kg Balung Cocos
Masa : 11.00 AM
Kerjasama : -
Kategori Peserta : Terbuka
Keterangan Program : RAKAMAN WEBINAR PERANCANGAN PERNIAGAAN 1 (APAKAH ITU A.I UNTUK PERNIAGAAN BINA AVATAR PELANGGAN ANDA) - 11 SEP 2026 (ERW-1.1

Nama Program /Aktiviti : Saringan KesihatanTarikh : 13.09.2026Tempat : Kg Balung CocosMasa : 8.00 AM - 4.00 PMKerjasama ...
22/09/2026

Nama Program /Aktiviti : Saringan Kesihatan
Tarikh : 13.09.2026
Tempat : Kg Balung Cocos
Masa : 8.00 AM - 4.00 PM
Kerjasama : -
Kategori Peserta : Terbuka
Keterangan Program : NADI Flourisher - Saringan Kesihatan

Nama Program /Aktiviti : EMPOWERHERTarikh : 13.09.2026Tempat : Kg Balung CocosMasa : 8.30 AMKerjasama : -Kategori Pesert...
22/09/2026

Nama Program /Aktiviti : EMPOWERHER
Tarikh : 13.09.2026
Tempat : Kg Balung Cocos
Masa : 8.30 AM
Kerjasama : -
Kategori Peserta : Terbuka
Keterangan Program : RAKAMAN WEBINAR PERANCANGAN PERNIAGAAN 1 (APAKAH ITU A.I UNTUK PERNIAGAAN BINA AVATAR PELANGGAN ANDA) - 11 SEP 2026 (ERW-1.1)

Nama Program /Aktiviti : AI Muda @ NADITarikh : 12.09.2026Tempat : Kg Balung CocosMasa : 10.00 AMKerjasama : -Kategori P...
22/09/2026

Nama Program /Aktiviti : AI Muda @ NADI
Tarikh : 12.09.2026
Tempat : Kg Balung Cocos
Masa : 10.00 AM
Kerjasama : -
Kategori Peserta : Terbuka
Keterangan Program : AI Explorer: Kuasai AI dengan Gemini

Nama Program /Aktiviti : NADI Tuisyen RakyatTarikh : 08.09.2026Tempat : Kg Balung CocosMasa : 08.00 AMKerjasama : -Kateg...
22/09/2026

Nama Program /Aktiviti : NADI Tuisyen Rakyat
Tarikh : 08.09.2026
Tempat : Kg Balung Cocos
Masa : 08.00 AM
Kerjasama : -
Kategori Peserta : Terbuka
Keterangan Program : NADI TUISYEN RAKYAT: VOD - REVISION VIDEO SESI 58

Nama Program /Aktiviti : E-Sukan Tarikh : 05.09.2026Tempat : Kg Balung CocosMasa : 11.00 AMKerjasama : -Kategori Peserta...
22/09/2026

Nama Program /Aktiviti : E-Sukan
Tarikh : 05.09.2026
Tempat : Kg Balung Cocos
Masa : 11.00 AM
Kerjasama : -
Kategori Peserta : Terbuka
Keterangan Program : Etika dalam komuniti E-Sukan

KITA LAKAR REKOD BERSAMA! NADI kini secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) bagi rekod โ€œLargest Simu...
18/09/2026

KITA LAKAR REKOD BERSAMA!

NADI kini secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) bagi rekod โ€œLargest Simultaneous Participation in a Multi-Fitness Sessionโ€ menerusi Senam Sihat MADANI Merdeka 2026!

Apa yang bermula dengan sasaran 50,000 peserta akhirnya mencatat:
๐Ÿ† 60,379 PESERTA
๐Ÿ“ 1,099 NADI
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Seluruh negara, bergerak serentak

Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 yang berlangsung pada 29 Ogos 2026 telah menyatukan komuniti di seluruh negara dalam satu gerakan yang menggalakkan gaya hidup sihat, di samping menyemarakkan semangat perpaduan.

Pengiktirafan ini menjadi satu lagi pencapaian membanggakan buat MCMC dan NADI, serta membuktikan apa yang mampu kita capai apabila seluruh rangkaian dan komuniti bergerak menuju matlamat yang sama.

Terima kasih kepada semua warga MCMC, NADI, komuniti dan setiap pihak yang menjayakannya. Kejayaan ini milik kita bersama!

60,379 peserta. 1,099 NADI. Satu gerakan nasional. Satu rekod Malaysia.

KITA LAKAR REKOD BERSAMA!

NADI kini secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) bagi rekod โ€œLargest Simultaneous Participation in a Multi-Fitness Sessionโ€ menerusi Senam Sihat MADANI Merdeka 2026!

Apa yang bermula dengan sasaran 50,000 peserta akhirnya mencatat:
๐Ÿ† 60,379 PESERTA
๐Ÿ“ 1,099 NADI
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Seluruh negara, bergerak serentak

Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 yang berlangsung pada 29 Ogos 2026 telah menyatukan komuniti di seluruh negara dalam satu gerakan yang menggalakkan gaya hidup sihat, di samping menyemarakkan semangat perpaduan.

Pengiktirafan ini menjadi satu lagi pencapaian membanggakan buat MCMC dan NADI, serta membuktikan apa yang mampu kita capai apabila seluruh rangkaian dan komuniti bergerak menuju matlamat yang sama.

Terima kasih kepada semua warga MCMC, NADI, komuniti dan setiap pihak yang menjayakannya. Kejayaan ini milik kita bersama!

60,379 peserta. 1,099 NADI. Satu gerakan nasional. Satu rekod Malaysia. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Address

No 70, Kg Balung Cocos
Tawau
91000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kg. Balung Cocos posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share