PAS KEDAH

PAS KEDAH Dapatkan maklumat rasmi PAS Kedah disini

BAHAYA BUDAYA CEPLOS YANG BOLEH MEROSAKKAN PEMIKIRAN MASYARAKATOleh: Zukifli YahayaKetua Penerangan PAS KedahSeorang pen...
07/10/2026

BAHAYA BUDAYA CEPLOS YANG BOLEH MEROSAKKAN PEMIKIRAN MASYARAKAT

Oleh: Zukifli Yahaya
Ketua Penerangan PAS Kedah

Seorang pengarah Syarikat ditahan kerana disyaki pecah Amanah wang pelabur sebanyak RM40 juta (wang pelabur, bukan wang Kerajaan). Syarikat itu dikaitkan dengan pembinaan litar lumba di Sungai Petani Kedah.

Maka bergegak gempita seluruh kelompok Ceplos melancarkan perang persepsi kononnya Menteri Besar Kedah terbabit dengan penyelewengan RM40 juta tersebut. Walhal urusniaga Syarikat tersebut dengan pelabur tiada kena mengena langsung dengan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri tidak alami kerugian satu sen pun, berkaitan isu dalam syarikat swasta itu.

Isu yang berlaku itu adalah satu contoh dari begitu banyak tindakan agresif gerombolan Ceplos mutakhir ini yang begitu ghairah melancarkan propaganda, pembinaan persepsi, fitnah jahat dan pembohongan terhadap lawan politik mereka. Mereka seolah-olah tidak kenal halal haram.

Ceplos adalah cybertrooper berbayar dan bergerak secara sepenuh masa di media sosial. Nama “Ceplos” didedahkan oleh bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Modus operandi mereka ialah setiap dari anggota Ceplos mewujudkan dengan banyaknya akaun-akaun palsu, kemudian mengunci akaun, sambil bergerak aktif di alam maya. Apa yang menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat, khususnya di media sosial; ialah budaya jijik dalam penyampaian mesej mereka melalui kaedah penghinaan keterlaluan terhadap individu, maki hamun, melabel buruk, fitnah, lucah bahkan sampai ke tahap menuduh sesat dan mengkafirkan pihak lawan.

Jika tidak terbendung, maka budaya buruk yang mereka tonjolkan di tengah masyarakat akhirnya akan dinormalisasi. Masyarakat, khususnya generasi baharu, boleh dirosakkan pemikiran dan budaya hidup mereka.

Jika hari ini, terdapat generasi baru yang terjerumus ke kancah salahlaku, keganasan, buli, bahkan pembunuhan; maka jangan nafikan bahawa budaya Ceplos adalah antara penyumbang kepada onar dan kebejatan dalam masyarakat.

Setiap anggota masyarakat jangan pandang ringan terhadap penularan budaya negatif bawaan Ceplos ini. Semua ini mestilah dihentikan oleh kelompok masyarakat rasional yang masih dominan di negara ini. Jika juga berdoa semoga kelompok Ceplos ini bertaubat dengan taubat Nasuha.

Sambil kita usahakan kewujudan sebuah masyarakat dan negara yang diberkati oleh Allah SWT.




| SUARA PARLIMEN | 𝐞𝐉𝐀𝐌𝐈𝐍: 𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐆𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐌𝐈𝐍𝐀𝐍?Isu pengurusan bayaran wang j...
07/10/2026

| SUARA PARLIMEN |

𝐞𝐉𝐀𝐌𝐈𝐍: 𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐆𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐌𝐈𝐍𝐀𝐍?

Isu pengurusan bayaran wang jaminan mahkamah melalui sistem eJamin menuntut penjelasan menyeluruh, khususnya berkaitan asas perundangan, tadbir urus, rekonsiliasi kewangan serta pihak yang bertanggungjawab terhadap wang deposit tersebut.

Dalam perbahasan di Dewan Rakyat, beberapa persoalan dibangkitkan mengenai proses pelaksanaan eJamin sejak 2019, termasuk peranan UKAS, Kementerian Kewangan, AGC, MAMPU dan syarikat pengendali sistem.

Antara perkara utama yang dipersoalkan ialah keputusan yang meletakkan transaksi eJamin sebagai transaksi komersial, dengan mahkamah sekadar pengguna dan tanpa perjanjian rasmi yang mengikat.

Persoalan ini menjadi lebih serius apabila Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2023 merekodkan RM117.48 juta wang jaminan jenayah di bawah sistem eJamin, sementara isu berkaitan baki dan akaun deposit turut mendapat perhatian Ketua Audit Negara.

Wang jaminan bukan hasil kerajaan. Ia adalah wang yang didepositkan melalui proses kehakiman dan perlu dikendalikan serta dip**angkan mengikut undang-undang apabila syarat dipenuhi.

Justeru, setiap transaksi mesti boleh dijejaki dengan jelas:

Siapa yang membayar?
Ke akaun mana wang dimasukkan?
Berapa baki sebenar?
Bila wang dip**angkan?
Dan siapa yang bertanggungjawab jika berlaku ketidakpadanan?

PAC juga telah mengambil keterangan daripada pihak berkaitan bagi meneliti kelemahan tadbir urus dan pengurusan sistem ini.

Kerajaan perlu memastikan tiga perkara utama: asas perundangan yang jelas, rekonsiliasi menyeluruh semua transaksi, serta kerangka tadbir urus yang menentukan tanggungjawab setiap pihak secara tegas.

Pendigitalan sepatutnya menjadikan kerajaan lebih telus, mudah diaudit dan lebih bertanggungjawab bukan mewujudkan ruang baharu yang mengaburkan siapa sebenarnya perlu dipertanggungjawabkan.






𝐁𝐈𝐋𝐀 “𝐌𝐀𝐊𝐇𝐋𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐎𝐒𝐀𝐊” 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐘𝐀Kita sedang berdepan satu masalah yang semakin membimbangkan apabila semak...
07/10/2026

𝐁𝐈𝐋𝐀 “𝐌𝐀𝐊𝐇𝐋𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐎𝐒𝐀𝐊” 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐘𝐀

Kita sedang berdepan satu masalah yang semakin membimbangkan apabila semakin banyak kes membabitkan remaja dan pelajar sekolah bukan lagi sekadar ponteng, masalah disiplin atau melanggar peraturan, tetapi turut melibatkan buli, keganasan dan jenayah berat hingga kehilangan nyawa.

Apa sebenarnya yang sedang berlaku kepada jiwa anak-anak kita?

Puncanya tentu pelbagai. Namun, antara faktor yang tidak boleh dipandang ringan ialah pengaruh luar yang masuk melalui alam maya.

Filem, video dan permainan digital yang sarat dengan unsur pembunuhan, peperangan dan keganasan, jika ditonton tanpa kawalan, boleh mempengaruhi cara remaja melihat kekerasan, penderitaan dan nilai kehidupan manusia.

Sekolah berusaha mendidik. Ibu bapa p**a menjaga dengan penuh kasih sayang. Namun di luar pagar sekolah dan rumah, ada satu lagi “dunia” yang sentiasa terbuka dengan dunia tanpa sempadan di hujung jari.

Tok Guru Nik Aziz pernah mengemukakan analogi yang sangat mudah difahami: kebun yang dijaga, dibaja dan diracun tetap terdedah kepada ancaman jika dikelilingi hutan belantara yang penuh dengan makhluk perosak.

Begitulah keadaan anak-anak hari ini.

Sekolah dan keluarga boleh menjadi “kebun” yang baik, tetapi “makhluk perosak” tetap boleh masuk melalui skrin, video, permainan dan kandungan digital yang ditonton berulang-ulang tanpa batas.

Yang lebih membimbangkan, pendedahan berterusan boleh menumpulkan rasa belas kasihan, menormalisasikan keganasan serta menyuburkan kemarahan dan dendam.

Semuanya boleh bermula dengan apa yang dilihat.

Apa yang masuk melalui mata boleh mempengaruhi fikiran, hati, jiwa dan akhirnya perbuatan.

Sebab itu, menjaga anak hari ini tidak cukup hanya dengan melindungi mereka daripada bahaya di luar rumah.

Kita juga mesti menjaga apa yang masuk ke dalam mata, fikiran dan hati mereka.

Kerana ada bahaya yang tidak mengetuk pintu rumah, tetapi masuk melalui skrin di tangan mereka.

Sumber asal : Ahmad Yahaya





𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐓𝐔𝐓𝐍𝐘𝐀 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓Hati kita amat tersentuh apabila menerima berita seorang pelajar perempuan kehilangan n...
07/10/2026

𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐓𝐔𝐓𝐍𝐘𝐀 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓

Hati kita amat tersentuh apabila menerima berita seorang pelajar perempuan kehilangan nyawa di dalam kawasan sekolah.

Kita bukan sekadar bercakap tentang seorang pelajar, tetapi tentang seorang anak yang mempunyai keluarga, sahabat dan guru yang menyayanginya. Seorang anak yang sepatutnya pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu dan p**ang dengan selamat, bukan pergi untuk selama-lamanya.

Saya menzahirkan rasa amat sedih dan bimbang dengan kejadian ini. Kita serahkan siasatan kepada pihak berkuasa dan berharap setiap sudut diteliti secara menyeluruh, telus dan profesional agar kebenaran dapat ditegakkan.

Sekiranya benar terdapat unsur jenayah, pihak yang bertanggungjawab hendaklah dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal menurut undang-undang.

Pada masa yang sama, kita tidak wajar membuat sebarang kesimp**an sebelum siasatan selesai. Namun, tragedi ini mesti menjadi peringatan bahawa soal keselamatan anak-anak di sekolah tidak boleh dipandang ringan.

Sekolah mesti kekal sebagai tempat yang selamat untuk anak-anak belajar, membesar dan membina masa depan dan bukan tempat yang menyebabkan ibu bapa hidup dalam ketakutan setiap kali melepaskan anak mereka.

Buat ibu mangsa dan seluruh keluarga, semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan yang begitu berat.

Kepada seluruh warga sekolah, semoga diberikan kekuatan melalui saat yang amat menyedihkan ini.

Ya Allah, rahmatilah anak ini, ampunkan segala kesalahannya, tempatkanlah dia dalam kalangan hamba-Mu yang beriman dan kurniakan ketabahan kepada keluarganya.

Sumber asal : Ahmad Yahaya




75 TAHUN PAS KEDAH (siri ke - 3)𝐊𝐄𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐓𝐔𝐁𝐔𝐇𝐍𝐘𝐀 𝐏𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 (1951–1954)Sesudah tanah perjuangan disuburkan o...
07/10/2026

75 TAHUN PAS KEDAH (siri ke - 3)

𝐊𝐄𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐓𝐔𝐁𝐔𝐇𝐍𝐘𝐀 𝐏𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 (1951–1954)

Sesudah tanah perjuangan disuburkan oleh para ulamak, pondok dan gerakan masyarakat, benih itu mula bercambah dengan kelahiran PAS pada 23 Ogos 1951.

Penubuhan PAS menjadi titik penting dalam sejarah gerakan Islam di Tanah Melayu apabila sebuah organisasi muncul dengan Islam sebagai asas perjuangan. Di Kedah, perkembangan ini segera disambut oleh tokoh-tokoh ulamak yang telah lama bergerak dalam medan masyarakat.

Antaranya Tuan Guru Haji Hussin Che Dol yang dilantik sebagai Naib Yang Dipertua Agung PAS bagi Zon Utara, manakala Tuan Guru Haji Yahya Junid turut berada dalam Jawatankuasa Kerja Agung PAS.

Pada 2 Februari 1952, Setiausaha Agung PAS, Ustaz Haji Ahmad Maliki, mengadakan penerangan mengenai dasar dan tujuan PAS kepada Persatuan Ulamak Kedah. Beberapa bulan kemudian, keputusan membuka cawangan PAS di seluruh Tanah Melayu mempercepatkan perkembangan organisasi.

Detik paling penting berlaku pada 6 September 1952 apabila PAS Cawangan Bukit Besar ditubuhkan di Madrasah an-Nahdhah.

Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi dilantik sebagai Yang Dipertua pertama, dibantu Ustaz Ahmad Shukri Abdul Syukur dan Tuan Guru Haji Ahmad Yusof.

Dari Bukit Besar, PAS mula berkembang ke Bukit Aping, Sungai Korok, Kupang, Kodiang, Pinang Tunggal, Alor Ganu dan S*k.

Pada 3 Januari 1953, wakil Bukit Besar hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Pertama, sekali gus membawa PAS Kedah ke pentas nasional.

Kemudian pada 1954, PAS Daerah Kedah/Perlis dibentuk dengan Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi sebagai pesuruhjaya pertama.

PAS tidak datang ke Kedah sebagai organisasi asing. Ia tumbuh dalam jaringan ulamak, pondok dan masyarakat yang telah lama memiliki kesedaran Islam.

Daripada jaringan ilmu lahir organisasi. Daripada organisasi lahir gerakan. Dan daripada gerakan itulah terbentuk asas perjuangan PAS Kedah.

Sumber asal : Ahmad Yahaya





| HADIS HARI INI | 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐇 𝐀𝐌𝐀𝐋Kehidupan di dunia ialah perjalanan yang mempunyai penghujung. Rasulullah SAW mend...
07/10/2026

| HADIS HARI INI |

𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐇 𝐀𝐌𝐀𝐋

Kehidupan di dunia ialah perjalanan yang mempunyai penghujung. Rasulullah SAW mendidik kita supaya tidak terlalu terikat dengan dunia sehingga melupakan tujuan akhir kehidupan.

Pesanan Ibn Umar RA p**a mengingatkan agar amal baik tidak ditangguhkan kerana kesihatan, masa lapang dan umur tidak dijamin berkekalan.

Gunakanlah masa sihat untuk beribadah, bekerja dengan amanah, membantu keluarga dan berkhidmat kepada masyarakat. Jangan menunggu hari esok untuk meminta maaf, menunaikan tanggungjawab atau melakukan kebaikan yang mampu diselesaikan hari ini.

Semoga setiap langkah perjalanan kita menjadi bekalan yang diterima Allah SWT.







Minda Presiden PASPERBEZAAN ANTARA IFTIRAQ (PERPECAHAN) DENGAN IKHTILAF (PERBEZAAN PENDAPAT) MAZHABIftiraq (perpecahan) ...
06/10/2026

Minda Presiden PAS

PERBEZAAN ANTARA IFTIRAQ (PERPECAHAN) DENGAN IKHTILAF (PERBEZAAN PENDAPAT) MAZHAB

Iftiraq (perpecahan) ialah apabila nyata diketahui dua pandangan yang berbeza antara benar dengan salah, tiba-tiba ada yang mempertahankan yang salah kerana kedegilan sehingga dalam perkara rukun dan dasar al-din (Islam dan iman), begitu juga dalam perkara ketentuan nas yang nyata daripada al-Quran dan hadis atau ijmak (sepakat para ulama’ muktabar mujtahid). Perpecahan ialah sifat keji yang diharamkan kerana merosakkan perpaduan umat yang diwajibkan, bahkan ia menjadi perangai Ahli Kitab yang dilaknat dan dimurkai Allah SWT sebagaimana firman-Nya:

وَمَا تَفَرَّقَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَتۡهُمُ ٱلۡبَيِّنَةُ ٤

“Dan tidaklah berpecah belah orang-orang yang didatangkan al-Kitab (kepada mereka) melainkan sesudah datang kepada mereka bukti yang nyata.” [Surah al-Bayyinah: 4]

Umat Islam wajib mengambil iktibar, walaupun daripada kesesatan kaum yang lain supaya tidak menjadi seperti mereka.

Adapun ikhtilaf p**a ialah perbezaan pendapat dalam perkara cabang yang bukan rukun agama, disebabkan berbeza pendapat dalam dasar yang umum, perkataan yang mempunyai perbezaan pentafsiran, atau berbeza keadaan dan tempat. Semua pihak saling menghormati antara satu dengan yang lain, terus bersaudara tanpa putus hubungan persaudaraan, dan terus belajar serta mengajar antara satu sama lain walaupun berbeza pendapat. Ikhtilaf disebut oleh firman Allah SWT:

وَلَوۡ شَآءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ ٱلنَّاسَ أُمَّةٗ وَٰحِدَةٗۖ وَلَا يَزَالُونَ مُخۡتَلِفِينَ ١١٨

“Jika Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat.” [Surah Hud: 118]

Sabda Rasulullah SAW:

‌إِذَا ‌حَكَمَ ‌الْحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَصَابَ فَلَهُ أَجْرَانِ، وَإِذَا حَكَمَ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ.

“Apabila seseorang hakim (yang berilmu dan bertafaqquh) berijtihad dalam perkara berbeza (kefahaman dan pentafsiran), lalu pendapatnya betul, maka baginya dua pahala, dan jika ijtihadnya salah, maka baginya satu pahala.” [Hadis riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-I‘tisam bi al-Kitab wa al-Sunnah, no. 7352 dan Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Aqdiyah, no. 1716, daripada ‘Amr bin al-‘As]

Banyak pelajaran dan perkembangan ilmu dalam perkara ikhtilaf. Para ulama’ mencatat semua pendapat yang berbeza itu. Kadang-kadang sesuatu pendapat itu dipakai apabila berlaku perubahan situasi dan realiti atau dijumpai pentafsirannya, kadang-kadang kedua-dua pendapat dipakai kerana keadaan yang berbeza. Ada juga yang dijumpai mana pendapat yang sebenarnya betul, maka dibatalkan pendapat yang salah.

Perkara khilaf juga boleh menyebabkan perpecahan yang diharamkan apabila ada yang fanatik (taasub) kepada pendapatnya seperti menjadikan pendapat satu-satu mazhab sebagai agama, kemudian menghukum yang bukan mazhabnya adalah salah, sesat, atau keluar daripada Islam, ataupun terus berpegang pada pendapat yang salah setelah diketahui kenyataannya.

Hal ini sebagaimana ayat yang dinasakhkan (dibatalkan hukumnya) oleh wahyu lain yang turun selepasnya seperti firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَقۡرَبُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنتُمۡ سُكَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَعۡلَمُواْ مَا تَقُولُونَ … ٤٣

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan…!” [Surah al-Nisa’: 43]

Pada awal Islam, minum arak adalah dibolehkan sebelum sembahyang atau selepasnya, namun ayat ini dinasakhkan hukumnya apabila diwahyukan selepasnya firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَٰمُ رِجۡسٞ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ ٩٠

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan panah termasuk perbuatan syaitan! Maka, jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” [Surah al-Ma’idah: 90]

Perkara ini termasuk dalam ulum al-Quran untuk bertafaqquh dalam urusan agama. Begitu juga dalam ilmu hadis.

Perkara khilaf juga boleh menyebabkan perpecahan yang diharamkan apabila ada kalangan yang fanatik (taasub) kepada pendapatnya. Firman Allah SWT:

وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَٱخۡتَلَفُواْ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡبَيِّنَٰتُۚ وَأُوْلَـٰٓئِكَ لَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٞ ١٠٥

“Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat seksa yang berat.” [Surah Ali ‘Imran: 105]

Pada masa Rasulullah SAW masih hidup bersama para sahabatnya, masalah perbezaan pendapat umat Islam terpelihara daripada perpecahan dan masalah khilaf dapat diselesaikan kerana dibetulkan oleh al-Quran yang diwahyukan dan Hikmah Rasulullah SAW yang dikawal oleh wahyu. Perkara ini termasuk dalam ilmu sebab nuzul al-Quran (asbab al-nuzul) dan sebab berlakunya hadis (asbab al-wurud). Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا ٥٩

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(-Nya) serta ulu al-amr antara kamu! Kemudian, jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” [Surah al-Nisa’: 59]

Al-Quran dan Hikmah Rasulullah SAW (Sunnah) ialah keputusan mutlak, sementara ulu al-amr ialah para ulama’ dan pemimpin yang umat berada di bawah kawalannya.

Selepas kewafatan Rasulullah SAW, berlaku kekhilafan dalam pelantikan khalifah (ketua negara). Para sahabat sangat mematuhi al-Quran dan Sunnah dalam masalah yang berbeza pendapat, namun mereka bersatu kepada al-Quran dan Sunnah. Mereka berkhilaf dalam perkara yang diizinkan berijtihad, namun mereka saling menghormati antara satu sama lain.

Pada zaman Khalifah ‘Uthman RA, ramai saudara Islam yang baru memeluk Islam sehingga umat Islam berpecah dalam jenayah pembunuhan Khalifah ‘Uthman RA kepada mazhab Sunni, Ahli al-Bait (Syiah), dan Khawarij.

Ahli al-Bait dan jumhur (majoriti Sunni) menerima ‘Ali KW sebagai khalifah yang sah dan dibilang sebagai Khulafa’ al-Rashidin, manakala mereka yang menentangnya ialah bughah berpandukan firman Allah SWT:

وَإِن طَآئِفَتَانِ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱقۡتَتَلُواْ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَهُمَاۖ فَإِنۢ بَغَتۡ إِحۡدَىٰهُمَا عَلَى ٱلۡأُخۡرَىٰ فَقَٰتِلُواْ ٱلَّتِي تَبۡغِي حَتَّىٰ تَفِيٓءَ إِلَىٰٓ أَمۡرِ ٱللَّهِۚ فَإِن فَآءَتۡ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَهُمَا بِٱلۡعَدۡلِ وَأَقۡسِطُوٓاْۖ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ٩ إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٞ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ ١٠

“Dan kalau ada dua golongan daripada mereka yang beriman itu berperang, maka hendaklah kamu damaikan antara kedua-duanya! Akan tetapi, kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, maka hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali kepada perintah Allah. Kalau dia telah surut, maka damaikanlah antara kedua-duanya menurut keadilan dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil. (9) Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara, oleh sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua-dua saudaramu itu, dan takutlah terhadap Allah supaya kamu mendapat rahmat. (10)” [Surah al-Hujurat: 9–10]

Umat Islam bersama Khalifah ‘Ali KW, termasuk mereka yang melampau dan menderhaka yang dianggap bughah dengan alasan membela Khalifah ‘Uthman yang dibunuh turut mengakui ‘Ali KW ialah khalifah yang sah, melainkan golongan Khawarij bilamana ramai yang terlibat dengan pembunuhan Khalifah ‘Uthman RA. Mereka menolak ‘Ali KW, bahkan sebahagian mereka menolak Khulafa’ al-Rashidin sehingga ada yang mengkafirkan para sahabat RA kerana terlalu jahil dalam hukum Islam atau tidak bertafaqquh, walaupun kuat beribadat dan membaca al-Quran.

Amir al-Mu’minin ‘Ali KW menghantar ‘Abdullah bin ‘Abbas RA untuk memujuk dan berdebat dengan kump**an Khawarij, malah ‘Ali KW sendiri menemui mereka. Maka, sebahagian daripada mereka kembali ke pangkal jalan, namun sebahagian lagi terus berdegil.

سُئِلَ عَلِيٌّ عَنْ أَهْلِ النَّهْرَوَانِ: أَمُشْرِكُونَ هُمْ؟

Imam ‘Ali KW ditanya berkenaan penduduk Nahrawan (pengikut Khawarij), “Adakah mereka Musyrik (menjadi kafir)?”

فَقَالَ: مِنَ الشِّرْكِ فَرُّوا.

‘Ali menjawab, “Tidak, mereka melarikan diri daripada kesyirikan (mereka masih bersyahadah).”

قِيلَ: أَفَمُنَافِقُونَ؟

Beliau ditanya lagi, “Adakah mereka munafiq?”

قَالَ: إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا.

‘Ali menjawab, “Tidak, golongan munafiq tidak mengingati Allah kecuali sedikit (mereka kuat bersolat dan berzikir).”

فَقِيلَ: فَمَا هُمْ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ؟

Beliau ditanya lagi, “Maka, siapakah mereka, wahai Amir al-Mu’minin?”

قَالَ: ‌إِخْوَانُنَا ‌بَغَوْا ‌عَلَيْنَا فَقَاتَلْنَاهُمْ بِبَغْيِهِمْ عَلَيْنَا.

‘Ali menjawab, “Mereka ialah saudara seagama kita yang melampau terhadap kita (melawan kita). Kalau mereka berundur, biarkan. Kalau mereka mengangkat senjata untuk menyerang, perangi mereka.” [Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, jld. 7, hlm. 289]

Demikianlah jawapan yang berhati-hati terhadap golongan yang dianggap jahil agama serta tidak bertafaqquh dalam perkara al-din (Islam) yang wajib diselamatkan daripada tenggelam dalam kejahilan. Perkara ini merupakan masalah dalaman umat Islam yang mesti diselesaikan secara ilmu bagi menyelamatkan mereka yang lemas dalam kejahilan.

Apa yang wajib dijadikan pengajaran juga ialah sikap para imam semua mazhab yang masih bersaudara seagama yang bertolong-menolong dalam perkara yang mampu berijtihad, di samping mewariskan kitab-kitab yang dikarang dan diriwayatkan ijtihad mereka dalam kitab-kitab tafsir, hadis, dan fiqh yang luas perbincangannya.

Para ulama’ perbandingan mazhab menetapkan lapan mazhab besar yang ramai pengikut serta dianggap bertafaqquh, mengikut kajian Majma‘ Buhuth al-Islamiyyah Universiti Al-Azhar dan Majma‘ Taqrib bayn al-Mazahib yang ditubuhkan oleh Jamaluddin al-Afghani, Muhammad ‘Abduh dan Mahmud Shaltut (kedua-duanya ialah mantan Syeikh Al-Azhar), serta Hasan al-Banna RH, kini diurus oleh Kerajaan Republik Islam Iran dan disahkan oleh muktamar para ulama’ di Makkah dan Amman bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Lapan mazhab itu ialah daripada Sunni: Mazhab Hanafi, Maliki, Shafi‘i, Hanbali, dan Zahiri; daripada Syiah p**a Mazhab Imamiyyah Ithna ‘Ashariyyah dan Zaidiyyah; serta mazhab Ibadi yang dituduh sebagai Khawarij sederhana, namun mereka menafikannya. Mereka dilabelkan Khawarij kerana tidak mentaati beberapa orang khalifah Umawiyyah dan ‘Abbasiyyah yang zalim.

Di samping itu, terdapat mazhab para ulama’ sahabat dan tabiin serta beberapa orang ulama’ mazhab yang bertaraf mujtahid dalam semua mazhab tersebut, bilamana pandangan mereka dicatat dalam kitab-kitab perbandingan mazhab. Walau tidak ramai pengikut, tetap dihormati kemampuan ilmu mereka.

Kesemua mereka ialah pewaris ilmu para anbiya’ yang menjaga amanah ilmu dengan peribadi yang tinggi dan berjuang menegakkan Islam pada zaman masing-masing. Mereka ialah kalangan yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ فِيهِ عِلْمًا سَلَكَ اللَّهُ بِهِ طَرِيقًا مِنْ طُرُقِ الْجَنَّةِ، وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ، وَإِنَّ الْعَالِمَ لَيَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ، وَالْحِيتَانُ فِي جَوْفِ الْمَاءِ، وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ، وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ، وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا، وَرَّثُوا الْعِلْمَ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ.

“Sesiapa yang memudahkan jalan kepada menuntut ilmu, nescaya Allah memudahkannya jalan ke Syurga. Sesungguhnya para malaikat merendahkan sayapnya kepada penuntut ilmu kerana reda dengan kegiatan mereka. Seseorang yang berilmu itu dimohonkan ampunan untuknya oleh makhluk di langit dan bumi, termasuk ikan di air. Kelebihan seseorang yang berilmu melebihi ahli ibadat laksana bulan purnama dalam kalangan bintang cakerawala. Sesungguhnya para ulama’ itu pewaris pusaka para anbiya’. Mereka tidak meninggalkan pusaka wang emas dan perak (harta yang mahal nilai harganya), tetapi mereka meninggalkan pusaka ilmu. Sesiapa yang berhak menerimanya, nescaya dia paling bernasib baik (paling banyak harta pusakanya).” [Hadis riwayat Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Kitab al-‘Ilm, no. 3641, al-Tirmizi, Sunan al-Tirmizi, Abwab al-‘Ilm, no. 2682 dan lain-lain, daripada Abu al-Darda’. Lafaz bagi Abu Dawud]

Para ulama’ ialah mereka yang menerima ilmu para anbiya’, meneruskan amalan, dan berjuang berdakwah serta menegakkan kedaulatan kuasa Islam yang memerintah urusan negara.

Para ulama’ mazhab muktabar yang disebut di atas melaksanakan perjuangan para anbiya’. Ada yang menjadi pemimpin negara dan ada yang menjadi mangsa kezaliman kerana perjuangan Islam yang bersifat al-din yang sempurna bersama amar ma‘ruf dan nahi mungkar.

Para ulama’ daripada semua mazhab di atas dicatat ilmu mereka dalam semua kitab agama, walaupun ijtihad mereka tidak dipakai.

Mereka bersaudara dalam berkhilaf. Imam Abu Hanifah daripada Sunni menjadi murid kepada Imam Ja‘far daripada Syiah sehingga beliau mati di dalam penjara kerana mempertahankannya. Selain itu, Imam al-Shafi‘i menjadi murid kepada Imam Malik, Imam Ahmad bin Hanbal menjadi murid kepada Imam Shafi‘i, dan begitulah seterusnya.

Di samping itu, Imam al-San‘ani RH daripada Syiah Zaidiyyah mengarang kitab Subul al-Salam, syarah kepada kitab hadis Bulugh al-Maram yang dikarang oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani RH daripada Sunni Shafi‘i, dan begitulah lain-lain kitab. Ada yang aqidahnya bermazhab Salaf, tetapi fiqhnya berbeza, dan ada p**a yang bermazhab Khalaf dari segi aqidah, tetapi berbeza mazhab fiqhnya dan tariqat tasawufnya. Mereka semua bertafaqquh dalam ilmu al-din yang disebut oleh firman Allah SWT:

۞وَمَا كَانَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَآفَّةٗۚ فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٖ مِّنۡهُمۡ طَآئِفَةٞ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ إِذَا رَجَعُوٓاْ إِلَيۡهِمۡ لَعَلَّهُمۡ يَحۡذَرُونَ ١٢٢

“Tidak sepatutnya bagi Mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi daripada tiap-tiap golongan antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberikan peringatan kepada kaum mereka apabila kaum itu telah kembali kepada mereka, supaya kaum itu dapat menjaga diri.” [Surah al-Tawbah: 122]

Menjadi masalah pada akhir zaman apabila ramainya ulama’ yang tidak bertafaqquh, bahkan tidak menguasai bahasa Arab (bahasa al-Quran) di Alam Melayu, hanya belajar agama dalam bahasa Melayu sahaja.

‘Abdullah bin Mas‘ud RA berkata:

إِذَا ‌كَثُرَتْ ‌قُرَّاؤُكُمْ، وَقَلَّتْ فُقَهَاؤُكُمْ.

“Pada akhir zaman, ramai huffaz dan qurra’ al-Quran, tetapi sedikit ulama’ yang bertafaqquh serta memahami al-Quran.” [Riwayat al-Darimi, Musnad al-Darimi, al-Muqaddimah, no. 191, al-Hakim, al-Mustadrak ‘ala al-Sahihain, Kitab al-Fitan wa al-Malahim, no. 8570, dan lain-lain]

Ulama’ yang tidak bertafaqquh mudah dilantik dan diberikan tauliah mengajar, berceramah, berforum, dan berkhutbah bagi memecahbelahkan umat Islam dengan masalah khilafiah supaya dibincangkan dalam kalangan yang tidak layak, hanya kuat beragama dari segi peribadinya sahaja.

Sabda Rasulullah SAW:

سَيَخْرُجُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ قَوْمٌ ‌أَحْدَاثُ ‌الْأَسْنَانِ، سُفَهَاءُ الْأَحْلَامِ، يَقُولُونَ مِنْ خَيْرِ قَوْلِ الْبَرِيَّةِ، يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ، يَمْرُقُونَ مِنَ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ، فَإِذَا لَقِيتُمُوهُمْ فَاقْتُلُوهُمْ، فَإِنَّ فِي قَتْلِهِمْ أَجْرًا لِمَنْ قَتَلَهُمْ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

“Muncul pada akhir zaman golongan laksana kanak-kanak yang baru bergigi, berimpian bodoh, petah bercakap, boleh membaca al-Quran sekadar di kerongkong (tidak masuk dalam hati mereka), mudah keluar daripada agama lebih cepat daripada panah mengenai sasarannya. Kalau berjumpa mereka, maka lawanlah mereka habis-habisan, nescaya mendapat pahala besar di sisi Allah pada Hari Kiamat (kerana menyelamatkan manusia daripada kesesatan).” [Hadis riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab Istitabah al-Murtaddin wa al-Mu‘anidin wa Qitalihim, no. 6930 dan Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Zakah, no. 1066, daripada ‘Ali bin ‘Abi Talib]

Ada yang melampau ekstrem dan ada yang liberal hanyut.

Lebih menjadi bencana ialah para ulama’ yang mengkhianati pusaka para anbiya’ yang disebut dalam al-Quran. Firman Allah SWT:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلۡنَا مِنَ ٱلۡبَيِّنَٰتِ وَٱلۡهُدَىٰ مِنۢ بَعۡدِ مَا بَيَّنَّـٰهُ لِلنَّاسِ فِي ٱلۡكِتَٰبِ أُوْلَـٰٓئِكَ يَلۡعَنُهُمُ ٱللَّهُ وَيَلۡعَنُهُمُ ٱللَّـٰعِنُونَ ١٥٩

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (p**a) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati.” [Surah al-Baqarah: 159]

Mereka yang menyembunyikan ilmu mereka, firman Allah SWT:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَيَشۡتَرُونَ بِهِۦ ثَمَنٗا قَلِيلًا أُوْلَـٰٓئِكَ مَا يَأۡكُلُونَ فِي بُطُونِهِمۡ إِلَّا ٱلنَّارَ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ ٱللَّهُ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمۡ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ ١٧٤ أُوْلَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشۡتَرَوُاْ ٱلضَّلَٰلَةَ بِٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡعَذَابَ بِٱلۡمَغۡفِرَةِۚ فَمَآ أَصۡبَرَهُمۡ عَلَى ٱلنَّارِ ١٧٥ ذَٰلِكَ بِأَنَّ ٱللَّهَ نَزَّلَ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّۗ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ ٱخۡتَلَفُواْ فِي ٱلۡكِتَٰبِ لَفِي شِقَاقِۢ بَعِيدٖ ١٧٦

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, iaitu al-Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perut mereka melainkan api, dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada Hari Kiamat serta tidak menyucikan mereka dan bagi mereka seksa yang amat pedih. (174) Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk dan seksaan dengan ampunan. Maka, alangkah beraninya mereka menentang Api Neraka! (175) Yang demikian itu kerana Allah telah menurunkan al-Kitab dengan membawa kebenaran; dan sesungguhnya orang-orang yang berselisih tentang (kebenaran) al-Kitab itu benar-benar dalam penyimpangan yang jauh (daripada kebenaran). (176)” [Surah al-Baqarah: 174–176]

Mereka yang mencari kesenangan hidup menyalahgunakan agama, firman Allah SWT:

وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ ٱلَّذِيٓ ءَاتَيۡنَٰهُ ءَايَٰتِنَا فَٱنسَلَخَ مِنۡهَا فَأَتۡبَعَهُ ٱلشَّيۡطَٰنُ فَكَانَ مِنَ ٱلۡغَاوِينَ ١٧٥ وَلَوۡ شِئۡنَا لَرَفَعۡنَٰهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُۥٓ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُۚ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ ٱلۡكَلۡبِ إِن تَحۡمِلۡ عَلَيۡهِ يَلۡهَثۡ أَوۡ تَتۡرُكۡهُ يَلۡهَثۚ ذَّالِكَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِنَاۚ فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ ١٧٦ سَآءَ مَثَلًا ٱلۡقَوۡمُ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِنَا وَأَنفُسَهُمۡ كَانُواْ يَظۡلِمُونَ ١٧٧ مَن يَهۡدِ ٱللَّهُ فَهُوَ ٱلۡمُهۡتَدِيۖ وَمَن يُضۡلِلۡ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡخَٰسِرُونَ ١٧٨

“Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berinya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi al-Kitab), kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. (175) Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikannya (darjatnya) dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menuruti hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing; jika kamu menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika kamu membiarkannya, ia menghulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka, ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir. (176) Amat buruklah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim. (177) Sesiapa yang diberikan petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang merugi. (178)” [Surah al-A‘raf: 175–178]

Paling berbahaya, mereka memainkan peranan sebagai khadam dalam menentang gerakan rakyat yang menentang penjajahan, bahkan mereka berperanan meneruskan peranan penjajah dengan meneruskan pengaruhnya bersama para pemimpin negara yang menjadi khadam penjajah selepas kemerdekaan. Politik, ekonomi, pendidikan, dan kebudayaan dirancang dengan berkiblat kepada kuasa penjajah, walaupun ibadat haji dan solat mereka ke arah Makkah.

Sehinggakan mempertahankan Selat Hormuz dan Bab al-Mandab kerana keamanan ekonomi antarabangsa, khususnya Israel dan negara pendukungnya lebih penting daripada menentang Yahudi yang menakluki Bait al-Maqdis sehingga mengecewakan saudara di Palestin, malah kump**an yang membantu Palestin diceroboh habis-habisan dengan segala senjata.

Para ulama’ pengampu kerajaan yang salah mewajibkan ketaatan kepada ulu al-amr yang sesat. Mereka meletakkan keutamaan ekonomi, harta, dan takhta sehingga meninggalkan jihad mempertahankan Islam yang tidak ada khilaf semua mazhab kerana ketetapan nas al-Quran:

قُلۡ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُكُمۡ وَإِخۡوَٰنُكُمۡ وَأَزۡوَٰجُكُمۡ وَعَشِيرَتُكُمۡ وَأَمۡوَٰلٌ ٱقۡتَرَفۡتُمُوهَا وَتِجَٰرَةٞ تَخۡشَوۡنَ كَسَادَهَا وَمَسَٰكِنُ تَرۡضَوۡنَهَآ أَحَبَّ إِلَيۡكُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٖ فِي سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِيَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَٰسِقِينَ ٢٤

“Katakanlah, ‘Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatir akan kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta daripada berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.’ Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang fasiq.” [Surah al-Tawbah: 24]

Mereka menyalahtafsirkan maksud ulu al-amr kepada semua kerajaan, termasuk penjajah dan alat penjajah dengan berwala’ kepada musuh-musuh Islam.

Wajib dibezakan antara perpaduan yang diwajibkan dan yang diharamkan dengan perbezaan pendapat yang diharuskan dalam ajaran Islam.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 24 Rabi‘ al-Akhir 1448 / 6 Oktober 2026

[Bil: 65 / 2026]

Kredit : Abdul Hadi Awang

Address

KM 13, Jalan ALOR SETAR/SUNGAI PETANI
Simpang Empat
06650

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

047481122

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS KEDAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PAS KEDAH:

Shortcuts

Share