23/04/2026
PRISM+ Lancar Siri PureFresh TMF: Peti Sejuk Premium, Harga Mampu Milik!
PRISM+ kini meluaskan lagi empayar perkakas rumah mereka dengan pelancaran siri PureFresh TMF. Siri ini direka khas untuk keluarga di Malaysia yang mementingkan kesegaran makanan, penjimatan tenaga, dan gaya moden tanpa perlu berbelanja besar.
Bermula dari harga serendah RM929, ia merupakan barisan peti sejuk paling mampu milik daripada PRISM+ setakat ini. Dengan rekaan kemasan anti-fingerprint yang kemas, peti sejuk ini hadir dalam dua pilihan warna elegan: Inox dan Black Inox.
Kenapa Peti Sejuk Ni Padu? (Info Tech)
Inverter Compressor: Sejuk lebih cepat, operasi senyap, dan paling penting jimat letrik (Rating Tenaga 5-Bintang).
No Frost Technology: Tak payah penat-penat nak defrost atau kikis ais manual lagi.
Multi-Zone Cooling: Suhu dalam peti sekata, memastikan barang dapur tak cepat layu atau rosak.
Anti-Odour System: Ada sistem tapis bau supaya ruang dalam peti sentiasa segar walaupun simpan macam-macam lauk.
Waranti 12 Tahun: Jaminan untuk compressor sampai 12 tahun, memang puas hati pakai lama.
Pilihan Model & Harga (Ikut Keperluan Hang)
Semua harga ni adalah harga pelancaran selepas tebus baucar. Bakal mula dijual pada 24 April 2026, jam 8 malam.
TMF 250 (250L) – Bajet Rendah & Ruang Terhad
Harga: Bermula RM929 (Inox) / RM989 (Black Inox).
Sesuai Untuk: Geng bujang, pasangan baru kahwin, atau rumah jenis apartmen/kondio yang ruang dapurnya agak terhad.
TMF 310 (310L) – Pilihan Paling "Ngam" Untuk Keluarga
Harga: Bermula RM1,099 (Inox) / RM1,159 (Black Inox).
Sesuai Untuk: Keluarga kecil yang sedang membesar dan kerap masak di rumah.
TMF 430 (430L) – Saiz Gergasi & Paling Berbaloi
Harga: RM1,499 (Inox).
Sesuai Untuk: Isi rumah besar atau jenis yang s**a borong barang dapur sekali harung (bulk shopping).
Bonus "Kaw-Kaw": Beli model ni, dapat PERCUMA Russell Taylor Digital Air Fryer XL (6.5L) bernilai RM539!
Lokasi Jualan: Boleh dapatkan di laman web rasmi PRISM+, Shopee, atau mana-mana cawangan runcit mereka bermula tarikh pelancaran.