BijakMuslim - Penasihat Kewangan Islam Anda

BijakMuslim - Penasihat Kewangan Islam Anda Ansuran takaful kenderaan patuh syariah, kelas muamalat & urus pendapatan cara Islamik. Urus kewangan anda melalui fasiliti di dalam apps BijakMuslim.

Dalam kelas pertama Kursus Kenali Batil, Ustaz Zaharudin Muhammad menerangkan kaedah yang disebutkan oleh Imam al-Syafie...
20/10/2026

Dalam kelas pertama Kursus Kenali Batil, Ustaz Zaharudin Muhammad menerangkan kaedah yang disebutkan oleh Imam al-Syafie iaitu kaedah hukum asal mengambil harta orang adalah haram. الأصل في المال الغير التحريم.

Jadi mengambil harta orang tanpa sebab adalah haram. Apabila ada sebab yang diiktiraf syara' barulah pengambilan itu jadi harus. Para ulama' menyimpulkan sebab yang mengharuskan mengambil harta orang dalam muamalat ada 3: ra'sul mal, 'amal, dhaman.

Namun ada juga pengambilan harta orang dengan sebab tetapi sebab itu tidak diiktiraf oleh syara' dan ia ada pelbagai bentuk. Maka hukumnya tetap haram. Apa sebab-sebab yang tidak diiktiraf syara' itu? Ketahuinya di dalam kursus ini.

Pendaftaran masih dibuka dan rakaman disediakan. Klik link di bawah👇🏻
https://www.bijakmuslim.com/kelas/20/kursus-intensif-muamalat-islam-modul-3-kenali-batil-dalam-muamalat-hari-ini

19/10/2026

Call member sebab kereta hilang. Siap tengok CCTV. Tapi rupanya kereta tak renew takaful dan roadtax lagi. Ending tak boleh bawak bincang.

16/10/2026

Bolehkah bank buat cabutan bertuah? Apa hukum cabutan bertuah bank? Kenapa bank perlu buat cabutan bertuah? Ikuti jawapan Ustaz Dr Zaharudin Muhammad dalam video ini.

13/10/2026

Takaful pun perlukan takaful? Eh, macam mana tu?
Ramai tahu tentang takaful, tapi tak ramai yang tahu apa itu Retakaful dan fungsinya.

Apa sebenarnya beza takaful dengan retakaful? Ikuti penerangan Ustaz Dr Zaharudin Muhammad dalam video ini! 🎥

12/10/2026

Hidup kita ni memang akan hadap macam-macam beban. Kalau boleh kurangkan beban buat apa nak stress?

Kurangkan beban kehidupan dengan bayar takaful kenderaan anda secara ansuran sehingga 12 bulan. Semuanya secara atas talian. Mudah, murah dan patuh syariah.

BijakMuslim, ansuran takaful kenderaan patuh syariah.

🚨 Tahu tak... Banyak online shop guna strategi promosi yang sebenarnya Islam haramkan.❓ Cuma kita tahu tak mana satu yan...
09/10/2026

🚨 Tahu tak... Banyak online shop guna strategi promosi yang sebenarnya Islam haramkan.
❓ Cuma kita tahu tak mana satu yang batil mana yang bukan? Kita ni terlibat sekali atau tidak?
❓ Bagaimana dengan pertandingan-pertandingan yang kita kena bayar yuran... Tahu tak mana satu yang termasuk judi?

Kalau tak dapat jawab, maknanya kita perlu upgrade ilmu kita. Jadi jom sertai...

*🎓 KURSUS INTENSIF MUAMALAT ISLAM*
Fahami framework asas muamalat secara tersusun bersama *Ustaz Zaharudin Muhammad* (Pengasas BijakMuslim, bekas Penasihat Syariah Alliance Islamic Bank, HSBC Takaful, Prudential Takaful dan institusi kewangan yang lain).

*📚 MODUL 3: KENALI BATIL DALAM MUAMALAT HARI INI* (4 kelas intensif)
✨ Antara topik menarik:
✅ Pengenalan Batil, Dalil Haram & Jenis-jenisnya
✅ Maysir & Perkara yang Dikatakan Bukan Judi Tapi Sebenarnya Judi
✅ Najash, Ghish & Taghrir dalam Promosi Jualan Serta Platform Online
✅ Jual Beli atas Jual Beli & Perkara yang Sebenarnya Haram dalam Jual Beli serta Banyak Lagi!

*🗓️ Tarikh: 18 - 21 Oktober 2026*
*🕤 Masa: 9.30 – 11.00 malam*
*💻 Platform: Online di Web BijakMuslim*
*💰 Bayaran: Hanya RM39 untuk 4 kelas*

*🎁 Apa yang anda dapat?*
✅ 4 sesi pembelajaran & Q&A (±6 jam)
✅ E-Modul
✅ Group WhatsApp sokongan
✅ Akses rakaman selama 1 tahun
✅ E-Sijil.

*📲 DAFTAR SEKARANG*
Scan QR di poster atau klik link di bawah:
👉 https://www.bijakmuslim.com/kelas/20/kursus-intensif-muamalat-islam-modul-3-kenali-batil-dalam-muamalat-hari-ini

📞 Sebarang pertanyaan: 017-567 4280

Selamat menyambut Hari Malaysia
15/09/2026

Selamat menyambut Hari Malaysia

Burung merpati terbang berkawan,Hinggap sebentar di pohon jati;Hari Merdeka kita raikan,Tanda cinta tersemat di hati.Sel...
31/08/2026

Burung merpati terbang berkawan,
Hinggap sebentar di pohon jati;
Hari Merdeka kita raikan,
Tanda cinta tersemat di hati.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-69!

Ikhlas dari:
Ustaz Zaharudin bin Muhammad dan seluruh warga BijakMuslim

🚨 INSURANS vs TAKAFUL— Betulkah bezanya sekadar nama dan lafaz akad?Dalam kursus khas ini, kita akan bongkar sejarah ins...
26/08/2026

🚨 INSURANS vs TAKAFUL

— Betulkah bezanya sekadar nama dan lafaz akad?
Dalam kursus khas ini, kita akan bongkar sejarah insurans yang jarang diceritakan, memahami perbezaan sebenar Insurans & Takaful serta mengetahui realiti dan beberapa isu dalam insurans dan takaful seperti Insurable Interest, Indemnity dan lain-lain.

📅 28 Ogos 2026 (Jumaat)
⏰ 9.30 – 11.00 malam
💻 Web BijakMuslim

💰 RM43 sahaja
🎁 Termasuk rakaman 5 Kelas Modul Gharar + Group WhatsApp sokongan eksklusif.

🔥 Jangan terlepas
Scan QR atau klik link di bawah & daftar sekarang!
https://www.bijakmuslim.com/kelas/18/kursus-intensif-muamalat-islam-modul-2-kenali-gharar-isu-isunya-hari-ini

25/08/2026

Ramai yang masih bertanya sebenarnya apa hukum mencarum PERKESO? Adakah terdapat unsur judi dalam PERKESO seperti dalam insurans konvensional? Dalam video ini, Ustaz Dr Zaharudin Muhammad menerangkan asas perbezaan isu judi dalam caruman PERKESO dengan insurans konvensional dan isu akad iz'an (akad paksa rela).

Klip ini adalah potongan dari Kursus Intensif Muamalat Islam BijakMuslim Modul Riba. Ikuti topik eksklusif kursus ini (Insurans vs Takaful) dengan klik link di bio.

Address

No D52-2, Jalan Zuhal U5/178, Pusat Komersial Arena Bintang
Shah Alam
40150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BijakMuslim - Penasihat Kewangan Islam Anda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share