31/05/2026
PENJELASAN ISU SEWAAN PEJABAT PUSAT KHIDMAT AHLI PARLIMEN KUBANG KERIAN (PKPKK)
Sehari dua ini banyak cerita yang tidak tepat berlegar berkenaan isu sewaan pejabat PKPKK. Ramai yang membuat pelbagai bentuk serangan dan tohmahan kononnya saya tidak membayar sewa pejabat. Saya sudah jelaskan sebelum ini namun fitnah ini masih berlarutan.
Saya tidak berminat untuk menghabiskan masa dan tenaga memanjangkan lagi isu sebegini, kerana banyak isu utama melibatkan kepentingan orang ramai yang menjadi keutamaan.
Namun dalam masa yang sama, saya perlu nyatakan dengan jelas bahawa semua dakwaan dan tuduhan itu adalah fitnah.
Tuduhan mengatakan saya tidak membayar sewa perlu dibuktikan.
Saya tanpa gagal menjelaskan bayaran sewa bangunan setiap bulan seperti mana tarikh dibawah:
Januari 2025 (pemilik lama)
- 23/01/2025 (RM1800)
Februari 2025
- 23/02/2025 (RM2000)
Mac 2025
- 26/03/2025 (RM1800)
April 2025
- 23/04/2025 (RM1800)
Mei 2025
- 07/05/2025 (RM1800)
Jun 2025
- 17/06/2025 (RM1800)
Julai 2025
- 07/07/25 (RM1800)
Ogos 2025
- 13/08/2025 (RM1800)
September 2025 (bermula perjanjian baru dengan pemilik baru).
- 03/09/2025 (bayaran sewa RM2200)
Oktober 2025
- 08/10/2025 (bayaran sewa RM2200)
November 2025
- 11/11/2025 (bayaran sewa RM2200)
Disember 2025
- 11/12/2025 (bayaran sewa RM2200)
Januari 2026
- 20/01/2026 (bayaran sewa RM2200)
Februari 2026
- 25/02/2026 (bayaran sewa RM2200)
Mac 2026
- 14/03/2026 (bayaran sewa RM2200)
April 2026
- 12/04/2026 (bayaran sewa RM2200)
Manakala bayaran sewaan bulan Mei ditolak daripada lebihan deposit yang telah dipegang, seperti mana yang disarankan oleh peguam disebabkan arahan pengosongan premis oleh tuan punya yang tidak mengikut perjanjian sewa.
Saya berharap penyebar fitnah yang mengatakan saya tidak membayar sewaan bangunan dapat menghentikan fitnah tersebut.
Walaupun ada yang memohon maaf, malangnya fitnah yang disebar akan terus dibaca dan berlegar. Dosa terus berjalan sehingga semua kita bertemu dengan Allah.
Saya mengarahkan peguam saya mengambil tindakan yang perlu bagi membersihkan nama saya dan juga PAS.
Sebagai pengakhiran, saya mengajak kita merenung sebuah hadis yang masyhur tentang golongan muflis di akhirat. Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah dalam Sahih Muslim:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ قَالَ:
أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ؟
قَالُوا: الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لَا دِرْهَمَ لَهُ وَلَا مَتَاعَ.
فَقَالَ:
إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ، وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا، وَقَذَفَ هَذَا، وَأَكَلَ مَالَ هَذَا، وَسَفَكَ دَمَ هَذَا، وَضَرَبَ هَذَا، فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ، فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ، أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ، ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis? Para sahabat menjawab:
Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah orang yang tidak mempunyai wang dan harta.
Baginda bersabda:
Sesungguhnya orang yang muflis daripada umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat. Namun dia juga datang dalam keadaan pernah mencaci orang ini, menuduh orang ini, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang ini dan memukul orang ini. Maka diberikan kepada mereka daripada pahala kebaikannya. Jika habis pahala kebaikannya sebelum diselesaikan segala tuntutan tersebut, diambil p**a dosa-dosa mereka lalu dicampakkan ke atasnya, kemudian dia dicampakkan ke dalam neraka.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ahli Parlimen Kubang Kerian.
31 Mei 2026