Desa Digital Hub

Desa Digital Hub Komputer & AI

Taqabbalallahu minna wa minkum. Shiyamana wa shiyamakum (Semoga Allah menerima amalan dan puasa kami dan kalian)Sambutla...
20/03/2026

Taqabbalallahu minna wa minkum. Shiyamana wa shiyamakum (Semoga Allah menerima amalan dan puasa kami dan kalian)

Sambutlah hari kemenangan, kembali kepada fitrah yang suci, bersih dan terpelihara dari segala dosa. Saling menziarahi, bergembira bertemu mata, saling bermaafan bersama sanak saudara, rakan taulan dan jiran tetangga.

Esok kita simpan seketika segala gajet. Lupakan Wasabi, Mukabuku, TokTik, Threats dan Insta. Melangkahlah keluar dari dunia maya dan binalah silaturrahim sebenar dalam dunia nyata. Jangan risaukan FOMO. Viral dan keseronokan sementara yang tidak memberikan manfaat di dunia hari ini, apatah lagi di akhirat nanti. Jadikan teknologi digital dan media sosial itu sebagai alat untuk mendekatkan kita kepada Dia yang Maha Esa, bukannya matlamat dalam kehidupan yang sementara ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita dan kita semua berada dalam limpahan rahmat Allah SWT, di dunia dan akhirat.

Ahmad Jaafar
Pakar Komputer Desa

Salam Nuzul Al-Quran 2026/1447HAl-Quran untuk dibaca, difahami, dihayati dan dikongsi.
07/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran 2026/1447H

Al-Quran untuk dibaca, difahami, dihayati dan dikongsi.

19/02/2026

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1447H;

Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga diberi kekuatan, kesihatan, kesabaran & rezeki untuk meningkatkan amalan di bulan yang mulia ini.

Ahmad Jaafar
Pakar Komputer Desa

"5 Tanda PC/Laptop Kita Kena Service SEGERA"😱 Bunyi pelik dari kipas🥵 Panas melampau🐌 Slow macam siput🟦 Selalu keluar Bl...
17/02/2026

"5 Tanda PC/Laptop Kita Kena Service SEGERA"

😱 Bunyi pelik dari kipas
🥵 Panas melampau
🐌 Slow macam siput
🟦 Selalu keluar Blue Screen Of Death
🪫 Battery cepat habis

"Jangan tunggu sampai rosak terus bang! Kalau nampak tanda-tanda ni, lebih baik check awal-awal.

“Mencegah lebih baik dari membaiki”





KELAS FIZIKAL, HANDS-ONAI EXPRESS (HANYA 4 JAM)(untuk penjual online, pekerja, pelajar dll)Belajar secara bersemuka, 100...
12/02/2026

KELAS FIZIKAL, HANDS-ON
AI EXPRESS (HANYA 4 JAM)
(untuk penjual online, pekerja, pelajar dll)

Belajar secara bersemuka, 100% praktikal. Belajar guna AI dan terus buat sampai jadi :

📷 Cantikkan gambar yang memukau tanpa mengubah bentuk asal
✍️ Tulis ayat yang memikat hati
🖼️ Reka poster level pro tanpa perlu pandai design
🎥 Buat video pendek viral untuk Reels/TikTok

DAFTAR SEKARANG!
TEMPAT TERHAD
[013-9792429]

10/02/2026

Jumaat 06 Februari 2026
Sabtu 07 Februari 2026

Telah berlangsung kelas Mahir Komputer & AI Untuk Kerjaya di Pakar Komputer Desa. Kelas intensif 3 jam x 3 sesi ini adalah untuk melahirkan individu mahir komputer & AI bagi memeasuki pasaran kerja semasa di Malaysia. Kelas fizikal, face-to-face, hands-on. Belajar dan terus buat sampai jadi.

Alhamdulillah semua peserta telah diajar dan dibimbing menggunakan komputer, Windows 11, Internet, MS-Word, MS-Excel, MS-Powerpoint & AI Tools untuk kegunaan pekerjaan.

Semoga bermanfaat kepada semua peserta. Jangan lupa untuk kongsi masalah kepada Lifetime Support Group kita. Insya Allah kita pakat selesaikan sama-sama.

Jazakallah




09/02/2026

Rabu 04 Februari 2026

Telah berlangsung kelas AI Power Untuk Online Seller. Kelas intensif 3 jam yang direka khusus untuk peniaga online yang menghadapi masalah untuk menghasilkan content yang berkualiti dan konsisten. Kelas fizikal, face-to-face, hands-on.

Alhamdulillah semua peserta telah diajar dan dibimbing untuk terus buat content sebenar menggunakan beberapa tools AI. Gambar, poster, copywriting dan video untuk tujuan pemasaran produk/servis di media sosial.

Semoga bermanfaat kepada semua peserta. Jangan lupa untuk kongsi hasil kerja AI anda semua selepas ini. Jika bermasalah, terus rujuk kepada Lifetime Support Group kita. Insya Allah kita pakat selesaikan sama-sama.

Jazakallah




"RAMAI PENJUAL KOMPLEN. POST BANYAK TAPI TAKDER ORANG RESPONS PUN. KENAPA?"Sebab kita confuse CONTENT dengan IKLAN.Conte...
28/01/2026

"RAMAI PENJUAL KOMPLEN. POST BANYAK TAPI TAKDER ORANG RESPONS PUN. KENAPA?"

Sebab kita confuse CONTENT dengan IKLAN.

Content bukan sekadar letak gambar produk + harga + "PM untuk order"

Content kena jawab 3 soalan dalam kepala pelanggan :

1. "Aku ada ke masalah ni ?"
2. "Produk ni boleh selesai masalah aku ke?"
3. "Kenapa kena beli dari YOU?"

Contoh kalau jual baju budak :

❌ "Baju budak cantik-cantik, murah-murah. RM25. PM untuk order"
✅ "Pernah tak anak korang kena ruam sebab kain baju kasar? Baju cotton kami lembut, serap peluh, budak selesa main seharian. Jahitan kemas, tahan lama walau cuci banyak kali."

Nampak perbezaan dia? Yang kedua cerita KENAPA orang patut beli, bukan setakat jual je.

Nak belajar buat content yang convert jadi sales? Komen "NAK"

PENTING KE GAMBAR CANTIK?"A picture worth a thousand words"Satu gambar boleh menyampaikan idea, emosi atau cerita yang k...
28/01/2026

PENTING KE GAMBAR CANTIK?

"A picture worth a thousand words"
Satu gambar boleh menyampaikan idea, emosi atau cerita yang kompleks dengan lebih berkesan dan cepat daripada penerangan yang panjang.

Gambar dalam posting menjual penting sebagai daya tarikan visual utama yang meningkatkan kadar respons, meyakinkan orang untuk membeli tanpa melihat produk secara fizikal.

✅ Menarik Perhatian : Buat orang berhenti scroll

✅ Membina Kepercayaan & Kredibiliti : Gambar sebenar produk meyakinkan orang bahawa ia wujud dan berkualiti

✅ Memaparkan Perincian (Detailing) : Membantu pelanggan melihat perincian kecil, tekstur, dan bentuk sebenar produk.

Nak tau macamana nak buat gambar biasa-biasa dari fon boleh jadi luar-biasa menarik? Komen 'NAK'

Address

LOT 3495 HUTAN CHENGAL
Pasir Mas
17030

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Sunday 10:00 - 17:00

Telephone

+60139792429

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Desa Digital Hub posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Desa Digital Hub:

Share

Category