Seminar Usahawan Muda

Seminar Usahawan Muda Seminar Usahawan Muda 2016 (SUM’16)
9 April 2016 (Sabtu)
Universiti Multimedia Melaka

Program Seminar Usahawan Muda 2016 (SUM’16) merupakan satu program berteraskan keusahawanan yang bertujuan untuk membantu para usahawan mahupun bakal usahawan di luar sana dengan perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman dunia bisnes yang sebenar daripada para panel yang dijemput khas bagi menjayakan program ini. Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada para peserta menimba ilmu, pe

ngalaman dan pengetahuan dari aspek cetusan idea yang baru bagi memulakan dan memajukan perniagaan mereka. Selain itu, mereka juga berpeluang untuk meluaskan rangkaian bisnes mereka dengan mengenali usahawan dan bakal-bakal usahawan yang lain. Program ini juga diharapkan dapat membuka minda para peserta terutamanya golongan muda supaya melibatkan diri secara serius dalam keusahawanan dengan niat, ilmu dan cara yang betul mengikut kehendak syara’ terutamanya bagi usahawan Muslim. Selain itu, program ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai usahawan Muslim dengan menekankan bahawa perniagaan dan keusahawanan itu merupakan salah satu Fardhu Kifayah dan satu Sunnah yang perlu diamalkan oleh golongan Muslim khususnya di Malaysia ini. Objektif:

~Pendedahan – Memberi pendedahan mengenai cabaran dunia bisnes yang sebenar dalam pelbagai industri sebagai persediaan untuk menjadi usahawan yang berjiwa kental, kreatif dan berdaya saing.

~ Pengisian – Membekalkan panduan dan pengisian yang menarik serta berguna untuk membantu para peserta agar mereka lebih yakin untuk memulakan dan memajukan perniagaan mereka.

~ Kesedaran – Memupuk kesedaran tentang pentingnya seseorang Muslim melibatkan diri dalam bidang perniagaan untuk menyempurnakan Fardhu Kifayah dan Sunnah.

~ Rangkaian – Sebagai satu platform yang memberi peluang dan ruang kepada para peserta untuk saling mengenali, berkongsi idea dan meluaskan rangkaian bisnes mereka dengan mudah.

~ Galakan – Menggalakkan lebih ramai anggota masyarakat terutamanya golongan muda supaya menceburkan diri secara serius dan komited dalam keusahawanan.

Address

MMU, Multimedia University Malacca, Jalan Ayer Keroh Lama
Malacca City
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Seminar Usahawan Muda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Seminar Usahawan Muda:

Shortcuts

Share