Terengganu Telecommunications Sdn Bhd

Terengganu Telecommunications Sdn Bhd One Stop Agency "OSA" to facilitate and to regulate the development of telecommunications infrastructures in Terengganu

27 Oktober 2024 – TCOMM dengan berbesar hati telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Ustaz Mohd Shafizi selaku ADUN ...
28/10/2024

27 Oktober 2024 – TCOMM dengan berbesar hati telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Ustaz Mohd Shafizi selaku ADUN Batu Rakit bagi memaklumkan perkembangan pembangunan telekomunikasi di negeri ini. Sebagai OSA pembangunan infrastruktur telekomunikasi, kami amat komited untuk terus memperkukuhkan jaringan komunikasi bagi seluruh penduduk negeri Terengganu.

27 October 2024 – TCOMM was honored to conduct a courtesy visit to YB Ustaz Mohd Shafizi, the Batu Rakit State Assemblyman, to update him about the progress of telecommunications development within the state. As the One Stop Agency (OSA) for telecommunications infrastructure development, we are highly committed to strengthening the communication network for all residents of Terengganu.




23 Oktober 2024: Satu perbincangan telah diadakan bersama Tuan Haji Yusaini Amir Bin Mohamad Nor selaku Setiausaha Bahag...
24/10/2024

23 Oktober 2024: Satu perbincangan telah diadakan bersama Tuan Haji Yusaini Amir Bin Mohamad Nor selaku Setiausaha Bahagian (Kerajaan Tempatan) negeri Terengganu dan Pegawai beliau bagi membincangkan kemajuan pelaksanaan pembangunan infrastruktur telekomunikasi Intelligent Pole (IP) di negeri Terengganu.

Semoga pelaksanaan pembangunan IP membuka jalan untuk inisiatif yang inovatif dan berkesan, sekaligus meningkatkan jaringan dan kemudahan telekomunikasi di negeri Terengganu demi kesejahteraan masyarakat

23 October 2024: A discussion was held with Tuan Haji Yusaini Amir Bin Mohamad Nor, Setiausaha Bahagian (Kerajaan Tempatan) for the state of Terengganu, and his officer to discuss the progress of implementing the Intelligent Pole (IP) telecommunications infrastructure in Terengganu.

It is hoped that the implementation of IP development will pave the way for innovative and effective initiatives, ultimately enhancing telecommunications networks and services in Terengganu for the benefit of the community.




16-17 Oktober 2024: Pihak Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM) telah menyertai Bengkel Kemaskini Data Penguru...
24/10/2024

16-17 Oktober 2024: Pihak Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM) telah menyertai Bengkel Kemaskini Data Pengurusan Permit Infrastruktur Komunikasi 2.0 (CIPM 2.0) yang diadakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selama dua hari di Hilton Kota Kinabalu, Sabah.

Bengkel ini melibatkan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta industri komunikasi dari negeri Terengganu dan Negeri Sembilan. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan pengurusan serta mengemaskini data permit di dalam sistem CIPM 2.0. TCOMM menyokong usaha-usaha ini demi meningkatkan lagi pengurusan data bagi pembangunan telekomunikasi negeri.

16-17 October 2024: Representatives from Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM) participated in the Workshop on Data Management for Communication Infrastructure Permit Management 2.0 (CIPM 2.0), organised by the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) over two days at Hilton Kota Kinabalu, Sabah.

The workshop involved collaboration with local authorities (PBT) and the communication industry from the states of Terengganu and Negeri Sembilan. This initiative aimed to enhance understanding and update permit data in the CIPM 2.0 system. TCOMM fully supports these efforts to improve data management for the development of state telecommunications infrastructure.




13 Oktober 2024: Satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan oleh pihak PlanMalaysia Terengganu yang disertai oleh Suruha...
23/10/2024

13 Oktober 2024: Satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan oleh pihak PlanMalaysia Terengganu yang disertai oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Terengganu dan Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM) bagi penyediaan kertas kerja penetapan jarak anjakan menara telekomunikasi untuk dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancang (JPN) negeri Terengganu.

Semoga cadangan pelaksanaan jarak anjakan baru ini mendapat kelulusan dan meningkatkan lagi kemajuan pembangunan infrastruktur telekomunikasi di negeri Terengganu.

October 13, 2024: A coordination meeting was held by PlanMalaysia Terengganu, attended by the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) Terengganu and Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM) to prepare a proposal paper on the proposed setback distance for telecommunications towers. This paper will be presented at the Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) Terengganu (State Planning Committee).

We hope that the proposal for the new setback distance will be approved and further enhance the development of telecommunications infrastructure in the state of Terengganu.




Kami ingin mengucapkan tahniah kepada TM ONE atas pelancaran Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) pertama di Panta...
20/10/2024

Kami ingin mengucapkan tahniah kepada TM ONE atas pelancaran Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) pertama di Pantai Timur yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar selaku Menteri Besar Terengganu, pada 13 Oktober 2024 di Kompleks TM Medan Jaya, Marang, Terengganu.

Ketua Pegawai Eksekutif TCOMM, En. Yousri bin Taibin, dan Ketua Pegawai Operasi, Tn. Haji Muhamad Hanafiah bin Ismail telah hadir untuk menyaksikan pencapaian penting ini. Pusat GBS ini akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh infrastruktur digital dan meningkatkan kecekapan operasi perniagaan di seluruh negeri, menjadikan Terengganu sebagai destinasi utama bagi pelabur tempatan dan antarabangsa.

Kami percaya bahawa pembangunan ini akan menyumbang kepada pertumbuhan berterusan negeri serta mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif untuk kejayaan perniagaan dan kemajuan teknologi di Terengganu.

We would like to congratulate TM ONE on the launch of the first Global Business Services (GBS) Centre in the East Coast, officiated by YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar as the Chief Minister of Terengganu, on 13 October 2024 at Kompleks TM Medan Jaya, Marang, Terengganu.

TCOMM’s CEO, En. Yousri bin Taibin, and COO, Tn. Haji Muhamad Hanafiah bin Ismail, were present to witness this significant milestone. The GBS Centre will play a vital role in strengthening digital infrastructure and improving operational efficiency for businesses across the state, positioning Terengganu as a prime destination for both local and international investors.

We believe this development will contribute to the state’s ongoing growth and create a more conducive environment for business success and technological advancement in Terengganu.




14 Oktober 2024: Pihak TCOMM berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada En. Mustaqin Bin Alpi selaku Ketua Unit Pe...
16/10/2024

14 Oktober 2024: Pihak TCOMM berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada En. Mustaqin Bin Alpi selaku Ketua Unit Pembangunan Infrastruktur Telekomunikasi, Bahagian Kerajaan Tempatan Pulau Pinang.

Pelbagai perkara berkaitan pembangunan telekomunikasi negeri telah dibincangkan dan dikongsi bersama. Semoga perjumpaan ini dapat membuahkan idea-idea baharu serta memberi manfaat kepada semua pihak demi kemajuan pembangunan negeri.

14 October 2024: TCOMM was honored to receive an official visit from En. Mustaqin Bin Alpi, Head of the Telecommunications Infrastructure Development Unit, Local Government Division of Penang.

Various matters related to the state's telecommunications development were discussed and shared. We hope this meeting will spark new ideas and bring benefits to all parties involved, contributing to the progress of state development.




14 Oktober 2024: Ketua Pegawai Eksekutif TCOMM, En. Yousri bin Taibin bersama Ketua Pegawai Operasi, Tn. Haji Muhamad Ha...
14/10/2024

14 Oktober 2024: Ketua Pegawai Eksekutif TCOMM, En. Yousri bin Taibin bersama Ketua Pegawai Operasi, Tn. Haji Muhamad Hanafiah bin Ismail serta wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) telah melaksanakan lawatan ke tapak Surau Perumahan Gong Badak, Kuala Nerus. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau tapak bantahan berhubung cadangan pembinaan infrastruktur telekomunikasi di kawasan tersebut. Pembangunan telekomunikasi adalah penting kerana ia memberikan penduduk akses kepada perkhidmatan komunikasi yang lebih baik, memudahkan urusan seharian, dan membuka peluang kepada pembangunan ekonomi. Dengan itu, pihak TCOMM berusaha untuk mencapai penyelesaian yang seimbang demi kepentingan pembangunan dan kesejahteraan penduduk setempat.

October 14, 2024: TCOMM's Chief Executive Officer, En. Yousri bin Taibin, together with the Chief Operating Officer, Tn. Haji Muhamad Hanafiah bin Ismail, and representatives from the Village Community Management Council (MPKK), conducted a visit to the site of the Surau Perumahan Gong Badak in Kuala Nerus. This visit aimed to assess the site of the objections regarding the proposed construction of telecommunications infrastructure in the area. The development of telecommunications is essential as it provides residents with better access to communication services, facilitates daily transactions, and opens up opportunities for economic development. With this in mind, TCOMM strives to achieve a balanced solution, prioritising both development interests and the well-being of the local community.




1 Oktober 2024 - Ketua Pegawai Operasi TCOMM, Tuan Haji Muhamad Hanafiah bin Ismail, telah hadir untuk menyaksikan penye...
02/10/2024

1 Oktober 2024 - Ketua Pegawai Operasi TCOMM, Tuan Haji Muhamad Hanafiah bin Ismail, telah hadir untuk menyaksikan penyerahan tapak Taman Alor Jambu (Id: 8111L) kepada pihak MNO. Menara ini dibangunkan dengan kerjasama rakan pelaksana (DP) kami, MNF Infra Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada usaha berterusan TCOMM dalam memperluaskan rangkaian infrastruktur telekomunikasi dengan harapan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan mudah diakses bagi komuniti di Terengganu.

October 1 2024 - TCOMM's Chief Operating Officer, Tuan Haji Muhamad Hanafiah bin Ismail, witnessed the handover of site Taman Alor Jambu (Id: 8111L) to the MNOs. Developed in collaboration with our deployment partner, MNF Infra Sdn Bhd, this tower marks another step in TCOMM's ongoing commitment to enhancing telecommunication infrastructure with the hope of providing better and more accessible services to the community in Terengganu.




Sekali-sekala ikut trend viral, kali ni terinspirasi daripada poster Universiti Malaya! Kami pun tumpang sekaki dengan s...
02/10/2024

Sekali-sekala ikut trend viral, kali ni terinspirasi daripada poster Universiti Malaya! Kami pun tumpang sekaki dengan soalan penting: kawasan anda ada line ke? Beritahu kami – kami sedia membantu anda kekal berhubung!

Jumping on the viral trend, this time inspired by University Malaya’s poster! Taking this chance, we’re asking the all-important question: how’s the signal in your area? Whether it’s strong or spotty, let us know – we’re here to keep you connected!




Satu sesi perbincangan yang konstruktif bersama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Terengganu (SKMM) t...
01/10/2024

Satu sesi perbincangan yang konstruktif bersama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Terengganu (SKMM) telah diadakan pada 30 September 2024, bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 3, SKMM Negeri Terengganu.

Perbincangan tersebut membuka ruang untuk input strategik yang berharga, sekaligus memperkukuh kerjasama antara TCOMM dan SKMM dalam usaha mempertingkatkan pembangunan infrastruktur telekomunikasi di negeri Terengganu.

A constructive discussion session with the Terengganu representatives of Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) was held on the 30th September 2024, at the Meeting Room, Level 3, MCMC Terengganu.

The discussion provided valuable strategic input, while simultaneously strengthening the collaboration between TCOMM and MCMC in efforts to enhance the development of telecommunication infrastructure in Terengganu.




Mesyuarat laporan status menara milik Telekom Malaysia telah diadakan pada pagi 12 September 2024 di Bilik Mesyuarat TCO...
12/09/2024

Mesyuarat laporan status menara milik Telekom Malaysia telah diadakan pada pagi 12 September 2024 di Bilik Mesyuarat TCOMM. Mesyuarat ini dihadiri oleh Pn. Maimunah Ibrahim dan seorang pegawainya dari Telekom Malaysia, serta dipimpin oleh CEO TCOMM, En. Yousri Taibin, bersama beberapa pegawai kanan TCOMM. Kami berharap mesyuarat ini akan memperkukuh lagi kerjasama dan memacu kemajuan bersama.

A meeting on the status report of Telekom Malaysia's towers was held on the morning of September 12, 2024, at the TCOMM Meeting Room. The meeting was attended by Pn. Maimunah Ibrahim and one of her colleagues from Telekom Malaysia, and was led by TCOMM’s CEO, En. Yousri Taibin, along with several TCOMM representatives. We hope this meeting will further strengthen our collaboration and drive mutual progress.




Pada 11 September 2024, mesyuarat antara Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM), Suruhanjaya Komunikasi dan Mul...
11/09/2024

Pada 11 September 2024, mesyuarat antara Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Terengganu, dan Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) telah berlangsung dengan jayanya. En. Yousri Taibin (CEO TCOMM), Tn. Haji Abd Mubin Mohd Zain (Pengarah SKMM Negeri Terengganu), dan Prof. Madya Dr. Mohd Hanif Yaacob (CEO TSIS) bersama barisan pegawai masing-masing telah bersama-sama membincangkan penyelarasan fee bagi pembangunan struktur telekomunikasi negeri. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan sumbangan yang berharga!

On September 11, 2024, a successful meeting was held between Terengganu Telecommunications Sdn. Bhd. (TCOMM), the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) Terengganu, and the Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS). En. Yousri Taibin (CEO of TCOMM), Tn. Haji Abd Mubin Mohd Zain (State Director of MCMC Terengganu), and Prof. Madya Dr. Mohd Hanif Yaacob (CEO of TSIS), along with their respective teams, came together to discuss the fee coordination for the development of telecommunications infrastructure in the state. Thank you to all parties involved for their valuable cooperation and contributions!




Address

Tingkat 2, TD 1303
Kuala

Telephone

+6096225647

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terengganu Telecommunications Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Terengganu Telecommunications Sdn Bhd:

Share