25/05/2025
Google baru release (komersial) satu platform untuk generate gambar, sebelum ni memang dah ada, nama dia ImageFX, tapi yang baru ni nama dia Whisk
So apa beza kedua platform ni kan?
Whisk AI ni, sesuai namanya dia boleh gabungkan antara subjek di gambar A dengan scend di gambar B dan style di gambar C, kalau generate akan jadi satu gambar yang baru 😁
Whisk AI ada fungsi text to image sama dengan ImageFX, tapi ada juga fungsi image to image (boleh upload image untuk dia refer), fungsi lainnya ialah text/image to video, boleh buat video dengan gambar atau teks sahaja (limit 10 sebulan untuk free plan)
Whisk dalam fasa experiment lagi, tapi nampak best dan dah boleh guna secara public, image generation dia sangat laju, tapi resultnya 2 image sahaja, the best part is bila dah buat gambar tu, dia auto akan keluarkan prompt yang lebuh detail so dari situ boleh edit semula prompt dan buat gambar dengan adjustment la, memang mudah🤭
Selamat mencuba!