03/07/2026
SCS berbesar hati menerima kunjungan kerja delegasi Bahagian Perancangan Pertahanan (BPP), Markas Angkatan Tentera Malaysia pada 2 Julai 2026 yang diketuai oleh Ketua Pengarah Perancang Pembangunan, YBhg. Mejar Jeneral Omar bin Haji Dawami TUDM.
Kunjungan ini menjadi platform yang bermakna untuk bertukar pandangan, berkongsi aspirasi dan meneroka peluang kerjasama ke arah memperkukuh keupayaan serta transformasi digital sektor pertahanan negara.
Terima kasih atas kunjungan dan kepercayaan yang diberikan. Semoga hubungan strategik ini terus diperkukuhkan pada masa hadapan.