Penerbitan Cengkerik

Penerbitan Cengkerik Penerbitan Cengkerik adalah penerbitan bebas yang menawarkan naskhah bebas untuk minda bebas. Dilahi

Pada era pertengahan tahun 380’an BC,  Plato mengasaskan sebuah institusi pengajian yang dipanggil ‘Academy’ di kota Ath...
15/08/2021

Pada era pertengahan tahun 380’an BC, Plato mengasaskan sebuah institusi pengajian yang dipanggil ‘Academy’ di kota Athens, Greece. Pada mulanya beliau mewarisi sebidang tanah dipercayai sebelum ini tanah tersebut pernah dimiliki oleh seseorang yang bernama Academus (mungkin sempena ini dinamakan Academy) yang dijadikan tempat berkumpul dan berbincang hal-hal keilmuan bersama beberapa rakan dan anak murid.

Antara pelajarnya yang masyhur adalah Aristotle yang menuntut di sini selama dua puluh tahun. Plato membincangkan banyak perkara di sekolahnya ini namun antara bidang yang paling dikenali adalah bidang falsafah dan metafizik. Aristotle p**a setelah lama belajar di sini dan mahir selok belok hal perbincangan falsafah dan perkara yang berkaitan, membuka sendiri sebuah pusat pengajian berhampiran dengan Academy ini.

Tapak Academy ini mempunyai sejarahnya tersendiri. Ia merupakan kawasan yang dianggap suci dan ditujukan untuk dewi Athena sejak dahulu lagi. Lantas pokok zaitun di kawasan ini tidak pernah ditebang kerana pokok-pokok tersebut bagaikan simbol penghormatan dan ditujukan kepada Athena. Oleh kerana dianggap suci, Spartans tidak mengusik pokok zaitun yang tumbuh di kawasan tersebut. Namun Sulla (seorang pemerintah Rom, yang akan diceritakan kemudian) menyerang kawasan Greek pada tahun 86BC dan menebang pokok-pokok yang dianggap suci itu untuk digunakan bagi tujuan ketenteraannya. Bukan pokok-pokok zaitun yang dianggap suci itu sahaja yang dihapuskan, bahkan pusat pengajian Plato dan Aristotle yang terletak berhampiran antara satu sama lain turut dimusnahkan dengan begitu teruk sekali sehingga menyukarkan pembinaannya semula.

Mari kita lihat lukisan 'School of Athens' oleh Raphael. Klik gambar untuk melihat lanjutan penerangan lukisan ini.

--------------------------
©Penerbitan Cengkerik
Ingin tahu lebih mendalam, boleh dapatkan buku Surah Rom: Asal Usul Nama Empayar di shopee melalui link ini https://shopee.com.my/Surah-Rom-Asal-Usul-Nama-Empayar-i.385048810.8835544176

Socrates terkenal kerana meperkenalkan kaedah dialektik atau lebih dikenali sebagai ‘Kaedah Socratik’. Ia merupakan satu...
27/05/2021

Socrates terkenal kerana meperkenalkan kaedah dialektik atau lebih dikenali sebagai ‘Kaedah Socratik’. Ia merupakan satu kaedah penghujahan atau menggunakan hujah yang lojik dan soalan, dengan itu dapat dijawab satu persatu bagi memeriksa kesahihan asas pengetahuan dan etika serta mencari jawapan bagi menyelesaikan perbalahan atau perbezaan pendapat, demi untuk mencari kebenaran (atau paling hampir kepada kebenaran), atau diambil satu permasalahan dan digunakan soalan supaya dapat dikupas permasalahan tersebut.

Kaedah sebegini dianggap sebagai latihan penggunaan akal fikiran ke arah kebaikan. Ia bukanlah sama seperti berbahas, kerana walaupun perbahasan secara teorinya orang yang berdebat tidak semestinya terlibat atau terikat secara emosi dengan penghujahan masing-masing, namun ketika berdebat ramai yang menunjukkan emosi berkait dengan penghujahannya serta sudah terbiasa dengan kefahaman asalnya dengan itu ini dianggap boleh menjejaskan pertimbangan rasionalnya. Kaedah Socratik bukan merupakan suatu usaha untuk mencari siapa yang menang atau kalah yang boleh dihakimi oleh mereka yang menyaksikan sesuatu perdebatan, mahupun bermatlamat untuk menawan hati orang ramai dengan kata-kata bahasa yang indah, tetapi ia adalah satu usaha ke arah mencari kebenaran demi kebaikan.

Socrates juga menyatakan manusia yang tidak diberi inspirasi ketuhanan tidak mungkin mengerti dunia nyata atau realiti yang mana jika seseorang itu hanya bergantung kepada deria penglihatan untuk mengetahui seseuatu realiti maka sebenarnya dia adalah orang yang buta dan jahil. Beliau juga memberikan satu kiasan tentang perbezaan orang jahil dengan orang yang mengetahui.

Dalam kiasannya menyatakan manusia umpama tinggal di dalam sebuah gua yang gelap, namun terdapat segelintir dari mereka yang memberanikan diri, bertungkus lumus dan bersusah payah untuk memanjat dan mencari jalan keluar dari lubang di atas gua tersebut. Setelah mencapai tahap ketinggian yang tinggi dan berjaya keluar dari gua dan menyaksikan keadaan sebenar di luar gua tersebut, lantas mereka ini turun semula ke dalam gua semata-mata untuk menolong orang yang di dalam gua itu untuk keluar dari gua gelap tersebut. Namun golongan yang cuba menolong ini p**a hanya dipermainkan, diketawakan dan dihina sahaja oleh mereka yang enggan panjat keluar.

Dari kiasan ini dikiaskan lagi p**a dari aspek politik bahawa beliau menekankan sepatutnya golongan yang berjaya keluar dari gua itu menjadi pemerintah kepada sesuatu masyarakat. Di atas anugerah pendedahan dan pengetahuan yang ada pada mereka itu maka hendaklah golongan ini mengurus pentadbiran sesebuah negara. Manakala orang ramai p**a perlu cukup bijak dan berhikmah dalam memilih pemimpin yang bijaksana.

Akhirnya tokoh ini ditangkap dan didakwa kerana ketidakpercayaannya kepada dewa dewi yang diiktiraf oleh para pemerintah, serta atas kesalahan kononnya merosakkan minda para pemuda di Athens, Greece. Socrates merasakan bahawa fitnah yang dihadapinya ini akan menjadi punca sebenar kemusnahan dirinya. Ketika dibicarakan, beliau tidak ingin pun untuk membela diri kerana merasakan lebih elok untuk beliau mati kerana baginya satu keadaan kehidupan yang tidak berbaloi maka tidak berbaloilah untuk hidup. Tambahan p**a beliau mengkiaskan perbicaraannya adalah bagaikan seorang doktor perubatan yang didakwa oleh seorang tukang masak sebagai hakim dan tukang masak ini mengarahkan para jurinya p**a yang terdiri dari kalangan kanak-kanak untuk menghakimi antara rasa ubat doktor yang pahit itu berbanding dengan masakan yang lazat si tukang masak.

Ketika dalam tahanan Socrates berpeluang untuk melarikan diri kerana para rakan dan pelajarnya mengusahakan untuk rasuah para pengawal tempat beliau ditahan. Namun Socrates memilih untuk kekal dalam tahanan. Seorang kawan baiknya merayu supaya beliau melarikan diri atas peluang yang terbuka itu, namun enggan berbuat demikian kerana kalau beliau melarikan diri sekali pun beliau tahu bahawa beliau akan ke negara lain dan mengajar lagi dan akhirnya membuat orang tidak s**a dengannya lagi dan akhirnya dihukum lagi. Pada pendapatnya, ke mana pun beliau pergi sama sahaja jadinya. Tambahan p**a beliau tidak mahu tindakannya melarikan diri akan menunjukkan tanda perasaan takut mati sedangkan beliau meyakini bahawa seorang ahli falsafah yang sebenar dan komited tidak ada perasaan tersebut. Selepas beliau melepaskan peluang itu, dia diarahkan meminum racun dan mati secara perlahan-lahan. Pada hari kematiannya ini, pelajar paling rapat dengannya Plato didapati tidak hadir menyaksikan.

©Penerbitan Cengkerik
Ingin tahu lebih mendalam, boleh dapatkan buku Surah Rom: Asal Usul Nama Empayar di shopee melalui link ini https://shopee.com.my/Surah-Rom-Asal-Usul-Nama-Empayar-i.385048810.8835544176

Tamadun Greek dikenali kerana melahirkan ramai ahli falsafah terkemuka yang membuka dimensi baru dalam arena pemikiran. ...
26/05/2021

Tamadun Greek dikenali kerana melahirkan ramai ahli falsafah terkemuka yang membuka dimensi baru dalam arena pemikiran. Contoh yang tidak asing lagi adalah seperti Socrates, Plato, Aristotle dan lain-lain lagi. Mereka ini menjadi pemangkin dan banyak menyumbang kepada pembangunan bidang falsafah, lojik, etika, matematik dan sebagainya. Yang mengagumkan adalah pada era gaya kehidupan mereka bertitik tolak dari kurun ke-5BC (lebih empat ratus tahun sebelum Nabi Isa) yang mana gaya hidup masyarakat Greek dan masyarakat dunia secara keseluruhan adalah berasaskan dan sibuk dengan hal karut khurafat, mereka ini p**a sibuk menyumbang ke arah kemajuan intelektual.

©Penerbitan Cengkerik
Ingin tahu lebih mendalam, boleh dapatkan buku Surah Rom: Asal Usul Nama Empayar di shopee melalui link ini https://shopee.com.my/Surah-Rom-Asal-Usul-Nama-Empayar-i.385048810.8835544176

Lakaran pandangan suasana pembedahan doktor pada sebuah balang di Athens, Greece sekitar tahun 480-470BC. Watak dua dari...
23/05/2021

Lakaran pandangan suasana pembedahan doktor pada sebuah balang di Athens, Greece sekitar tahun 480-470BC. Watak dua dari kiri sedang menyambut pesakit ke pembedahan sambil memegang arnab yang diterima sebagai bayaran untuk doktor, manakala di tengah seorang doktor merawat tangan seorang pesakit sambil diperhatikan oleh seorang pesakit lain yang berbalut di tangan kirinya.

©Penerbitan Cengkerik
Ingin tahu lebih mendalam, boleh dapatkan buku Surah Rom: Asal Usul Nama Empayar di shopee melalui link ini https://shopee.com.my/Surah-Rom-Asal-Usul-Nama-Empayar-i.385048810.8835544176

Bagi pelajar perubatan pasti tidak asing apabila mendengar Ikrar Hippocratic yang juga dikenali sebagai sumpah pengamal ...
22/05/2021

Bagi pelajar perubatan pasti tidak asing apabila mendengar Ikrar Hippocratic yang juga dikenali sebagai sumpah pengamal perubatan. Gambar berikut menunjukkan sebuah tugu Hippocrates (kurun ke-5 BC), seorang Greek yang pakar dalam bidang perubatan. Dikenali sebagai ‘Bapa Perubatan Awal’ dan mengasaskan Ikrar Hippocratic.

©Penerbitan Cengkerik
Ingin tahu lebih mendalam, boleh dapatkan buku Surah Rom: Asal Usul Nama Empayar di shopee melalui link ini https://shopee.com.my/Surah-Rom-Asal-Usul-Nama-Empayar-i.385048810.8835544176

Tandas awam Rom, kebiasaannya diletakkan berhampiran tempat mandi awam. Kelihatan lubang jamban sebelah menyebelah satu ...
21/05/2021

Tandas awam Rom, kebiasaannya diletakkan berhampiran tempat mandi awam. Kelihatan lubang jamban sebelah menyebelah satu sama lain. Di bawah lubang tersebut terdapat saliran air berfungsi sebagai pembentungan, manakala longkang kecil di hadapan jamban itu sentiasa mengalir air padanya untuk kegunaan seseorang membersihkan diri selepas qada hajat. Bahkan disediakan untuk dikongsi ramai, batang kayu yang terdapat lilitan kain di hujungnya untuk tujuan istinjak. Amalan kongsi alat istinjak sebegini pernah menjadi punca wabak penyakit. Bagi golongan kaya, seorang hamba ditempatkan di bawah lubang jamban (laluan air pembentungan) sambil memegang kayu tersebut (yang jauh lebih panjang) untuk membersihkan punggung sesiapa selepas qada hajat

©Penerbitan Cengkerik
Ingin tahu lebih mendalam, boleh dapatkan buku Surah Rom: Asal Usul Nama Empayar di shopee melalui link ini https://shopee.com.my/Surah-Rom-Asal-Usul-Nama-Empayar-i.385048810.8835544176

Ketika berbincang mengenai Rom, pasti tergambar beberapa imej yang sinonim dengannya seperti ratusan barisan askar lengk...
20/05/2021

Ketika berbincang mengenai Rom, pasti tergambar beberapa imej yang sinonim dengannya seperti ratusan barisan askar lengkap berbaju besi dan bersenjata, serta tinggalan bangunan megah seperti colosseum, dan ukiran berbentuk manusia. Tidak lupa juga, tempat mandi awam yang dahulunya pernah mencipta satu legasi berpengaruh dalam sejarah peradaban manusia. Gambar berikut merupakan tempat mandi awam Rom yang dikenali sebagai Tempat Mandi State Agora dan Varius Bath yang dilengkapi bilik panas, kolam mandi dan lantai jubin.

©Penerbitan Cengkerik
Ingin tahu lebih mendalam, boleh dapatkan buku Surah Rom: Asal Usul Nama Empayar di shopee melalui link ini https://shopee.com.my/Surah-Rom-Asal-Usul-Nama-Empayar-i.385048810.8835544176

Gambaran Zoroaster (Zarathustra), pengasas agama Zoroastrian sekitar 3,000 tahun yang lalu. Agama ini kemudiannya menjad...
19/05/2021

Gambaran Zoroaster (Zarathustra), pengasas agama Zoroastrian sekitar 3,000 tahun yang lalu. Agama ini kemudiannya menjadi agama rasmi bagi Parsi. Kini ramai memanggil agama ini sebagai Majusi sempena nama golongan yang menguasai autoriti agama tersebut. Asalnya penyembahan kepada tuhan Ahura Mazda diiringi kitab suci Avesta, dan api hanyalah simbol sebagaimana salib kepada Kristian. Namun, kaum Majusi selewengkan ajaran kepada penyembahan api.

©Penerbitan Cengkerik
Ingin tahu lebih mendalam, boleh dapatkan buku Surah Rom: Asal Usul Nama Empayar di shopee melalui link ini https://shopee.com.my/Surah-Rom-Asal-Usul-Nama-Empayar-i.385048810.8835544176

Sesekali dalam hayat, kita berazam, bertekad, beriltizam, dan bersemangat untuk mengkhatam Al-Quran. Pada ketika usaha i...
24/04/2021

Sesekali dalam hayat, kita berazam, bertekad, beriltizam, dan bersemangat untuk mengkhatam Al-Quran. Pada ketika usaha ini dilaksanakan, tentu sekali kita akan terlintas satu surah yang dipanggil Ar-Rum. Surah Ar-Rum merupakan surah ke-30 yang terletak di juzu’ ke-21. Surah ini dinamakan sempena perkataan ‘Rum’ yang terdapat pada ayat ke-2 surah ini. Dari ayat 2 hingga 4 menceritakan sebuah peristiwa bagaimana orang Rom dikalahkan oleh orang Parsi di dalam sebuah peperangan.

Pada ketika kekalahan Rom ini, orang musyrik di Mekah berkata kepada orang beriman bahawa, orang Rom yang merupakan golongan ahli kitab (yang diberikan kitab suci) pun dikalahkan oleh orang Majusi, maka kamu (orang beriman) juga bakal dikalahkan oleh kami (orang musyrik) juga. Dengan itu Allah pun menurunkan ayat tersebut.

Mafhum ayat;
2- Telah dikalahkan Rom itu.
3- Di negeri yang berdekatan, dan selepas kekalahan mereka itu akan mereka perolehi kemenangan.
4- Dalam tempoh beberapa tahun. Bagi Allah segala urusan sebelum dan selepas itu. Dan pada hari itu (ketika orang Rom menang) akan bergembiralah orang beriman.

Ketiga-tiga ayat Quran ini hanya pendek sahaja, tetapi kami merasakan perbincangan bagi menghayati konteks sosio-sejarah yang hendak ditulis mengenainya bagi menyumbang kefahaman, memberi makna dan menjana lebih banyak persoalan memerlukan ratusan mukasurat dan mengambil masa sekitar tujuh tahun untuk ditulis mengenainya.

©Penerbitan Cengkerik
Ingin tahu lebih mendalam, boleh dapatkan buku Surah Rom: Asal Usul Nama Empayar di shopee melalui link ini https://shopee.com.my/Surah-Rom-Asal-Usul-Nama-Empayar-i.385048810.8835544176

Buku sulung keluaran Penerbitan CengkerikSurah Rom: Asal Usul Nama EmpayarRom merupakan kuasa besar lampau dengan ketama...
23/04/2021

Buku sulung keluaran Penerbitan Cengkerik

Surah Rom: Asal Usul Nama Empayar

Rom merupakan kuasa besar lampau dengan ketamadunan terbangun. Ia berpanjangan hingga bersua dengan beberapa orang nabi dan berkesempatan menjadi kontemporari Nabi Muhammad, bahkan disebut tentangnya di dalam Quran termasuklah dinamakan salah satu surah sempenanya. Pernah memerangi orang Islam pada satu-satu masa, dan melindungi mereka pada masa yang lain. Ia mempunyai pensejarahan dengan unsur kepelbagaian dan drama kehidupan tersendiri. Ia meninggalkan pengaruh seni bina, nama bulan kalender, keagamaan, sastera, budaya, s**an pertarungan, teknologi dan bermacam lagi. Menjejaki peninggalan sejarah mereka sedikit sebanyak membangunkan kefahaman sosio-sejarah ketika mengamati penafsiran ayat Quran mengenainya. Kawasan jajahannya luas, sejarahnya merebak panjang dan peninggalannya sangat menakjubkan. Coretan ini hanya secebis pengenalan diiringi lebih 400 gambar berkaitan, yang hampir kesemuanya diambil oleh penulis sendiri, dan selebihnya disumbang rakan taulan.

©Penerbitan Cengkerik
Berminat? Boleh dapatkan buku di shopee melalui link ini https://shopee.com.my/Surah-Rom-Asal-Usul-Nama-Empayar-i.385048810.8835544176

Address

22-11-7, Desa View Tower, Jalan Kolam Air Off Jalan Genting Klang
Kuala Lumpur
53100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerbitan Cengkerik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Penerbitan Cengkerik:

Share