NADI Kg Tempoyang

NADI Kg Tempoyang SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KG TEMPOYANG,KUALA LIPIS,PAHANG

09/08/2026

Maaf ye.. Sebagai guru saya wajib perbetulkan fitnah yang tular terhadap Menteri Pendidikan berkenaan isu jualan ansuran seragam sekolah.

Kadang-kadang kita perlu berhenti sekejap sebelum berkongsi sesuatu di media sosial.

Bukan semua yang viral itu benar.
Bukan semua yang ditulis dengan huruf besar itu fakta.
Dan bukan semua yang dibungkus dengan kemarahan itu bermaksud kita sedang memperjuangkan rakyat.

Baru-baru ini timbul dakwaan kononnya kerajaan melalui NADI mahu menjual baju sekolah kepada pelajar sehingga menyusahkan ibu bapa.

Ada satu posting di sosmed berbunyi begini

"Saya tak faham.

Adakah ini dipanggil Inisiatif membantu rakyat?

Saya berpandangan kerajaan sepatutnya gunakan data yang ada untuk salurkan bantuan khusus kepada mereka yang amat memerlukan.

Kerajaan kata nak ringankan beban ibu bapa, tetapi kalau penyelesaiannya ialah ansuran, bukankah itu bermaksud ibu bapa masih perlu membayar dan menambah hutang?

Dengan kata lain beban ditangguhkan, bukan dikurangkan."

Saya yang membaca posting ๐Ÿ‘† rasa pelik... Tak kan lah KPM jual baju seragam...

Kemudian saya cuba semak info sebetulnya.

Rupa-rupanya ceritanya tidaklah seperti yang digambarkan.
Cerita sebenar ialah ini inisiatif yang diperkenalkan melalui NADI Mahir sebenarnya melibatkan latihan dan pengupayaan komuniti dalam bidang jahitan. Komuniti diberi kemahiran untuk menghasilkan pakaian, termasuk pakaian seragam sekolah.

Kemudian pakaian tersebut ditawarkan kepada ibu bapa dengan kemudahan bayaran secara ansuran.

Bayangkan lah kalau Giatmara atau Jabatan Penjara jahit baju sekolah dan jual pada orang awam dengan hasrat membantu pelatih atau banduan... Takkan jadi isu juga?

Lagi satuโ€ฆdi mana menyusahkannya?

Kalau ada ibu bapa yang memilih untuk membeli maka itu pilihan mereka bukan paksaan pun.

Kalau ada yang mahu membeli secara ansuran maka disediakan kemudahan.
Amboi bab baju sekolah bayar ansuran korang bising marah dan fitnah YB Menteri.. Tapi tak sedar diri yang diri sendiri pakai Buy First Pay Later tu tak p**ak bising.

Apa yang NADI buat tu baguslah dalam masa yang sama, komuniti tempatan mendapat peluang untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang mereka pelajari. Ibu bapa dibantu. Komuniti diperkasa. Usahawan kecil diberi peluang.

Tetapi malangnya, apabila sesuatu inisiatif kerajaan tidak dibaca dengan lengkap, ia boleh diputar menjadi cerita yang sangat berbeza.

Sebab itu saya selalu pesan kepada pembaca saya... Tolonglah
Jangan biarkan emosi mendahului ilmu. Semak dulu faktanya.

Kalau kita tidak s**a kerajaan sekalipun, kita tetap mempunyai tanggungjawab untuk berlaku adil kepada fakta.

Kita boleh mengkritik kerajaan.
Kita boleh mempertikaikan dasar.
Kita boleh bertanya tentang harga.
Kita boleh bertanya tentang mekanisme pelaksanaan.

Tetapi kritikan mesti berdiri atas fakta, bukan fitnah. Janganlah satu inisiatif yang bertujuan membantu rakyat akhirnya dipersembahkan seolah-olah kerajaan sedang mencari jalan untuk membebankan rakyat.

Kalau benar ada kelemahan, tegurlah.
Kalau ada ruang penambahbaikan, cadangkanlah.

Tetapi kalau sesuatu itu sebenarnya bertujuan meringankan beban ibu bapa dan pada masa yang sama membuka peluang ekonomi kepada komuniti, jangan kita ubah cerita hanya kerana mahu mencari bahan untuk menghentam kerajaan.

Politik boleh berbeza.
Pandangan boleh berbeza.
Tetapi kebenaran tidak sepatutnya berbeza mengikut parti yang kita sokong.

Kita mahu rakyat yang bijak.
Kita mahu masyarakat yang kritis.
Tetapi lebih daripada itu, kita mahu masyarakat yang tabayyun sebelum menghukum.

Sebelum tekan Share, semak dahulu.
Sebelum percaya, baca dahulu.
Sebelum menuduh, pastikan dahulu.

Kerana dalam zaman media sosial, satu fitnah boleh tersebar lebih pantas daripada seribu penjelasan.

Cikgu Emmet Menulis

09/08/2026

Sehelai baju sekolah. Tetapi di belakangnya, ada rezeki untuk dua keluarga.

Yang menjahit dapat menambah pendapatan. Yang membeli dapat berjimat.

Saya bertemu sekump**an wanita yang bermula dengan belajar menjahit di program NADI Mahir. Ada yang suri rumah, ada yang ibu tunggal. Daripada satu kemahiran, kini terbuka p**a peluang untuk mereka menambah pendapatan keluarga.

Lebih 2,000 peserta telah mengikuti program NADI Mahir Jahit dan program ini kini memasuki pengambilan keempat.

Daripada program inilah lahirnya inisiatif Baju Sekolah NADI. Alumni yang sudah mempunyai kemahiran diberi peluang menghasilkan pakaian sekolah untuk dijual pada harga yang lebih mampu milik kepada komuniti.

Inilah sebenarnya inisiatif yang saya sokong.

Bagi keluarga yang memerlukan, NADI turut menyediakan pilihan untuk membuat bayaran secara berperingkat. Bukan pinjaman, bukan skim โ€œPay Laterโ€ dan tiada faedah atau caj tambahan.

Sekadar satu pilihan untuk membantu ibu bapa mengurus perbelanjaan, terutama apabila perlu menyediakan kelengkapan persekolahan untuk beberapa orang anak serentak.

Tetapi bagi saya, nilai terbesar program ini bukan pada cara kita membeli sehelai baju sekolah.

Ia tentang apa yang boleh berlaku apabila kita memberi seseorang kemahiran dan peluang.

Seorang wanita belajar menjahit. Kemahirannya menjadi sumber pendapatan. Hasil tangannya p**a membantu keluarga lain berjimat.

Saya percaya program yang baik bukan sekadar memberi bantuan untuk hari ini. Ia memberi kemahiran supaya seseorang mempunyai lebih banyak pilihan untuk hari esok.

Satu kemahiran. Dua keluarga mendapat manfaat.

Pembayaran bil kini lebih mudah dan teratur.Kunjungi NADI berdekatan anda untuk urusan yang cepat, selamat dan efisien. ...
04/08/2026

Pembayaran bil kini lebih mudah dan teratur.
Kunjungi NADI berdekatan anda untuk urusan yang cepat, selamat dan efisien.

MAKLUMANPenutupan Sementara Operasi 31 JULAI 2026 (Jumaat)Kembali beroperasi 1 OGOS 2026 (Sabtu)
30/07/2026

MAKLUMAN
Penutupan Sementara Operasi
31 JULAI 2026 (Jumaat)
Kembali beroperasi
1 OGOS 2026 (Sabtu)

*Terkencing ketika batuk, bersin atau bersenam?*Kelemahan otot lantai pelvis (โ€˜pelvic floorโ€™) boleh menjejaskan keyakina...
28/07/2026

*Terkencing ketika batuk, bersin atau bersenam?*

Kelemahan otot lantai pelvis (โ€˜pelvic floorโ€™) boleh menjejaskan keyakinan diri dan kualiti hidup. Ia mungkin biasa berlaku tapi jangan biasa katakan ia normalโ˜๏ธ.

Ikuti perkongsian bersama:
Dr Rima Anggrena
Pensyarah dan Pakar Obstetrik dan Ginekologi
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Putra Malaysia

Antara perkara yang akan dibincangkan:
โœ… Fungsi otot lantai pelvis (โ€˜pelvic floorโ€™)
โœ… Tanda-tanda yang memerlukan pemeriksaan doktor
โœ… Cara melakukan senaman lantai pelvis (โ€˜pelvic floorโ€™) dengan betul

๐Ÿ“… Tarikh: 28 Julai 2026
๐Ÿ•ฅ Masa: 10:30 pagi

๐Ÿ“ Google Meet:
๐Ÿ‘‰ https://meet.google.com/tvt-jacd-uem

๐Ÿ“บ YouTube Live:
๐Ÿ‘‰ https://www.youtube.com/

๐Ÿ“˜ Facebook Live:
๐Ÿ‘‰ https://www.facebook.com/officialnadimalaysia

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI NADI KAMPUNG TEMPOYANGAssalamualaikum dan Salam Sejahtera.Dimaklumkan bahawa NADI...
26/07/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI NADI KAMPUNG TEMPOYANG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dimaklumkan bahawa NADI Kampung Tempoyang akan ditutup sementara pada:

๐Ÿ“… 31 Julai 2026 (Jumaat)

Sempena Cuti Umum Hari Keputeraan Sultan Pahang.

๐ŸŸข Operasi akan disambung semula pada:
๐Ÿ“… 1 Ogos 2026 (Sabtu)

Sebarang kesulitan yang timbul amat dikesali. Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda.

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Nurul Liyana: 011-2557 3203
Ani Mahirah: 011-2540 4634

Terima kasih.

MENCARI WAKIL NADI KG TEMPOYANG!NADI Kg Tempoyang kini membuka pencarian 1 pas**an wanita (5+1 pemain) untuk mewakili NA...
17/07/2026

MENCARI WAKIL NADI KG TEMPOYANG!

NADI Kg Tempoyang kini membuka pencarian 1 pas**an wanita (5+1 pemain) untuk mewakili NADI ke Kejohanan NADI E-Sukan Madani Legend: Mobile Legends Women's Championship 2026 di peringkat Negeri Pahang.

โœจ Syarat Penyertaan:
โœ… Warganegara Malaysia
โœ… Ahli NADI
โœ… Wanita berumur 35 tahun ke bawah
โœ… Penyertaan secara berkump**an (5 pemain + 1 simpanan)
โœ… Bukan bekas pemain profesional (MPL S16-S17 & MALMY S4-S5)
๐Ÿ† Hadiah terkumpul: RM7,500
๐Ÿ“… Tarikh tutup pendaftaran: 20 Julai 2026
๐Ÿ“ Berminat untuk menyahut cabaran dan membawa nama NADI Kg Tempoyang ke peringkat negeri?
Hubungi petugas NADI Kg Tempoyang atau hadir terus ke NADI untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.
๐Ÿ“ž https://wa.me/601125573203
๐Ÿ“ž https://wa.me/601125404634
๐Ÿ“ž https://wa.me/601162971186

Address

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Tempoyang
Kuala Lipis
27200

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

601125573203

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kg Tempoyang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share