15/03/2026
Contoh senarai pelepasan cukai penting untuk e-Filing individu yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Saya susun setiap pelepasan sebagai tajuk besar, diikuti syarat dan contoh kiraan supaya mudah faham.
1๏ธโฃPelepasan Individu & Saudara Tanggungan
Jumlah: RM9,000
๐น๏ธSyarat
Warganegara / pemastautin yang memfailkan cukai.
Automatik diberi kepada pembayar cukai individu.
Contoh Kiraan
Pendapatan setahun: RM50,000
RM50,000 โ RM9,000
โก๏ธ Pendapatan bercukai jadi RM41,000
2๏ธโฃ Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa
Had: Sehingga RM8,000
๐น๏ธSyarat
Rawatan ibu atau bapa kandung.
Resit hospital / klinik perlu ada.
Tidak termasuk rawatan kosmetik.
Contoh Kiraan
Resit rawatan ibu: RM3,500
โก๏ธ Boleh claim RM3,500
Jika resit RM10,000
โก๏ธ Claim maksimum RM8,000
3๏ธโฃ Peralatan Gaya Hidup (Lifestyle)
Had: Sehingga RM2,500
๐น๏ธSyarat
Perbelanjaan seperti:
Telefon
Laptop / komputer
Buku
Internet
Peralatan sukan
Contoh Kiraan
Telefon: RM1,800
Buku: RM300
Jumlah = RM2,100
โก๏ธ Claim RM2,100
Jika jumlah RM3,000
โก๏ธ Claim maksimum RM2,500
4๏ธโฃ Faedah Pinjaman Rumah
Had biasa: (Bergantung Skim)
Harga 0-500k Max RM7000
Harga 500k-750k Max RM5000
๐น๏ธSyarat
Rumah kediaman pertama tarikh SNP antara Jan2025-Dis2027.
Hanya interest, bukan prinsipal.
Contoh Kiraan
Bayaran rumah sebulan: RM1,500
Pecahan:
Principal: RM900 โ
Interest: RM600 โ
Interest setahun:
RM600 ร 12 = RM7,200
โก๏ธ Claim Max RM7000
5๏ธโฃ Insurans Nyawa & KWSP
Had: RM7,000
๐น๏ธSyarat
Caruman KWSP
Premium insurans nyawa
Contoh syarikat insurans:
AIA, Prudential
Contoh Kiraan
Caruman KWSP: RM4,000
Insurans: RM3,500
Jumlah = RM7,500
โก๏ธ Claim maksimum RM7,000
6๏ธโฃ Yuran Pendidikan Sendiri
Had: RM7,000
๐น๏ธSyarat
Pengajian dalam bidang:
Ijazah
Master / PhD
Kursus profesional
Contoh universiti:
Universiti Malaya
Contoh Kiraan
Yuran kursus profesional: RM5,000
โก๏ธ Claim RM5,000
Jika RM8,500
โก๏ธ Claim maksimum RM7,000
7๏ธโฃ Simpanan SSPN Anak
Had: RM8,000
Simpanan dalam akaun
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
๐น๏ธSyarat
Simpanan untuk pendidikan anak.
Resit / penyata SSPN perlu.
Contoh Kiraan
Simpan setahun: RM6,000
โก๏ธ Claim RM6,000
Jika RM10,000
โก๏ธ Claim maksimum RM8,000
8๏ธโฃ Sumbangan / Derma
Had: Biasanya sehingga 10% daripada pendapatan agregat
๐น๏ธSyarat
Derma kepada organisasi yang diluluskan oleh
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Contoh Kiraan
Pendapatan agregat: RM50,000
Had derma = 10%
RM50,000 ร 10% = RM5,000
Jika derma RM3,000
โก๏ธ Claim RM3,000
Jika derma RM8,000
โก๏ธ Claim maksimum RM5,000
โ
Ringkasan Potensi Pelepasan
Individu RM9,000
Perubatan ibu bapa RM8,000
Lifestyle RM2,500
Interest rumah RM7000
KWSP + Insurans RM7,000
Pendidikan RM7,000
SSPN RM8,000
Jumlah pelepasan boleh mencecah lebih RM50,000 jika semua layak dan jangan lupa satu lagi.
1๏ธโฃ Zakat = Rebat Cukai (bukan pelepasan)
Zakat yang dibayar kepada institusi yang diluluskan seperti:
Pusat Pungutan Zakat
Lembaga Zakat Selangor
boleh ditolak terus daripada jumlah cukai yang perlu dibayar.
2๏ธโฃ Perbezaan pelepasan vs rebat
Pelepasan cukai
Ditolak dari pendapatan bercukai.
Contoh: Pendapatan = RM50,000
Pelepasan = RM10,000
Pendapatan bercukai = RM40,000
Rebat cukai (contoh zakat)
Ditolak terus dari jumlah cukai.
Contoh:
Cukai kena bayar = RM2,000
Zakat dibayar = RM1,200
RM2,000 โ RM1,200
โก๏ธ Cukai akhir = RM800
3๏ธโฃ Had rebat zakat
Rebat zakat maksimum setakat jumlah cukai yang dikenakan.
Contoh:
Cukai kena bayar = RM1,500
Zakat dibayar = RM2,000
โก๏ธ Rebat hanya RM1,500
(baki zakat tidak boleh bawa ke tahun depan)
4๏ธโฃ Syarat claim zakat
Syarat biasa:
Dibayar kepada institusi zakat yang diluluskan
Ada resit rasmi zakat
Dibayar dalam tahun taksiran tersebut
Untuk lebih detail dan tepat boleh rujuk sini, taksiran 2025
https://www.hasil.gov.my/individu/kitaran-cukai-individu/lapor-pendapatan/pelepasan-cukai/