06/10/2025
Perlu buat semakan jenis lesen sama ada untuk komersial atau bukan.
“Hati2! Guna Times New Roman & Arial boleh disaman?”
Siapa tak kenal Times New Roman & Arial kan?
Sejak zaman mula2 guna komputer lagi dua font ni dah ada sekali install. Kat mana2 pun jumpa - surat rasmi, laporan sekolah, dokumen pejabat, sampai ke web n social media.
Tapi… pernah dengar ada orang kena saman sebab guna font tu? Ha… khabarnya ada.
Ada syarikat besar kat luar sana, nama dia Monotype. Diorang ni pemilik lesen banyak font popular, termasuklah Times New Roman & Arial. Katanya ada kes kat Malaysia jugak, bila syarikat korporat dikejutkan dengan tuntutan dari Monotype sebab guna font tanpa lesen betul.
Penggunaan font ni bukan main bedal je:
- kat web,
- kat dokumen digital,
- kat media sosial.
Kalau tak ada lesen sah, boleh jadi isu. Dan tuntutannya pulak bukan kecik2 - dengar cerita sampai 6 angka jugak. 😬
👉 Penting: Monotype fokus kejar syarikat komersil yang guna font untuk bisnes. Kalau guna personal (assignment, nota, surat cinta 😅), itu tak jadi target.
👉 Jadi nasihat aku, tolong check semua font yg korang guna. Kalau font tu milik Monotype, make sure betul2 ada license komersil sebelum publish atau guna untuk urusan rasmi.
Kadang benda nampak kecil je, tapi boleh jadi besar bila kena saman.
SDC - 06.10.2025