17/06/2022
4 Kebaikan Hidrasi Untuk Tubuh Badan
1. Kekalkan kelembapan mulut. Mulut kering boleh buat nafas kita berbau dan rasa kurang menyenangkan. Karies gigi atau kaviti juga boleh terjadi. Bila dehidrasi, kurang air liur (saliva) untuk singkirkan sisa-sisa makanan. Jika dibiarkan, senang bakteria nak rosakkan gigi.
2. Tubuh badan kita dapat ‘dibersihkan’. Buah pinggang perlu air untuk bawa sisa perkumuhan dari darah seterusnya ke air kencing. Hidrasi yang cukup dapat elakkan penyakit seperti UTI dan batu karang. Badan kita penuh dengan toksik jika dehidrasi.
3. Bantu otot dan sendi berfungsi lebih baik. Sel otot kita diliputi air. Air yang cukup dapat bawa nutrient serta singkir toksik dalam badan lebih baik. Air juga bertindak sebagai pelincir sendi yang juga boleh kurangkan kelesuan otot.
4. Bantu kesihatan kardiovaskular. Bila kurang air, volume darah kurang. Jadi, jantung kena kerja lebih keras mengepam darah ke seluruh badan untuk bekalkan oksigen. Sebab tu bila kita buat aktiviti fizikal dan berpeluh, kita kena ganti air yang hilang supaya dapat terus bekerja.
Pun begitu, air yang kena minum tu air kosong ya, bukan air manis. Hahaha.
Keep hydrated guys!