20/12/2023
MCMC dengan kerjasama MDEC sedang menjalankan sebuah kajian nasional untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) bertajuk “Pelan Hala Tuju Pendigitalan PMKS Nasional (NMDR)”, dengan kerjasama pihak Kementerian Komunikasi, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Objektif utama NMDR adalah untuk menyediakan sebuah pelan hala tuju bagi PMKS dalam pelbagai sektor dalam memajukan tahap perjalanan pendigitalan mereka berdasarkan kematangan digital, kesedaran digital, dan persona digital serta untuk membangunkan matlamat dan sasaran nasional untuk PMKS sehingga 2030.
Sila klik pautan di bawah untuk memulakan kaji selidik atau imbas kod QR seperti yang tertera di dalam poster.
🔗 https://forms.office.com/r/fSX7iu6raJ