NADI Meradong

NADI Meradong Dibuka setiap hari kecuali Cuti Umum. Waktu Rehat : 13:00 - 14:00

• Disediakan sebagai pusat sehenti untuk :
- Melahirkan & memperkasakan usahawan kecil ke arah pendigitalan.
- Meningkatkan taraf sosialekonomi rakyat terutamanya di luar bandar.
• Diterajui MCMC dengan kerjasama agensi & pemain industri
• Pelbagai program disediakan untuk :
- Bantu penduduk mulakan perniagaan
- Tingkatkan permintaan terhadap produk mereka.
• Bagi m

enggalakkan penyertaan, setiap PEDi akan ada :
- Panel Penasihat, Rakan Digital & Usahawan Ikon

Pengoperasian PEDi :
• 873 pusat sedia ada akan dipertingkatkan sebagai pusat sehenti untuk aktiviti
ekonomi digital luar bandar
• 37 pusat baharu akan dibuka pada suku pertama 2022
• 173 pusat lagi menjelang hujung 2022

📢 GUIDANCE TUITION 14 OGOS 2026: TINGKATAN 4 📢Untuk pelajar Guidance Tuition Tingkatan 4, teruskan momentum pembelajaran...
13/08/2026

📢 GUIDANCE TUITION 14 OGOS 2026: TINGKATAN 4 📢
Untuk pelajar Guidance Tuition Tingkatan 4, teruskan momentum pembelajaran anda dengan menyertai kelas bimbingan berfokus!
Sila rujuk jadual sesi seperti berikut:
TINGKATAN 4
📍 ZON B (Johor, KL, Selangor, Sabah, Sarawak & lain-lain)
📚 Subjek: Bahasa Inggeris
🗓️ Tarikh: 14 Ogos 2026 (Jumaat)
🕞 Masa: 3.30 PM – 4.40 PM
Apa kelebihan program ini?
✅ Bimbingan dan tunjuk ajar secara langsung daripada guru-guru sepanjang tahun.
✅ Pemantauan prestasi dan pencapaian pelajar melalui rekod kemajuan bulanan.
✅ Ujian dan latihan berkala untuk mengukuhkan pemahaman.
✅ Akses kepada semua elemen pembelajaran.
⚠️ Kelas ini KHAS UNTUK PELAJAR Guidance Tuition sahaja!
📞 Berminat? Kunjungi pusat NADI terdekat anda sekarang See less

📢 GUIDANCE TUITION 14 OGOS 2026: TINGKATAN 4 📢

Untuk pelajar Guidance Tuition Tingkatan 4, teruskan momentum pembelajaran anda dengan menyertai kelas bimbingan berfokus!

Sila rujuk jadual sesi seperti berikut:

TINGKATAN 4

📍 ZON B (Johor, KL, Selangor, Sabah, Sarawak & lain-lain)
📚 Subjek: Bahasa Inggeris
🗓️ Tarikh: 14 Ogos 2026 (Jumaat)
🕞 Masa: 3.30 PM – 4.40 PM

Apa kelebihan program ini?

✅ Bimbingan dan tunjuk ajar secara langsung daripada guru-guru sepanjang tahun.
✅ Pemantauan prestasi dan pencapaian pelajar melalui rekod kemajuan bulanan.
✅ Ujian dan latihan berkala untuk mengukuhkan pemahaman.
✅ Akses kepada semua elemen pembelajaran.

⚠️ Kelas ini KHAS UNTUK PELAJAR Guidance Tuition sahaja!

📞 Berminat? Kunjungi pusat NADI terdekat anda sekarang

Jangan biarkan telefon pintar menjadi “pengasuh” anak tanpa pengawasan.Sebagai ibu bapa, kita bukan sekadar perlu tahu a...
13/08/2026

Jangan biarkan telefon pintar menjadi “pengasuh” anak tanpa pengawasan.
Sebagai ibu bapa, kita bukan sekadar perlu tahu apa yang anak tonton, tetapi juga siapa yang mereka ikuti, apa yang mereka kongsi dan dengan siapa mereka berinteraksi.
📱 Pantau. Bimbing. Lindungi.
Kerana keselamatan anak di ruang digital bermula dengan kita.
See less

Jangan biarkan telefon pintar menjadi “pengasuh” anak tanpa pengawasan.

Sebagai ibu bapa, kita bukan sekadar perlu tahu apa yang anak tonton, tetapi juga siapa yang mereka ikuti, apa yang mereka kongsi dan dengan siapa mereka berinteraksi.

📱 Pantau. Bimbing. Lindungi.

Kerana keselamatan anak di ruang digital bermula dengan kita.

11/08/2026

📢 WEBINAR BERKALA MATEMATIK – EDISI 8 📢

Hello pelajar! 🌟

Jom sertai Webinar Berkala Matematik – Edisi 8 dan tingkatkan penguasaan anda dalam Fungsi dan Persamaan Kuadratik & Ketaksamaan Linear dengan lebih mudah dan berkesan! ➕📘

🗓️ 22 Ogos 2026 (Sabtu)
🕝 2.30 PM – 4.30 PM
📍 Dalam Talian
👥 Sasaran: Pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

🎯 Topik:
Fungsi dan Persamaan Kuadratik & Ketaksamaan Linear

💡 Pelajari konsep fungsi dan persamaan kuadratik serta ketaksamaan linear, teknik menyelesaikan soalan dengan tepat dan kaedah mudah untuk meningkatkan keyakinan serta prestasi dalam Matematik.

📞 Daftar sekarang di cawangan NADI berhampiran anda!

10/08/2026

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADI

Inisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada program NADI Mahir Jahit, salah satu program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI.

Program NADI Mahir Jahit telah memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran menjahit yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan. Melalui inisiatif Baju Sekolah NADI, kemahiran tersebut diteruskan melalui penghasilan baju sekolah oleh Alumni Mahir Jahit untuk memenuhi keperluan komuniti.

Antara objektif inisiatif ini adalah untuk:

•⁠ ⁠Membuka peluang kepada peserta dan alumni NADI Mahir Jahit, termasuk suri rumah dan ibu tunggal, untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.
•⁠ ⁠Menyediakan pilihan baju sekolah yang lebih murah dan mudah diperoleh oleh ibu bapa dan komuniti.
•⁠ ⁠Membolehkan bayaran dibuat secara ansuran tanpa faedah dan caj tambahan.

Kemudahan bayaran secara ansuran ini diperkenalkan sebagai salah satu pilihan bagi membantu meringankan komitmen pembayaran, khususnya bagi keluarga yang mempunyai keperluan pembelian baju sekolah untuk lebih daripada seorang anak.

Teruskan menyokong usaha NADI dalam memperkasakan komuniti melalui pelbagai inisiatif yang disediakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Perkhidmatan Pintar NADI, layari www.nadi.my.




10/08/2026
10/08/2026

Maaf ye.. Sebagai guru saya wajib perbetulkan fitnah yang tular terhadap Menteri Pendidikan berkenaan isu jualan ansuran seragam sekolah.

Kadang-kadang kita perlu berhenti sekejap sebelum berkongsi sesuatu di media sosial.

Bukan semua yang viral itu benar.
Bukan semua yang ditulis dengan huruf besar itu fakta.
Dan bukan semua yang dibungkus dengan kemarahan itu bermaksud kita sedang memperjuangkan rakyat.

Baru-baru ini timbul dakwaan kononnya kerajaan melalui NADI mahu menjual baju sekolah kepada pelajar sehingga menyusahkan ibu bapa.

Ada satu posting di sosmed berbunyi begini

"Saya tak faham.

Adakah ini dipanggil Inisiatif membantu rakyat?

Saya berpandangan kerajaan sepatutnya gunakan data yang ada untuk salurkan bantuan khusus kepada mereka yang amat memerlukan.

Kerajaan kata nak ringankan beban ibu bapa, tetapi kalau penyelesaiannya ialah ansuran, bukankah itu bermaksud ibu bapa masih perlu membayar dan menambah hutang?

Dengan kata lain beban ditangguhkan, bukan dikurangkan."

Saya yang membaca posting 👆 rasa pelik... Tak kan lah KPM jual baju seragam...

Kemudian saya cuba semak info sebetulnya.

Rupa-rupanya ceritanya tidaklah seperti yang digambarkan.
Cerita sebenar ialah ini inisiatif yang diperkenalkan melalui NADI Mahir sebenarnya melibatkan latihan dan pengupayaan komuniti dalam bidang jahitan. Komuniti diberi kemahiran untuk menghasilkan pakaian, termasuk pakaian seragam sekolah.

Kemudian pakaian tersebut ditawarkan kepada ibu bapa dengan kemudahan bayaran secara ansuran.

Bayangkan lah kalau Giatmara atau Jabatan Penjara jahit baju sekolah dan jual pada orang awam dengan hasrat membantu pelatih atau banduan... Takkan jadi isu juga?

Lagi satu…di mana menyusahkannya?

Kalau ada ibu bapa yang memilih untuk membeli maka itu pilihan mereka bukan paksaan pun.

Kalau ada yang mahu membeli secara ansuran maka disediakan kemudahan.
Amboi bab baju sekolah bayar ansuran korang bising marah dan fitnah YB Menteri.. Tapi tak sedar diri yang diri sendiri pakai Buy First Pay Later tu tak pulak bising.

Apa yang NADI buat tu baguslah dalam masa yang sama, komuniti tempatan mendapat peluang untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang mereka pelajari. Ibu bapa dibantu. Komuniti diperkasa. Usahawan kecil diberi peluang.

Tetapi malangnya, apabila sesuatu inisiatif kerajaan tidak dibaca dengan lengkap, ia boleh diputar menjadi cerita yang sangat berbeza.

Sebab itu saya selalu pesan kepada pembaca saya... Tolonglah
Jangan biarkan emosi mendahului ilmu. Semak dulu faktanya.

Kalau kita tidak s**a kerajaan sekalipun, kita tetap mempunyai tanggungjawab untuk berlaku adil kepada fakta.

Kita boleh mengkritik kerajaan.
Kita boleh mempertikaikan dasar.
Kita boleh bertanya tentang harga.
Kita boleh bertanya tentang mekanisme pelaksanaan.

Tetapi kritikan mesti berdiri atas fakta, bukan fitnah. Janganlah satu inisiatif yang bertujuan membantu rakyat akhirnya dipersembahkan seolah-olah kerajaan sedang mencari jalan untuk membebankan rakyat.

Kalau benar ada kelemahan, tegurlah.
Kalau ada ruang penambahbaikan, cadangkanlah.

Tetapi kalau sesuatu itu sebenarnya bertujuan meringankan beban ibu bapa dan pada masa yang sama membuka peluang ekonomi kepada komuniti, jangan kita ubah cerita hanya kerana mahu mencari bahan untuk menghentam kerajaan.

Politik boleh berbeza.
Pandangan boleh berbeza.
Tetapi kebenaran tidak sepatutnya berbeza mengikut parti yang kita sokong.

Kita mahu rakyat yang bijak.
Kita mahu masyarakat yang kritis.
Tetapi lebih daripada itu, kita mahu masyarakat yang tabayyun sebelum menghukum.

Sebelum tekan Share, semak dahulu.
Sebelum percaya, baca dahulu.
Sebelum menuduh, pastikan dahulu.

Kerana dalam zaman media sosial, satu fitnah boleh tersebar lebih pantas daripada seribu penjelasan.

Cikgu Emmet Menulis

MAHA 2026 MENANTI KEHADIRAN ANDA!Sektor agromakanan negara kini melangkah lebih jauh dengan suntikan elemen kreativiti, ...
08/08/2026

MAHA 2026 MENANTI KEHADIRAN ANDA!
Sektor agromakanan negara kini melangkah lebih jauh dengan suntikan elemen kreativiti, inovasi dan teknologi terkini. MAHA 2026 memberi peluang kepada anda untuk melihat transformasi industri pertanian dalam memastikan kestabilan serta keterjaminan bekalan makanan yang lebih kompetitif dan lestari.
Menerusi pameran ini, segala aspek berkaitan mekanisasi pintar, dunia hortikultur, industri perikanan, penternakan, sehingga ke keunikan agropelancongan dan kepelbagaian produk tempatan digabungkan bagi menjanjikan kepuasan pengembaraan ilmu kepada semua lapisan masyarakat.
📅 28 Ogos – 6 September 2026
🕙10.00 pagi – 10.00 malam
📍MAEPS Serdang, Selangor
Mari sertai kami bersama yang tersayang untuk meneroka pelbagai penemuan baharu, memperkaya pengetahuan dan menyelami kepentingan sektor agromakanan yang menjadi nadi kehidupan kita semua.
Lebih daripada sekadar acara dwi-tahunan, MAHA 2026 merupakan wadah utama yang mengeratkan hubungan komuniti dengan landskap pertanian masa hadapan menerusi Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan.

"MAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi"
Layari: www.mahaofficial.com.my
Media sosial rasmi:
(Facebook, Instagram, TikTok, Threads, X, Youtube)




06/08/2026
🔴 LIVE WEBINARJOB SCAM, LOVE SCAM & PARCEL SCAM 2026: Taktik Baru Scammer MalaysiaAdakah anda tahu scammer kini mengguna...
05/08/2026

🔴 LIVE WEBINAR

JOB SCAM, LOVE SCAM & PARCEL SCAM 2026: Taktik Baru Scammer Malaysia

Adakah anda tahu scammer kini menggunakan pelbagai taktik baharu untuk memperdaya mangsa melalui tawaran pekerjaan, percintaan dan penghantaran bungkusan?

Sertai webinar ini untuk mempelajari:
✅ Cara mengenal pasti modus operandi Job Scam, Love Scam dan Parcel Scam.
✅ Taktik terkini yang digunakan oleh scammer di Malaysia.
✅ Langkah melindungi diri, keluarga dan maklumat peribadi daripada menjadi mangsa penipuan.
✅ Tips keselamatan digital yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.

📅 Tarikh: 6 Ogos 2026 (Khamis)
🕒 Masa: 3.00 Petang – 4.30 Petang
💻 Platform: LMS Cybersecurity
👥 Sasaran: Pelajar, Ibu Bapa & Dewasa

📌 Syarat Penyertaan

✔️ Berdaftar sebagai Ahli NADI
✔️ Mempunyai akaun LMS Cybersecurity

⚠️ Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan kesedaran keselamatan siber dan melindungi diri daripada ancaman scam yang semakin berleluasa.

📍 Layari NADI berhampiran anda untuk maklumat lanjut

Address

Lot 1127, No. 37 Jalan Wharf
Kampung Bintangor
96500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Meradong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NADI Meradong:

Shortcuts

Share

Category