14/02/2026
KENYATAAN RINGKAS BERKENAAN ISU AIRCOND
Hi semua, terima kasih atas keprihatinan semua.
Kami faham bila aircond tidak sejuk memang tidak selesa, dan kami ambil setiap aduan dengan serius.
Untuk makluman umum (tanpa mendedahkan butiran peribadi sesiapa), ini adalah perkara utama yang berlaku:
1. Pelanggan membeli unit secara cash & carry di cawangan kami.
2. Pelanggan memohon pemasangan pada hari yang sama, namun pemasang dalaman kami tidak dapat hadir pada waktu tersebut.
3. Atas permintaan pelanggan, staf kami hanya membantu berkongsi kontak pemasang luar. Pemasangan tersebut bukan dilakukan oleh pemasang rasmi syarikat.
4. Apabila aduan diterima kemudian, pihak kami terus membantu dengan membuat laporan waranti kepada pihak pengeluar (Midea) supaya pemeriksaan dan pembaikan boleh dilakukan mengikut prosedur.
Berkenaan permintaan pertukaran 1-untuk-1, untuk produk yang berada di bawah waranti pengeluar, sebarang penggantian adalah tertakluk kepada penilaian teknikal dan kelulusan pengeluar mengikut terma waranti. Pihak kedai tidak boleh mengesahkan pertukaran tanpa proses tersebut.
Demi menjaga privasi semua pihak, kami tidak akan membincangkan butiran kes individu di ruang komen. Namun kami tetap komited untuk membantu pelanggan melalui saluran yang betul.
*Kami mohon semua pihak tidak berkongsi maklumat peribadi, alamat atau gambar staf di ruangan awam. Terima kasih kerana memahami.