Zetrix Engineering

Zetrix Engineering 💥Electrical Service
💥Expert Technician
💥Guaranteed Satisfaction
https://wa.me/60129237010

Punca Utama Bil TNB Melonjak?TNB menggunakan sistem tarif bertingkat.Semakin tinggi jumlah kilowatt-jam (kWh) yang digun...
18/09/2026

Punca Utama Bil TNB Melonjak?
TNB menggunakan sistem tarif bertingkat.
Semakin tinggi jumlah kilowatt-jam (kWh) yang diguna, semakin mahal kadar sen bagi setiap kWh.

Suis perkakas elektrik yang dibiarkan terpasang pada soket dinding tetap menarik tenaga elektrik walaupun peranti tidak digunakan.

Pendingin udara atau peti sejuk dengan penapis/gelung yang kotor memaksa compressor beroperasi tanpa henti.

Panduan Penjimatan Tenaga Elektrik

1. Pengurusan Aircond
Suhu Ideal (24°C – 26°C)
Mengekalkan suhu pada julat ini mengurangkan beban compressor.
Setiap penurunan 1°C menambah anggaran 6% hingga 10% penggunaan tenaga.

Bantuan Kipas Siling
Hidupkan kipas angin serentak pada awal penggunaan aircond untuk meratakan udara sejuk ke seluruh ruang dengan cepat.

Penggunaan TIMER
Tetapkan masa untuk mematikan aircond anggaran masa jam 4:00 pagi hingga 5:00 pagi apabila suhu persekitaran mula sejuk.

Penyelenggaraan Penapis
Basuh penapis udara (filter) sebulan sekali dan buat servis berkala untuk memastikan aliran udara sentiasa optimum.

2. Meminimumkan penggunaan Peti Sejuk & Perkakas Dapur

Suhu Makanan
Sejukkan makanan panas pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Getah Pintu Peti sejuk
Pastikan getah pelekat (gasket) pintu peti sejuk rapat dan tidak bocor.

Ruang Seimbang
Pastikan ruang peti sejuk terisi sekitar 70% kapasiti untuk mengekalkan kecekapan peredaran udara sejuk.

3. Amalan Pengurusan Kuasa & Peralatan Cekap Tenaga

Tutup Suis Soket Dinding
Matikan suis utama bagi peranti seperti televisyen,
penapis air, dan pengecas apabila selesai digunakan.

Pencahayaan LED
Tukar lampu konvensional kepada lampu LED
yang mengeluar haba rendah dan menjimatkan kuasa sehingga 80%.

Basuhan Muatan Penuh
Kumpulkan pakaian mengikut muatan penuh mesin basuh sebelum memulakan basuhan bagi mengurangkan kekerapan kitaran.

Utamakan Label 5-Bintang & Inverter
Apabila membeli perkakas baharu, pilih peralatan dengan Label Cekap Tenaga 5-Bintang Suruhanjaya Tenaga dan menggunapakai teknologi Inverter.

Dalam kes ini, tuan rumah hubungi kami untuk dapatkan servis elektrik. Kami datang untuk memeriksa DB lama serta sistem ...
16/09/2026

Dalam kes ini, tuan rumah hubungi kami untuk dapatkan servis elektrik.
Kami datang untuk memeriksa DB lama serta sistem elektrik yang sedia ada. Pada masa yang sama, kami menilai kawasan yang memerlukan soket tambahan yang diperlukan.
Selepas pemeriksaan di buat, DB lama di tukar kepada DB baru. Heater lama digantikan dengan heater baru. Soket tambahan juga di pasang di kawasan yang diperlukan.
Selepas kerja selesai, kami membuat pemeriksaan akhir bagi memastikan setiap pemasangan berada dalam keadaan baik dan selamat.
Rumah dah renovate cantik-cantik, tapi masih guna setup elektrik yang lama?
WhatsApp kami sekarang untuk dapatkan servis elektrik.
https://wa.me/60129237010

.Untuk kerja kali ni, kami datang ke rumah customer untuk buat kerja wiring dan pemasangan.Sebelum mula, kami check dulu...
10/09/2026

.
Untuk kerja kali ni, kami datang ke rumah customer untuk buat kerja wiring dan pemasangan.

Sebelum mula, kami check dulu ruang dan tentukan laluan wiring yang sesuai mengikut kehendak customer.

Selepas dah confirm, barulah proses pemasangan dan wiring dimulakan.

Setiap kabel kami susun dan kemaskan supaya hasil akhir nampak lebih teratur.

Seterusnya, kami buat pemasangan dan pastikan setiap bahagian dipasang dengan kemas dan kukuh.

Bila kerja dah siap, Kami buat pemeriksaan untuk pastikan semuanya berfungsi dengan baik.

Bagi kami, kerja wiring bukan sekadar sambung kabel dan pasang barang.

Yang penting, kerja di buat dengan teliti, kemas dan selamat.

Disamping..

Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.

🔧 Wiring • Pemasangan • Troubleshooting

📲 Nak tanya harga atau nak buat appointment?
WhatsApp kami sekarang! 👇
https://wa.me/60129237010

.Kenapa sekarang ramai orang dah mula pasang CCTV?Dulu, bila keluar dari rumah kita cuma fikir pintu rumah dah kunci ke ...
09/09/2026

.
Kenapa sekarang ramai orang dah mula pasang CCTV?

Dulu, bila keluar dari rumah kita cuma fikir pintu rumah dah kunci ke belum?

Tapi zaman sekarang dah berbeza.

Bila kita keluar bekerja dari pagi sampai petang. Anak dah balik sekolah dulu. Rumah tak ada orang. Ada barang yang diletakkan di porch. Kereta pulak parkir dekat luar rumah.

benda ni yang paling merisaukan…

Kita tak tahu apa yang berlaku masa kita tak ada.

Pernah parcel sampai tapi parcel hilang?

Pernah dengar bunyi pelik dekat luar rumah waktu malam?

Pernah kereta atau motor jiran kena rompak dan kita terfikir, “Kalau terjadi dekat rumah aku macam mana?”

Sebab itu CCTV bukan untuk “tengok rumah je.”

CCTV boleh tolong kita untuk pantau apa yang berlaku, walaupun kita luar dari kawasan rumah.

Bila ada sesuatu berlaku, Kita boleh semak rakaman.

Kita boleh pantau kawasan tertentu.

Bila pasang CCTV kita boleh rasa tenang untuk keluar pergi ke mana-mana je.

Dan dapat bersedia dari sebarang kemungkinan.

WhatsApp kami sekarang untuk pemasangan CCTV.
https://wa.me/60129237010


08/09/2026

.
Pernah tak tengah malam, tiba-tiba satu rumah gelap?

Mula-mula ingat TNB yang ada masalah. Rupanya bila pergi tengok DB box… breaker dah trip!

Saya cuba naikkan balik breaker, tapi baru beberapa saat trip lagi.


Masa tu jangan paksa naikkan berkali-kali. Itu biasanya tanda ada masalah pada litar atau salah satu peralatan elektrik.


Jadi saya mula check satu per satu, cabut peralatan yang sedang digunakan, kemudian reset semula.


Akhirnya jumpa puncanya.
Rupanya satu peralatan elektrik tu yang menyebabkan short circuit / leakage.


Nampak macam masalah kecil, tapi kalau dibiarkan boleh jadi bahaya.

Jadi kalau DB rumah anda kerap trip, jangan sekadar naikkan breaker semula. Cari puncanya. ⚡

Masalah Elektrik? WhatsaApp kami sekarang?
https://wa.me/60129237010

.Setiap lampu dipasang dengan teliti, bukan hanya untuk menerangi, tetapi untuk membentuk suasana yang harmoni. Apabila ...
07/09/2026

.
Setiap lampu dipasang dengan teliti, bukan hanya untuk menerangi, tetapi untuk membentuk suasana yang harmoni.

Apabila cahaya mula menyala, ruang itu berubah.


Lebih hidup.
Lebih berkarakter.
Lebih bermakna.

07/09/2026

Pemasangan lampu hiasan ⚡

.Alhamdulillah,Siap pemasangan charger electric vehicle (EV) untuk kereta.🚗⚡ Zaman sekarang, makin ramai orang dah mula ...
07/09/2026

.
Alhamdulillah,
Siap pemasangan charger electric vehicle (EV) untuk kereta.

🚗⚡ Zaman sekarang, makin ramai orang dah mula guna kereta elektrik (EV).


Tapi salah satu masalah bila cas kereta dekat luar, kena tunggu agak lama sampai bateri penuh.

Dengan charger EV di rumah, tak perlu lagi buang masa tunggu dekat stesen pengecas.
'

Balik rumah, terus plug in.
Esok pagi, kereta dah siap untuk digunakan. 🔋✨

Lebih mudah, lebih praktikal, dan paling penting boleh jimat masa.

Address

Kampong Jasin
77000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zetrix Engineering posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category